Bab 15

2.9K 357 75
                                    

Sekejap-sekejap dia tersengih. Dua tiga muka surat selepas itu berkerut. Kadang keluar juga sedikit komen dari mulutnya. Benda yang paling aku tak tahan, dia boleh main lekat-lekat sticker berbeza warna untuk buat annotation dekat novel dalam van yang sedang bergerak! Aku sendiri tak sedar bila masa novel itu dia seludup ke tempat duduk penumpang di sebelah aku.

Tiba-tiba aku sakit hati pula tengok Hawk sedang berbahagia dalam dunia tipu-tipu.

"Kau tak pening ke baca novel dalam kereta?" Aku menegur.

Tak dilayan!

"AAARGHHH!" Aku menjerit sekuat hati.

Terus tertutup novel yang Hawk pegang. Tahu kau takut.

"Apa benda kau ni? Elok-elok la." Uish dia marah.

"Kau tak pening ke membaca bila kereta bergerak?" Aku mengulang soalan tadi.

"Dah biasa. Dah shhh jangan kacau aku. Drive elok-elok, terima kasih." Hawk meneruskan bacaan.

Aku jeling cover novel itu. Penulis perempuan! Sampai hati kau rampas Hawk daripada aku. Tengoklah tak lena tidur kau, aku buru.

Cikgu Wahid telah menghubungi Hawk. Katanya tidak perlu berjumpa di sekolah tetapi terus pergi ke alamat yang diberi. Perjumpaan akan dibuat pada jam 3 petang. Cukup masa untuk kami sampai dan meninjau kawasan.

Sebelum bertolak jam 5 pagi tadi, aku dan Hawk sudah diminta untuk menukar pakaian. Pakaian operasi digantikan dengan baju biasa. Aku memakai seluar slack hitam dengan jersi Harimau Malaya. Hawk memakai seluar jeans hitam dipadankan dengan kemeja kotak hitam merah yang dilipat lengannya hingga ke siku dan t-shirt putih bertulis Riot To Heaven sebesar alam di dada. Melebih betul.

"Raven, nanti —" Ayatnya belum habis lagi tapi aku tahu apa yang dia mahu.

"Tahu, cari masjid untuk solat zohor. Navigate la pergi masjid." Aku sudah hafal rutin ibadah Hawk.

Aku dapat menangkap garisan senyuman di bibir Hawk melalui ekor mata. Aih, aku sebut waktu solat pun dah suka? Kalau aku masuk Islam, terbang terawang-awang agaknya.

Aku memandu masuk ke sebuah perkarangan masjid. Van aku letak di tempat letak kenderaan paling jauh biar dia jalan kaki ke pintu masjid.

"Terima kasih la jadi sebab aku dapat pahala extra hari." Hawk meninggalkan novel bacaannya dan terus menuju ke masjid.

Novel yang Hawk baca itu aku ambil. Helaian pertama aku baca. Nak tahu juga apa yang menarik sangat sampai Hawk mengabaikan aku. Pintu van aku kunci terlebih dahulu.

Satu helai ke satu helai ke helaian seterusnya, seronok juga cerita ni. Tak jadilah aku nak buru penulis dia.

"Oi..."

"Oi!"

"Siti Nur Raveniah! Buka pintu oi!" Hawk bengang kerana disidai. Cepat pula dia muncul.

Aku tersedar. Dahsyat juga penangan novel ni. Aku bagaikan ditarik masuk ke sebuah realiti yang berbeza. Aku melangkah ke tempat duduk penumpang kemudian barulah membuka kunci.

"Apa baca buku orang tak minta izin?" Dia periksa tulang buku itu dulu.

"Selamat la. Aku buka macam kau buka. Dah, sambung drive sana." Aku mahu meneruskan bacaan.

"Kau tak terlatih nak membaca dalam kenderaan bergerak."

"Ni nak berlatih la ni."

"Janganlah berlatih pakai novel aku. Nanti kau muntah ke tak fasal."

"Kedekut tahi hidung masin!"

Hawk terus mengorek hujung hidungnya kemudian menjentik jari ke arah aku.

UndercoverWhere stories live. Discover now