Seindah Bumantara

45 1 0
                                    

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Seindah Bumantara

membuka tirainya sebagai nafas baru buat diriku.

{Karya baru Roscean membawa nafasnya}

ost- Yuna | Langit

"Pandanglah langit jika rindu membelaimu; satukanlah namaku dalam doamu. Moga pedih itu diangkat oleh Ilahi."

*,";

"Kita memang nak panggil nama je ke sampai dah ada anak nanti Luth?" - Bunga Luthfiya

"Nothing can bet your beautiful name Bunga. But, may I call you Cinta?"- Luth Nafeez

*,";

Sinopsis

Bunga Luthfiya. Dalam bahagianya, masih tersimpan lagi rasa sakit di dalam hati. Kadang-kadang dia sendiri sudah tidak boleh percayakan orang disekelilingnya setelah apa yang berlaku kepada dirinya.

Luth Nafeez. Dalam bengisnya ada sayangnya. Dalam tegasnya ada lembutnya. Dia cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa menjaga hati perasaan cintanya. Bukan mudah buat Luth mendapatkan semula kepercayaan bunganya.

"Aku cuba ya Allah. Tolong lembutkan hati cintaku.." - Luth Nafeez

Sakit hanya sekejap wahai jiwa. Ingatlah Allah akan sentiasa membantu hambanya.

"Tolong eh Encik Nafeez. Jangan nak mengada-ngada macam anak kucing kena kurap kat sini. Nak mengeletis je kerja. Pergi balik hutan sana.." - Bunga Luthfiya

"Amboi Cik Luthfiya, kucing kurap ni lah yang ni awak sibuk rindu nak peluk-peluk bermanja." - Luth Nafeez

Tidak pernah terdetik dalam hidup Luthfiya untuk mengahwini seorang tentera yang dia sendiri tidak tahu apa jawatannya, bila tugasnya, di mana sakitnya bila dia terluka. Luthfiya bukannya sombong, tapi dia rasa berkahwin dengan tentera bukan impiannya. Setiap hari nama Luth disebut dalam doa, baunya dipeluk dalam dakapan, telatahnya disimpan dalam ingatan. 

"Allah, jagakan nafasku yang sedang berjuang buat negara dan agama.."

Bagi Luth Nafeez, senjata itu isterinya, hutan itu rumahnya dan musuh itu rakannya. Selama ini dia merasakan cinta dan sayang buat dirinya mungkin satu fantasi dan ilusi. Namun Allah hadirkan kepadanya Bunga Luthfiya. Satu kelembutan harum hadir mendodoikan jiwanya apabila resah melanda dirinya. Dia mahu jaga Luthfiya sehingga titis akhir darahnya. Jika ditarik nyawanya di medan perang, moga Allah menjaga cinta hatinya yang lembut itu, meskipun kering bibirnya mendoakan Luthfiya agar diri kekasih dunia akhiratnya itu dijaga.

*,";

Tak semua perkara dalam dunia itu perlu dijaga. Ada masa perlu melepaskan,lepaskanlah. Jangan disimpan rasa itu. Kelak beban yang akan kau pikul dalam jiwa dan kau tenggelam dalam rasa.

"Terima kasih atas segalanya my Nafeez, my jiwa, my nafas. Terima kasih buat perjuanganmu ke atas kelurga dan negara. Moga nama kita terukir di Syurga sana.." - Bunga Luthfiya

*,";

ROSCEAN, 2022

ALL RIGHT RESERVED

Karya ini hanyalah sekadara karya fiksyen. Segala nama, waktu, tempat mahupun apa-apa insiden tiada kaitannya dengan yang hidup mahupun yang telah kembali kepada Ilahi. Saya masih cuba bermanja semula dengan menulis cerita. Moga tiada ayat yang menyinggung para pembaca. Sekian.

Lots of Love - Roscean

Start {220910}

End { }


Author notes;

Saya minta maaf atas beberapa perkara yang ditukar dalam cerita ini. Harap pembaca masih suka jalan cerita yang berwajah baru ini ya. Terima kasih semua <3

Seindah BumantaraWhere stories live. Discover now