Bab 4

18 1 0
                                    

Motornya diparkir di hadapan gym Kem Sri Iskandar. Kakinya laju menapak kearah pintu gym. Suasana dalam itu agak riuh dengan beberapa anggota tentera yang sedang berlatih di atas gelanggang. Kedengaran lagu Mimpi berkumandang dalam bilik itu.

"TUAN!" jeritan hormat daripada anak buahnya tidak diendahkan. Laju kakinya melangkah ke atas gelanggang.

Boxing glove terus dipakai. Tumbukan padu dihenyak banyak kali pada punching bag. Perit. Itu yang dia rasa sekarang ni.

"Weh Loco kau kenapa?" call sign nya dipanggil oleh Kapten Haziq. Risau rakannya ini lain macam gayanya. Susah nak faham Kapten Luth Nafeez. Suka pendam.

"Move Hover. Aku tak ada mood ni." Punching bag mula disepak berkali-kali sebelum Luth terduduk di atas gelanggang. Permukaan gelanggang ditumbuk kuat. Terdiam seketika bilik gym itu sebelum Kapten Haziq menghalau yang lain keluar dari situ.

"Diorang dah blah. Ceritalah." Haziq masih tetap cuba mengorek apa yang terjadi. Muka Luth yang sentiasa redup itu bertukar bengis seperti wajahnya dalam operasi.

"Nantilah buddy bila aku ada mood aku cerita. Boleh?" lemah nafas dihembus Luth. Serabut betul kepala dia memikirkan kelembapan sendiri dalam bertindak. Sampai bila nak jadi pengecut untuk luahkan rasa ni Luth?

"Kita fight. Kau kalah, kau story. Aku kalah aku jadi balaci kau untuk sehari. Deal?" Sinis nada yang dilontarkan kepada Luth.

Ajakan Haziq hanya dibalas dengan senyuman maut Luth. Senyuman yang menunjukkan dia tak akan berlembut. Air liur laju ditelan Haziq.

'Mampus bodoh kau Haziq..' getus Haziq apabila melihat Luth yang sudah mara ke arahnya.

BUKK

"Aduh sakit bodoh Luth!" dan pelbagai carutan terus dilontarkan oleh Haziq kepada Luth yang hanya diam membalas serangan daripada Haziq.

"Belikan aku neslo ais Ziq." Sambil diri sibuk mengipas-ngipas muka yang sedikit bahang. Ada hati nak kalahkan aku. Tunggu lain universe lah call sign Hover.

Pemandangan di hadapannya setia dipandang. Bayangan wajah Bunga menyampaikan berita yang kurang enak didengar itu masih terbayang-bayang di fikiran. Berdosakah dia bila timbul perasaan benci kepada lelaki yang dicintai Bunga?

"Nah. Story." Neslo ais yang dihulur di hadapan muka diambil lalu disisip. Haziq setia memandang wajahnya. Dasar kepoci tak padan jantan.

"Aku story kau jangan gelak eh Ziq. Kalau tak PT." Tergelak Haziq mendengarnya. Dasar harimau gedik. Pinky promise ditunjuk kepada Luth menandakan dia akan simpan cerita Luth bagaimana dia simpan rahsia negara.

"Kau ingat Bunga Luthfiya yang aku selalu cerita tu?" mendung sahaja wajah Luth tika menyebut nama itu.

"Gila kau tak ingat. Crush paling kau sanjung tu. Orang lain nak try kau pun kau kata kau dah ada gewe nama Bunga. Chiaaa" Seronok Haziq menyakat Luth. Siapa tak tahu Bunga dalam kompeni mereka. Setiap masa nama itu Luth jual bagi menjauhkan diri daripada mana-mana rakan sekerja wanita.

"Lusa dia tunang.."

PURRR

Tersembur sirap bandung RM2.50 dari mulut Haziq. Selekeh betul.

"Kasih, boleh babah berbincang dengan Kasih kejap?" pelawaan babahnya dibalas dengan anggukan.

"Boleh babah. Cakaplah. Kasih dengar. Babah nak bagi surat harta kat Kasih ke?" ketawa kecil Luthfiya dengan lawak tak makan samannya.

Tergeleng-geleng kepala Puan Suri mendengar lawak tak seberapa anaknya itu. Muka suaminya yang sedikit serius itu dipandang diam. Adalah tu nak ditanya pasal pertunangan Luthfiya.

Seindah BumantaraWhere stories live. Discover now