Bab 6

20 1 0
                                    


Warning: Suicidal Behaviour

Cincin tunang dijari manisnya dibelek-belek. Cincin yang dipakainya merupakan kepunyaan aminya. Kerana berlaku perubahan di hujung waktu, Luthfiya hanya bersetuju memakai cincin aminya sebagai tanda. Cincin yang sepatutnya disarung ke jari Iqbal terletak elok pada jari Luth.

Luthfiya masih tidak percaya dengan keputusannya. Tapi dia terima seadanya apa yang terjadi. Semuanya berubah sekelip mata. Cintanya bersama Iqbal selama dua tahun digantikan dengan pertunangan bersama jirannya. Lagi parah, tunangnya tentera. Dahlah dia tak ambil tahu pun Luth tu tentera apa.

Selesai majlis pertunangannya dengan Luth, dia keluar ke bahagian buaian rumah bersama Luth.

"Bunga betul ke terima abang?" lembut Luth menyusun soalan. Terkejut juga dirinya tiba-tiba Bunga ingin menjadikan dirinya sebagai tunang. Tapi dia tidak kisah apa pun alasannya. He's head over heel for his flower.

Diam sahaja Luthfiya dengan soalan Luth. Dia masih tidak boleh terima tunangnya seorang tentera.

"Abang Nafeez pasti ke bertunang dengan Bunga tak akan buat abang Nafeez sakit?" mata yang elok terbentuk itu memandang Luth. Ada kolam jernih dalam mata yang sedikit memerah itu.

"Eh Bunga. Kenapa ni. Abang salah tanya ke?" Risau Luth melihat air mata yang bertakung dalam mata Bunga. Dia ada tersilap bahasa ke?

"No. Abang Nafeez pun tahu kan yang Bunga memang tak nak pun ada hubungan dengan tentera. You sure knew that right abang? Abang tak takut ke kalau Bunga tak dapat balas rasa sayang abang tu?" Wajah indah Luthfiya yang membasah itu menekur tanah. Dia tak kuat ya Allah...

" I don't know the reason you agree to engage with me Bunga. Tapi abang percaya yang Bunga ada alasan sendiri kan? Abang terima semua ni. Abang akan buat apa sahaja untuk dapatkan kepercayaan dan sayang daripada Bunga abang." Lembut tutur Luth sambil menunduk mencari wajah Bunganya. Dia betul-betul nak jaga Bunga. Lebih baik daripada dia menjaga dirinya.

Luthfiya mendongak memandang wajah Luth. Cuba mencari kebenaran yang ditutur. Mata Luth membenarkan bicaranya kepada Luthfiya sebentar tadi. Namun Luthfiya masih tidak boleh terima Luth sebagai pemimpinnya kelak.

"I need time.."

Lantas Luthfiya bangun masuk ke dalam rumah meninggalkan Luth sendirian di luar. Fikiran cuba ditenangkan. Dia kusut dengan keputusan sendiri.

Lembaran diarinya diambil dari dalam beg galas. Segala rasa diluahkan di situ.

'Kepada bumantara yang indah tanpa celanya...'

Tinta mula menari-nari diatas kertas sehingga Luthfiya larit menulis isi hatinya.

***********

Cuti yang masih berbaki tiga hari dihabiskan di Selangor. Memberi alasan kerjanya banyak tapi sebenarnya dia hanya ingin lari sebentar daripada masalahnya.

Ami dan babah memahami anaknya perlu waktu. Tunangnya juga tidak sempat dia berjumpa kerana Luth perlu pulang ke pangkalan kerana cutinya telah tamat.

Telefon sentiasa dibelek. Mengharapkan Iqbal cuba menghubunginya untuk memberitahu hal sebenar. Namun kosong. Nombor itu tidak dibuang. Malah mengharapkan ada berita daripada lelaki itu.

Katakan dia bodoh kerana masih menunggu Iqbal. Tapi segala rasa dan masa selama dua tahun buat Iqbal masih terngiang-ngiang. Dia masih lagi dibelenggu memori bersama Iqbal. Lagu Selamanya yang bermain di corong radio semakin menyesakkan dadanya. Lebat tangisannya di atas sofa. Menangis sampai dia lupa ada Allah yang sedia mendengar semuanya.

Seindah BumantaraWhere stories live. Discover now