Bab 7

19 0 0
                                    


" Angah, apa jadi dekat Kasih?" Laju soalan keluar daripada mulut Aniq, anak sulung Encik Ahmad dan Puan Suri.

Nuqman terus bangun daripada duduknya melihat babah dan ami menghampiri bersama wajah risau. Nafas dihembus perlahan sebelum ucapannya ditutur.

"Kasih...dia cederakan diri waktu angah sampai kondo dia tadi.." tak sanggup dia ingin mengatakan adiknya cuba membunuh diri. Aminya yang jatuh terduduk dihampiri lalu didudukkan di kerusi. Wajah sayu itu dipandang dengan bersalah. Kalau dia lebih laju ke rumah Luthfiya tadi, pasti adiknya tak sempat mencederakan diri.

"Ami dengan babah jangan risau. Kasih dalam keadaan stabil. Doktor baru bagi dia ubat penenang. Sekarang Kasih masih berehat." Badan tua itu diusap perlahan.

"Apa jadi sebenarnya Ngah? Cerita dekat kami.." pinta Along yang masih risau dengan apa yang terjadi. Genggaman isterinya diketatkan agar dia lebih bersedia mendengar apa yang terjadi.

"Aku tak tahu Long. Sebelum aku masuk ada aunty cakap rumah Kasih bising macam ada baling-baling barang. Bila aku buka je pintu, aku nampak Kasih dah terbaring atas lantai dengan lengan berdarah. Maafkan aku.." Nuqman menunduk di akhir katanya.

Aniq hanya meraup mukanya.

'Kasih kenapa dik? Siapa sakitkan kasih?'

Dalam hidup mereka tidak pernah lagi Nuqman ataupun dia menyakiti Luthfiya sehingga cedera adiknya itu. Apatah lagi mengangkat tangan, jauh sekali.

"Kita nak beritahu Lu..Luth ke perkara ni..ni bang?" tersedu sedan Puan Suri menahan tangisnya. Encik Ahmad menggeleng menidakkan soalan isterinya.

"Tak. Jangan beritahu Luth. Dia tengah bertugas. Kita tak boleh buat dia risau. Biar keluarga kita sahaja selesaikan semua ni." Badan Puan Suri dipeluk dari tepi. Dia faham isterinya risau, tapi dia tidak boleh mengganggu Luth yang sedang bertugas.

Jawapan daripada babah dibalas dengan anggukan. Mereka setuju dengan kata-kata babah.

"Along, kau stay sini dengan babah dengan ami. Aku nak pergi rumah Kasih, bersihkan apa yang patut." Seraya itu bahu abangnya ditepuk sebelum Nuqman berlalu pergi.

*************

Senyuman daripada bibir Luth masih tidak lekang dari pagi tadi dia datang lapor diri. Mukanya tampak sangat bahagia. Siapa je tak bahagia dapat tunang dengan crush sendiri kan? Papan kekunci ditekan laju bagi menyiapkan laporan yang patut. Sekejap lagi dia kena ke pejabat untuk memohon surat kebenaran perkahwinan.

Luth agak terkejut pada awalnya bila dia dapat tahu yang pernikahannya dengan Bunga hanya lagi dua bulan. Itupun Bunga sendiri minta, sebab pernikahan lagi dua bulan memang perancangan awal Bunga selepas bertunang. Luth hanya bersetuju sebab lagi cepat, lagi baik.

Leftenan Syafiq bingung melihat rakannya yang seorang ni. Jarang mamat ni nak senyum-senyum. Ni sengih pun dah macam kerang basi.

"Kau dah kenapa gila? Tersengih-sengih macam orang tak waras." Pelik betul telatah sahabatnya itu. Kejap tersengih, kejap jarinya di usap-usap. EH?!

"Kau pakai cincin?" laju Syafiq memegang tangan kanan Luth. Ni bukan pelik. Ini pelik gila!

Terhenti kerja Luth sebelum tangannya ditarik daripada pegangan Syafiq. Tapi Luth tak marah. Dia masih dengan senyum.

Terkebil-kebil mata Syafiq melihat manusia di depannya. Dah macam kena sampuk mambang pun ada gayanya.

"Kau ingat Bunga..?" soal Luth tersengih-sengih.

"Ingatlah. Gila kau tak ingat sayang intan payung emas kau tu. Kenapa? Kau ada apa-apa ke dengan dia?" berkerut sedikit dahi Syafiq meminta kepastian.

"Aku dah tunang dengan dia kelmarin."

Seindah BumantaraWhere stories live. Discover now