Bab 5

17 1 0
                                    

Wajah babah dan aminya yang sedari tadi tidak beriak setelah mengetahui hal yang berlaku dipandang sepi. Mungkin orang tuanya terkilan dengan apa yang terjadi. Luthfiya masih terkejut dengan apa yang berlaku. Nafisah setia di sisinya bagi menenangkan sahabat.

"Nafisah tahu ke siapa yang bagi?" senada sahaja soalan Encik Ahmad kepada Nafisah. Nafisah hanya menjawab dengan gelengan. Dia tidak tahu pula isi dalam sampul itu amat menjijikkan.

"Nafisah minta maaf. Kalau Nafisah tahu isi dia macam ni, Nafisah tak ambil sampul ni, pakcik..makcik.." Rasa bersalah membelenggu dirinya. Adakah dia punca suasana malam ini yang sewajarnya ria bertukar duka?

"Tak. Nafisah tak salah. Malah betul apa kamu buat ni nak. Sekarang kita dah nampak apa yang syaitan ni sembunyi apa daripada keluarga kami." Dapat didengar bunyi gigi diketap oleh Encik Ahmad Ilham. Puan Suri cuba menenangkan suaminya yang bila-bila masa sahaja akan meletus itu.

"Kasih dah call family Iqbal? Apa diorang cakap?" babah cuba melembutkan nada suaranya ketika menyoal Luthfiya. Dia tidak mahu anaknya tertekan dengan apa yang terjadi.

"Mereka...mereka off phone babah. Iq..Iqbal pun sama." Gugup jawapan daripada Luthfiya. Dia marah, malu, sedih semuanya bercampur baur sekarang. Mana dia nak letak muka sekarang ni? Tak sangka pengorbanan dia menunggu Iqbal macam ini yang dibalasnya.

Laju Luthfiya melutut kepada ibu bapanya. Air matanya mula berjurai memikirkan kebodohan sendiri.

"Ami..babah, Kasih betul-betul minta maaf. Kasih minta maaf tak dengar nasihat babah dan ami. Sumpah Kasih tak tahu dia macamni." Kaki babah dan aminya dipeluk erat. Rasa bersalah masih kuat pada dirinya sekarang. Sanggup dia menaikkan suara kepada babah semalam semata-mata mempertahankan lelaki sial seperti Iqbal itu.

"Ya Allah Kasih...Bangun nak. Jangan salahkan diri kamu. Jangan macamni Kasih. Bangun sayang.." mengalir air mata lelaki seorang babahnya yang jarang dilihat apabila nampak anaknya lemah seperti ini. Terdengar Puan Suri menahan sedu tangisnya melihat anaknya sedang rapuh. Nafisah sehabis baik cuba memujuk Luthfiya.

Luthfiya didakap erat oleh babah dan aminya. Moga kekuatan dapat disalurkan kepada Luthfiya.

"Kasih..." panggilan daripada Puan Suri itu lembut sahaja. Dia cuba mulakan bicara setelah keadaan dalam bilik Luthfiya semakin reda. Perlahan-lahan Luthfiya memandang aminya. Sisa baki air mata dikesat dari pipinya. Habis rosak solekan nipis di mukanya terkena air mata.

"Kasih tak nak cerita mimpi Kasih dekat babah? Ami rasa kamu ceritalah dekat babah ya sayang.." pujuk Puan Suri kepada anaknya.

Luthfiya memandang wajah aminya sebelum badannya berpaling ke arah Encik Ahmad Ilham. Keberanian cuba dikumpulkan sebelum mulutnya membuka bicara.

"Sebenarnya babah, malam babah suruh buat solat sunat tu...Kasih dah dapat petunjuk.." perlahan sahaja Kasih berbicara. Mungkin masih terkesan dengan apa yang berlaku. Nasib ada Nafisah yang membantunya membuang barang kotor itu dari biliknya. Dia jijik dan tidak sanggup melihatnya, apatah lagi menyentuh barang-barang itu.

"Ceritalah Kasih. Babah dengar.." Bahu Luthfiya disentuh menyalurkan keberanian. Dia tahu anaknya itu gugup untuk berbicara.

"Sebenarnya..."

Terpempan wajah Encik Ahmad Ilham. Senyuman tidak dapat lagi disorok mendengar petunjuk yang Luthfiya dapat.

'Allahumma Aaaminn...' perlahan bibirnya menuturkan kata itu berulang kali. Moga benar petunjuk yang kau beri kepada anakku ini ya Allah.

**************

"Assalamualaikum Suri.." sayup kedengaran salam yang diberi daripada Puan Rafidah kedengaran daripada luar rumah. Puan Suri pantas meninggalkan kerjanya di dapur menyediakan minuman buat saudaranya yang hadir. Puan Rafidah terus dijemput masuk.

Seindah BumantaraWhere stories live. Discover now