Cahaya pertama dari ufuk Timur langit menyambut kepulanganku ke tanah tumpahnya darah setelah enam bulan berjauh. Ada keluarga yang berpelukan, menangis tertawa. Ada ibu yang melunas rindu dan ada juga cinta yang kembali bertaut.
Aku tegak berdiri sendiri. Sepi. Langkah kupanjangkan ke bas yang sedia menanti kami yang tidak disambut sesiapa. Sepanjang perjalanan, aku memandang langit. Dawn, awak sangat hebat. Melindungi nyawa walaupun bukan sedarah, seagama atau senegara hanya atas dasar kemanusiaan.
Kanak-kanak yang Dawn selamatkan masih hidup. Dia mendapat rawatan sewajarnya walaupun masih berada dalam keadaan trauma.
Sampai ke rumah, aku terkaku. Jadi tunggul kayu aku di situ. Baru pulang sudah ada yang mencari bencana. Dia tak tahu ke aku penat?
Aku terus menekan telefon.
"Woi gila kau mangga rumah aku siap berpalang besi dah kenapa?" Aku yakin ini kerja Hawk. Kenapa seorang Fajar tak boleh jadi seperti Dawn yang lembut dan penyayang? Kenapa Fajar perlu mengenakan aku pada setiap peluang yang dia ada?
"Oh, kau balik dah ke? Aku takut pencuri masuk rumah kau. Tu yang aku palang. Meh la datang padang sasar ambil kunci. Aku tengah train newbie ni. Bye bye my dear Raven." Panggilan dimatikan.
Kau bagitahu aku, pencuri mana yang gila nak merompak dalam kem tentera?
Okay, kau nak main, jom main. Kunci kereta aku ada di dalam rumah jadi aku tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan Car Koala. Tetapi aku perlu berjalan 3 km ke pekan dahulu kerana Car Koala tidak dibenarkan masuk.
Sekejap sahaja aku sudah mendapat kereta. Masalahnya lembab betul dia memandu. 70KM/j sahaja! Aku rasa macam mahu tekan minyak untuk dia. Aku nak pijak pedal minyak itu sambil bayangkan muka Hawk yang aku pijak.
"Cik ni main gitar ya?" Pakcik pemandu bertanya kerana aku membawa beg hitam panjang bersamaku.
Sekarang juga dia hendak ajak bersembang. Mood bersembang aku memang dah mati sejak Hawk putuskan panggilan tadi.
"Hmmm..." Aku sekadar membuat bunyi. Takkan aku nak bagitahu dia aku bawa rifle dalam beg ini.
"Anak pakcik pun main gitar juga. Dia jadi apa tu yang budak main muzik nyanyi tengah jalan tu? Dia main dengan kawan-kawan dia." Pakcik itu tetap mahu bersembang.
Lain macam anaknya main muzik tengah jalan.
"Busking?"
"Ha, tu la. Pakcik sebenarnya nak dia sambung belajar dekat kolej komuniti tapi tu lah, dia tak mahu. Nak jadi artis buat muzik katanya. Pakcik belikan jugalah dia gitar. Enam bulan pakcik kumpul duit. Suka sangat tengok anak pakcik datang peluk pakcik ucap terima kasih. Budak, biasalah kalau kita tak memberi, tak adanya nak rapat dengan orang tua ni. Kawan dialah segalanya. Cik masih ada orang tua?" Pakcik itu seperti mahu teman bicara.
"Masih ada." Aku jawab sekadarnya. Tidak perlulah pakcik itu tahu kisah sinetron aku.
"Selalulah jumpa mereka. Kami dah tua ni tahu anak-anak sibuk." Entah apa lagi nasihat yang diberi aku tak dengar.
Mama papa tak macam tu, pakcik. Bukan saya tak cuba jaga hati mereka. Saya sedia nak tinggalkan tugas saya demi mereka. Tapi apa yang saya dapat?
Dibuang. Terbiar. Sepi.
Sampai di padang sasar, aku bayar RM50 walaupun tambangnya hanya RM15. Biarlah, rezeki dia.
Lepas daripada pos kawalan tentera, aku mengeluarkan rifle yang aku simpan dalam beg. Ada yang minta mati hari ini.
Aku terus menuju ke lapangan 3 tempat Hawk berada. Dari jauh kelihatan dia sedang membuat demonstrasi dengan memegang belon pada tangan kanan dan kiri.
Bang!
Tembakan aku lepaskan tanpa amaran. Belon di tangan kanannya meletup. Hawk langsung tidak terkejut tetapi ada rekrut yang melatah. Satu lagi belon aku tembak.
Laser aku pancarkan ke dada Hawk sebagai amaran supaya dia tidak bergerak.
"Ahmad Hawkiah! Mana kunci rumah aku?" Aku bengang.
"Siti Nur Raveniah, jadilah bertamadun sikit. Cuba bagi salam dulu. Kesian budak-budak ni. Baik semua boleh ke posisi masing-masing. Saya akan buat pemeriksaan senjata sekejap lagi." Hawk memberi arahan kepada rekrut sebelum menghampiri aku.
"Nice ring you got there. Tak kahwin dekat sini, kau kahwin dekat sana ke? Raven kalau pakai barang kemas sendiri tandanya dia kena demam kus kus." Hawk memandang cincin di jariku.
"Cincin ni Dawn bagi." Aku menyentuh cincin itu.
"Oh," itu sahaja balasan yang Hawk beri. Aku yakin dia tahu siapa Dawn. Anggota yang terkorban semua sudah diberi penghormatan terakhir. Nama mereka berada di mana-mana.
"Lepas ni kau buat apa?" Aku bertanya.
"Tak ada apa-apa."
"Bawa aku pergi satu tempat boleh? I want to give Dawn a final rest." pintaku kerana tempat itu hanya 30 minit daripada padang sasar. Aku tidak mahu buang masa dengan mengambil kunci kereta dan membuat perjalanan lagi.
"Kau rapat ke dengan dia dekat sana?" Hawk ingin tahu apa hubungan aku dengan Dawn.
"Rapat. Rapat sangat. Enam bulan tu macam-macam kami hadap." Aku membuang pandangan jauh.
Aku tahu kemungkinan besar Hawk akan menolak permintaanku tetapi tidak salah mencuba.
"Okay, satu jam lagi kita gerak." Sangkaanku meleset. Mudah pula Hawk bersetuju.
Satu jam berlalu. Aku sudah menunggu di hadapan kereta Hawk. Hawk berjalan ke arah aku dengan tshirt khaki dan seluar loreng. Dia kelihatan segar seperti baru selesai mandi.
"Nak pergi mana ni?" Hawk bertanya.
"Bagi aku drive la, lagi cepat." Aku menghulur tangan.
"Oh, no never ever nehihe. Aku tak kaya nak bayar saman hari-hari macam kau. Kesian baby aku ni." Hawk menolak aku yang menghalang pintu pemandu.
Aku menjeling namun terus masuk ke tempat duduk penumpang di sebelah Hawk sebelum dia berubah fikiran.
Kami berhenti di hadapan sebuah kedai bunga. Aku menelefon seseorang untuk memaklumkan ketibaanku bersama Hawk.
Seorang wanita mengandung yang memakai apron kedai bunga keluar dari kedai.
Cantik jelita sama macam dalam gambar. Buah hati Dawn yang sedang mengandung anak mereka. Aku terus menyapa teman wanita Dawn. Rachel namanya.
Aku kenal Rachel hanya melalui cerita-cerita Dawn. Setiap pagi mereka akan membuat panggilan video termasuklah pada hari sebelum operasi yang meragut nyawa Dawn.
Kami dihidangkan dengan teh herba sebelum dia duduk memandang aku. Cincin di jari manis aku tanggalkan kemudian aku sarungkan ke jari Rachel. Selayaknya ia berada. Itu amanat terakhir daripada Dawn untuk aku selesaikan.
"Dawn ingat Rachel sampai hujung nyawa dia. Dia nak saya bagitahu Rachel saya sayang awak." Aku menarik Rachel yang sedang menangis dalam dakapan aku.
Rachel mengusap anak dalam kandungannya. Kasihan anak itu. Belum lahir lagi sudah tidak berbapa. Mereka merancang untuk berkahwin sebulan lagi sebelum perut Rachel semakin membesar tetapi apakan daya, takdir tidak mengizinkan.
"Senja, pick any flower from this shop. Anggaplah itu tanda terima kasih kami." Rachel menguntumkan senyuman. Salin tak tumpah seperti Dawn yang sering tersenyum. Mereka memang pasangan yang sepadan.
Aku memilih bunga Hydrangea biru yang berada dalam pasu kecil.
"Blue Hydrangea symbolise apology, gratitude and understanding. There's no need to apologise. Keep your head high, soldiers. Saya faham ini risiko mencintai Dawn dan saya tak pernah menyesal dengan pilihan ini." Rachel tersenyum sayu.
Kami berdua meminta diri.
"Kalau tu cincin Rachel, kenapa kau pakai?" Hawk bertanya.
"Supaya tak hilang. Kalau orang nak curi, dia kena kerat jari aku dulu," balasku.
"Raven,"
"Apa benda?"
"Welcome home."
YOU ARE READING
Undercover
ActionCerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner...