Jam di tangan ditilik pantas sebelum barang di atas meja di kemas bersiap untuk pulang. Beberapa salinan dokumen diatas meja disimpan rapi dalam almari bawah meja. Meja di lap dengan tisu basah bagi menghilangkan habuk-habuk di atasnya. Lampu bilik ditutup lalu kakinya pantas bergegas keluar daripada ruangan kerja.
"Luthfiya, masuk bilik saya sekejap boleh?" panggil Puan Shahira yang terserempak dengannya. Kepala dianggukkan tanda memahami. Langkah Puan Shahira dituruti.
"Luthfiya, lagi seminggu awak dah nak majlis kan? Saya rasa awak kena ambil cuti lebih sikit nak selesaikan semuanya untuk majlis nanti. Jadi saya dah hantar surat ke HR untuk awak work from home sebulan. Boleh ke?" soal Puan Shahira lembut.
Terbeliak mata Luthfiya mendengarnya. Betul ke ni sebulan tak perlu masuk office? Senyuman tersinggung di bibirnya. Rezeki orang kahwin betul.
"Saya boleh je puan. Tapi sebulan macam lama sangat pula. Macammana dengan meeting nanti semua puan?" saja persoalan Luthfiya buat berbasa-basi. Padahal hati dah melompat riang.
"Jangan risau. Meeting macam biasa tapi kita buat hybrid. Ramai juga tak ada di pejabat seminggu dua ni jumpa klien di luar negeri. Awak submit sahaja report setiap minggu macam biasa." Huluran surat kelulusan diberikan kepada Luthfiya sebelum mereka bergerak meninggalkan diri masing-masing.
Gembira sahaja Luthfiya melambai tangan kepada ketuanya yang sudah memandu keluar daripada kawasan pejabat mereka. Laju telefonnya diambil untuk menyampaikan berita baik. Nombor Luth dicari sambil tersenyum-senyum.
Jari runcingnya yang tadi laju menggesek skrin telefon berhenti seketika. Sekelilingnya diintai sebelum menepuk kepala sendiri.
"Ini apa kena nak bagitahu abang Nafeez pula ni. Ishh! shhh syaitan shhhh!" merona mukanya terfikirkan perkara itu. Laju kereta enjin kereta dihidupkan dan bergegas pulang ke rumah sambil mulut tidak berhenti terkumat-kamit memikirkan apa yang dia ingin lakukan seketika tadi.
........
"Luth, macammana persiapan kahwin kau? Cuti dah apply belum?" soal Haziq sambil tangannya masih lincah menggilap kasut but miliknya. Mata dikalihkan melihat Luth yang sibuk dihadapan komputernya melayan permainan video PUBG. Gila menembak agaknya mamat ni.
"Beres bos. Kau tinggal datang jadi pengapit kasi muka kacak sikit." Seloroh Luth yang jarinya cekap menekan papan kekunci. Musuh disebalik semak samun ditembak tanpa segan silu sambil tangan masih sibuk ingin meneguk kopi kegemarannya.
Haziq hanya menggeleng kepala. Kadang dia keliru Luth ni betul-betul dah bersedia nak mendirikan rumah tangga atau tidak. Gayanya masih lagi seperti Luth yang dia kenal sejak mereka bersama-sama menuntut ilmu di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Masih lagi Luth yang gila game dan kopi.
Bunyi tapak kaki berjalan ke arah pintu membuatkan Haziq mengalihkan pandangannya. Kelihatan susuk tubuh Luth yang sudah menamatkan permainannya keluar dari bilik. Haziq hanya membiarkan perlakuan sahabatnya itu. Mungkin ingin menelefon orang di rumah bagi memberitahu berita cutinya.
"Assalmualaikum Bunga saya..." sayup suaranya memberi salam kepada penawan hati yang bakal dia halalkan tidak lama lagi.
........
Ringgg...ringg...
Telefon yang berdering di atas meja makan di ambil. Tangan yang basah di lap pada kain yang di sangkut elok di kabinet.
'Luth Nafeez anak Mustaffa'
Nampak sahaja nama pemanggil yang tertera laju jarinya menggesek ke butang menjawab. Nafas di atur hemah sebelum telefon dirapatkan ke telinga.
YOU ARE READING
Seindah Bumantara
RomanceBunga Luthfiya. Dalam bahagianya, masih tersimpan lagi rasa sakit di dalam hati. Kadang-kadang dia sendiri sudah tidak boleh percayakan orang disekelilingnya setelah apa yang berlaku kepada dirinya. Luth Nafeez. Dalam bengisnya ada sayangnya. Dalam...