Bab 9

2.9K 354 57
                                    

"Welcome home tengkorak kau. Aku ni balik nak tidur kau pergi palang rumah aku pula." Aku mendengus geram.

"Macam mana kau tahu aku yang buat? Bukan kau ada bukti pun." Hawk cuba mengelak.

"Siapa lagi yang dengki sangat dengan aku kalau tak kau? Cepatlah bagi kunci." Aku menadah tangan.

"Nanti la aku bagi. Aku dah lambat dah ni. Hantar kau punya fasal la." Tangan aku dibiar sepi seperti peminta sedekah.

Hawk terus mengunci pintu dan menekan pedal minyak. Jalan yang dia lalui bukan jalan balik ke kem. Aku tak tahupun ini jalan ke mana.

"Weh, kau nak bawa aku pergi mana ni? Kau jangan macam-macam. Kau nak culik akupun beragak sikit."

"Eh, cerita dia sekarang ni aku ada hal urgent juga. Nak balik hantar kau dah bazir masa. Ikut je la diam-diam. Kau jangan nak buat gila terjun dari kereta. Kalau kena gilis aku tak mahu kutip." Pedal minyak terus ditekan.

"Kalau sayang aku tak mahu aku kena gilis, kau berhentilah sopan-sopan. Tekan brek perlahan-lahan tinggal aku tepi jalan mana-manapun okay. Lepastu bagi aku kunci palang tu. Pandai-pandailah aku balik." Aku masih tidak berpuas hati.

"My dear Raven, sebab aku sayang kau la aku dengan baik hatinya tak tinggal tepi jalan. Kunci tu ada atas meja makan sebelah cawan kopi. Aku ingatkan aku sempat balik. Nak mandi dulu makan dulu tapi dah kau ajak aku jumpa Rachel jadi kau pun aku angkut la sekali. Tak ada masa dah."

"Ni nak pergi mana? Aku dah la pakai macam ni." Aku memakai baju operasi sebenarnya sekarang ni. Sama dengan baju yang dipakai Hawk.

"Apa masalahnya? Bukan tak pakai baju." Main lepas sahaja Hawk bercakap! Aku hempuk dengan pasu mahu menggelupur nyawa dia.

Asalnya aku melayan pemandangan tapi entahlah mungkin kerana terlalu mengantuk ditambah dengan penat jetlag tidak habis lagi, aku terlelap.

"Oi, apa benda co-pilot tidur? Dah sampai dah cepat turun." Hawk menarik brek.

"Hawk, sebelum nyawa kau melayang baik kau bagitahu kita dekat mana." Aku menggunakan suara paling datar kerana tahap kesabaranku sudah terlalu nipis.

Kami berhenti di hadapan sebuah rumah kampung yang dipasang dengan lima buah khemah. Seperti ada kenduri.

"Mana lagi, rumah aku la. Malam ni adik aku nak nikah. Esok pagi nak bersanding. Aku ni wali dia. Kalau aku tak ada tak boleh kahwin budak tu." Hawk menjawab slumber badak.

Aku ternganga. Ini bukan terkejut beruk lagi, ini dah terkejut chimpanzee.

"Tutup mulut tu. Masuk lalat nanti. Oh, lupa kau mana ada baju nak tidur dan pakai esok. Okay, kita reverse pergi pekan dulu. Kenapa la kau tak cakap awal-awal. Tu la, tidur lagi." Hawk keluar semula daripada perkarangan rumahnya menuju ke pekan.

"Kau kalau tak memalukan aku memang tak sah kan? Dah kenapa pula aku kena ada dalam majlis adik kau ni?" Jem kepala otak aku dengan perangai Hawk. Dah banyak benda dia buat, tapi ini yang paling bangang sekali.

"Chill la, cuti dua minggu kan?" balas Hawk.

Ini bukan isu cuti atau tidak. Apa benda tiba-tiba kena culik pergi kenduri adik Hawk? Keluarga diapun aku tak kenal.

Kami berhenti di hadapan kedai pakaian Karnival.

"Kau kencing dalam seluar dekat hutan pun boleh hidup, apalah sangat nak kencing dalam jamban dekat rumah aku kan? Dah, nah aku sponsor. Kau belilah baju kau. Baju kurung dua helai, baju tidur satu. Kau jangan beli yang tali nipis tu, sakit jantung mak aku nanti." Hawk menghulurkan kad debitnya.

UndercoverWhere stories live. Discover now