Happy reading 🕊️
MALAM yang penuh kedinginan tidak langsung menghalang Hana yang membuat keputusan untuk keluar seorang diri.
Healing katanya.
Puas juga umi dan abahnya menasihati, tetapi Hana buat tidak dengar sahaja. Sudah lali dengan segala prasangka buruk yang keluar dari mulut kedua orang itu.
Itulah sebabnya dia mempelajari segala jenis seni pertahan diri. Mahu membuktikan bahawa dia juga boleh menjaga dirinya.
Walaupun dia seorang wanita.
Hana tidak menggunakan kereta. Dia sekadar berjalan kaki mengelilingi kawasan kampung. Lagipun, sekarang tidaklah terlalu lewat.
Jarum jam baru sahaja hendak bergerak ke nombor sembilan. Hana masih berani lagi.
Sesekali dia memeluk diri. Terasa juga angin sejuk yang menyapa tubuh.
Hana berjalan melewati kawasan semak samun yang baginya agak bersejarah. Tempat dimana dia dan Azriel pertama kali bertentang mata.
"Gosh! Kenapa kena ingat dia waktu tengah bahagia macam ni?" Hana mengomel sendirian.
Batu besar yang dia nampak di hadapan terus disepak kuat. Menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
Lantas, anak matanya terlihat sebuah bangku bersama meja kecil yang terletak tidak jauh dari situ. Terus sahaja kaki kecilnya membuka langkah.
Kemudian, punggung dilabuhkan perlahan. Dia menarik nafas dalam dalam lalu tubuh disandarkan.
Kepalanya mendongak ke atas. Menatap dada langit yang dihiasi dengan taburan bintang berkelipan. Hana sengih seorang diri.
Tenang.
Hana tidak akan meminta lebih dari Tuhan. Dia hanya berdoa agar dirinya dapat melihat bintang seperti ini lagi bersama kekasih terakhirnya kelak.
Sedang asyik melayan perasaan, Hana dapat rasakan getaran di poket seluarnya. Ah, pasti ada yang menghubunginya.
"Mesti ada je yang nak mengacau ketenangan aku." Dia membebel sendirian sebelum menjawab panggilan tersebut tanpa melihat pemanggilnya.
"The number you have dial is not in service."
Hana dengar keluhan dari seberang sana. Taktiknya menjadi!
"Seriously Hana? Kau nak aku cakap macam tu jugak ke? Biar kita sama sama pandang phone pelik."
Hana ketawa keras tatkala mendengar bicara Azriel. Ya, Azriel dapat mengesan suaranya. Ah! Tak seronok jadinya.
"Kau ni! Kenapa tak buat buat percaya? Teringin aku nak tengok kau jadi bodoh sekejap." Hana mengujar sambil tertawa lagi. Terhibur sungguh gadis itu.
"Nak tengok aku jadi bodoh? Apa kata kau tengok cermin hari hari? Free of charge."
"Jangan kurang ajar Azriel!" Hana memekik kuat. Kurang ajar betul. Dia nak kenakan Azriel tahu tahu dia yang terkena!
"Siapa suruh mula dulu." Hana dapat dengar bisikan Azriel itu. Dia mahu menjawab, tapi— sudahlah. Tiada guna bergaduh dengan Azriel.
Buat sakit hati.
"Oh anyways kau dekat mana ni?"
Hana sudah kerutkan dahi. Dah kenapa nak tahu anak dara orang ada kat mana malam malam ni?

YOU ARE READING
Azriel's Paramour
Action[ SLOW UPDATE ] © 2022 ❦︎ 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 2 "Terima kasih untuk tadi. Aku terhutang budi dengan kau." - AZRIEL EZRA "Aku tak harapkan balasan, jangan risau." - HANA ALHENA Pengenalan singkat Azriel Ezra dan Hana Alhena pada satu...