Latihan operasi kecemasan dan serangan kali ini betul-betul meletihkan Luth. Sungguh dia rasa azab dua belas minggu sebelum mendapatkan beret hijaunya jauh lebih mudah. Senjata yang digunakan dalam latihan dikemas rapi sebelum dia pulang mahu membersihkan diri.
Sesampai sahaja Luth di biliknya, laju Luth mengambil telefon ingin membuka ruangan mesej bersama Bunga. Mesej daripada Bunga minggu lepas dibuka. Luth memang jarang buka telefon jika dia ada latihan apatah lagi operasi. Belum baca lagi mesej daripada Bunga, Luth sudah lup dup lup dup. Orang tengah gelumang rasa suka kan. Gitulah gamaknya.
Tunang: Bunga Luthfiya ♥
'Assalamualaikum abang Nafeez, maaf kacau'
'Bunga nak bagitahu, borang bahagian Bunga semua dah selesai.'
'Abang rasa bila kita boleh jumpa untuk serah ke pejabat agama?'
Tersengih-sengih Luth membaca pesanan yang diberikan Bunga. Meskipun Bunga tidak menyoal tentang beritanya di sini, dia tidak kisah. Dia tahu Bunga pun mesti sibuk dengan kerjanya. Laju tangannya menaip hendak membalas.
'Waalaikumsalam Bunga.'
'Dalam minggu depan kita pergi boleh ke? Nanti abang bagi exact tarikh'
Telefon diletakkan di atas katil sebelum Luth bergerak ke almari. Jadual latihannya dilihat mencari tarikh yang sesuai untuk dia berjumpa Bunga menyiapkan borang perkahwinan mereka.
"Bunga..?" Suara Haziq yang berbaring di katil sebelah kedengaran. Luth hanya senyum. Fahamlah Haziq rakannya itu tengah bahagia membaca mesej tunangnya. Naik seriau mereka bertiga kalau setiap kali tengok lelaki ni tersengih-sengih. Macam wayar putus gayanya.
Syafiq dengan Aizad jangan ceritalah. Kalau tak menyakat, bukan Gagak dengan Kuak lah jawabnya. Ada sahaja idea nak menguji keimanan Luth.
"Untunglah orang tu. Ada orang care. Lepasni dia tak nak dah cuddle dengan kita.." seloroh Haziq. Laju bantal Luth melayang terkena mukanya. Haziq hanya tergelak melihat muka Luth seperti orang sembelit itu.
"Betul apa aku cakap. Nanti tak ada dah orang nak sayang-sayang kita.."
"Eh diamlah Ziq! Aku tapak muka kau kangg" Laju Luth keluar dari bilik menuju ke tandas untuk membersihkan diri.
Haziq hanya tergelak melihat sahabatnya. Kaki laju mengikut Luth. Badannya juga sudah berlengas minta dibersihkan.
*********
Suasana dalam Perodua D55L SUV milik Luth hanya ditemani dengan lagu melayu jiwang sedari mereka mulakan perjalanan dari rumah ke pusat membeli belah di bandar. Alang-alang Luthfiya dan Luth dapat cuti, mereka membuat keputusan untuk membeli persiapan di Mersing sahaja. Syukur borang perkahwinan mereka sudah diluluskan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Naik pening Luthfiya mendengar lagu pilihan Luth. Kejap sendu, kejap naik rock. Aduhlah taste lagu si Luth ni.
'Apa jiwang betul mamat ni..' skrin smart android dipandang sebelum pandangannya berkalih kepada Luth.
"Abang, Bunga minta izin nak tukar lagu boleh tak?" pandangan pada Luth masih belum berkalih. Belum apa-apa dah boleh nampak dah ada perbezaan pada mereka.
"Bunga nak dengar lagu apa? Lagu ni bestlah." Terangguk-angguk Luth cuba mengiyakan katanya. Sedap apa lagu Masdo?
"Yalah. Dari tadi macam sama je lagunya. Tak habis-habis fasal putus cinta lah, sedihlah. Tak best betul lah test abang ni.." Luthfiya sudah mula memeluk tubuh. Tengoklah tu. Tak nak mengalah betullah lelaki ni!
YOU ARE READING
Seindah Bumantara
RomanceBunga Luthfiya. Dalam bahagianya, masih tersimpan lagi rasa sakit di dalam hati. Kadang-kadang dia sendiri sudah tidak boleh percayakan orang disekelilingnya setelah apa yang berlaku kepada dirinya. Luth Nafeez. Dalam bengisnya ada sayangnya. Dalam...