Bab 2

24 1 0
                                    

"Ting.." 

Butang lif ditekan ke tempat parkir kereta bagi residen di kondominium yang dia diami. Keretanya dituju sambil mata melilau melihat sekeliling bagi mengawasi keselamatan diri. Ada seni pertahankan diri juga tidak cukup kalau tidak peka dengan keadaan sekeliling.

Bagasi dan barang-barang lain diangkat masuk ke dalam bonet Perodua Bezza 1.3 AV miliknya. Bagi Luthfiya, kenderaan tidak perlu mahal. Cukuplah kenderaannya selesa dibawa dan jimat penggunaan minyak. Mudah. Bukannya dia berkira, tapi dia masih lagi perlu menggunakan duit untuk perkara yang lebih penting.

Enjin mula dihidupkan. Perlahan kereta Luthfiya keluar daripada kawasan kondominium kediamannya. Skrin android pintar dalam kereta dilihat untuk memastikan notifikasi smart key dirumahnya dalam keadaan aktif. Lagu daripada senarai kegemarannya diputar. Bergema kereta itu dengan lagu Nerves nyanyian DPR IAN. Mulutnya sibuk mengikuti setiap bait lirik yang dinyanyikan di radio.

Arah ke lebuhraya bahagian utara-selatan diambil bagi menuruskan destinasinya ke Mersing. Dia perlu sedikit pantas kerana dia sudah berjanji untuk mengambil rakan baiknya, Nafisah Aira di R&R Ayer Keroh bagi membantunya sepanjang minggu ini menyiapkan majlis tunangnya bersama Iqbal. Keadaan agak lenggang di lebuhraya kerana sekarang belum masanya ibu bapa membawa anak-anak keluar berjalan.

Semakin kedepan perjalanannya, dia berselisih dengan trak tentera yang membawa beberapa angkatan tentera. Mungkin mereka akan ke Kem Sri Iskandar di Mersing kerana jalan mereka dan Luthfiya yang tampak sama. Luthfiya sedikit larit melihat wajah-wajah pejuang negara di dalam trak tersebut. Seperti mana agaknya penat mereka berjuang, berlatih mati-matian?, detik hati Luthfiya.

'Kalau begini lah penatnya jadi tentera, jauhkanlah aku daripada berjodoh dengan mereka yang berada dalam bidang ini.' Monolog Luthfiya sendirian lalu fokus kepada perjalanan yang masih jauh. Tak mahulah nanti rumah tangganya kelam kabut kalau kahwin dengan tentera, Dua-dua sibuk memanjang. Apatah lagi tentera daripada special force. Ah, selisih! Ingat Luthfiya, kau dah nak tunang dengan Iqbal dah pun. Kerja Iqbal sebagai graphic designer tu pun dah cukup sibuk kalau difikir-fikirkan.

Susur masuk ke arah hentian rehat Ayer Keroh diambil. Setelah kereta selamat diparkir, badannya diregang-regangkan melepaskan lelah daripada pemanduan yang agak panjang. Keretanya dikunci lalu tempat makan dituju memikirkan perutnya yang belum lagi mengambil apa-apa makanan sejak bertolak dari rumah selepas subuh tadi.

Kedai keenam dituju apabila melihat ada nasi campur. Lauk yang sedap ditekaknya dipilih sebelum memesan segelas limau ais di gerai sebelah. Meja kosong dituju bagi menyambung misi sarapan beratnya. Nama pun orang jawa, tidak sah kalau makan pagi tiada nasi, pasti kosong rasanya.

Belum sempat nasi disuap bahunya ditepuk. Nasib baik belum masuk. Kalau tersedak? Tak mati dibuatnya anak Encik Ahmad Ilham seorang ni.

Badan dipusing kebelakang melihat gerangan busuk hati sesedap rasa memekul bahunya. Cakk! Cik Nafisah busuk ni rupanya. Halah halah perempuan ni, minta makan kaki betul! Luthfiya memandang geram Nafisah yang hanya membuat riak wajah tidak bersalah sambil melayangkan mini love buat Luthfiya. Dasar wanita tak makan saman. Mungkin kerjayanya sebagai pengajar judo membuatkan Nafisah suka menyapa dengan cara keras. Nafisah yang duduk dihadapannya dipandang.

"Kau dah lama hidup eh Nas? Nak rasa tapak kaki ke apa?" Mencerlung mata Luthfiya menyoal Nafisah yang selamba badak sahaja menyedut ais limau nya.

"Chill lah abe. Benda boleh gaduh, buat apa bincang. Ann...ann..?" Terjungkit jungkit kening wanita berumur 26 tahun sebaya dengan Luthfiya itu. Tidak diendahkan jelingan maut Luthfiya. Elelele, sikit-sikit jeling. Juling kang baru tahu.

"Kau datang dengan siapa Nas? Tunang kau ke?" soalan ditanya selepas kunyahan dalam mulut ditelan. Perempuan ni nampak bersama bagasi kecilnya dan beg sandang. Santai sungguh gayanya. Sejak sekolah menengah lagi, beginilah gayanya.

Seindah BumantaraWhere stories live. Discover now