"Bangun." Suara Hawk mendatar. Dia hanya memandang aku dari jauh. Wajahnya tidak beriak. Dia menyilangkan tangannya.
Aku bangun dengan bersusah payah. Waktu lepas akad dulu, bukan main tak bagi aku pakai tongkat. Makan siap disendukkan. Aku didukung ke sana sini. Sekarang hulurkan tanganpun tidak.
"Cedera ke?" Dia bertanya lagi. 50 meter jarak antara kami terasa begitu jauh.
"Tak!" Aku membentak geram.
"Dah tu tunggu apa lagi? Bangunlah. Tunggu Eva angkat? Tunggu Bruno pinjamkan sayap?" Dia memerli.
Bersusah payah aku hendak berdiri semula.
"Fajar, lembutlah sikit. Baru seminggu Senja pakai kaki palsu tu." Ibu tidak sampai hati melihat kasarnya Hawk melayan aku. Dia mahu mendapatkan aku.
"Ibu, tak apa ibu. Ibu masuk rumah ya? Ibu janganlah nangis." Aku bangun sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Aku pernah jalani latihan yang lebih perit daripada ini. Apalah sangat setakat mahu belajar berjalan dengan kaki palsu di belakang rumah ibu yang bertanah liat bukannya batu. Cuma mungkin ibu tak biasa melihat latihan askar jadi perkara biasa ini terlihat kasar.
Aku cuba lagi menapak. Lima tapak aku melangkah, tiba-tiba tersilap imbangan badan lalu aku jatuh lagi. Hawk masih di tempat yang sama. Tidak berganjak walau setapak. Memang mood tentera dia sudah sampai. Selagi tiada kecederaan parah, jangan harap dia hendak hulurkan tangan.
"Bangun semula, segera!" Kali ini suaranya lebih tegas. Aku bangun dengan kadar yang lebih pantas dari tadi.
"Dah la tu, Senja. Cukuplah untuk hari ni ya? Ya Allah, Fajar tu isteri kamu tu. Kenapa keras sangat dengan dia?" Air mata ibu mengalir.
"Ibu, Senja memang isteri Fajar. Tapi dia juga seorang tentera. Kalau dia tak boleh berlari, kerjaya dia akan berakhir." Fajar memegang lengan ibu mengharapkan ibu faham situasi kami.
"Perlu ke Senja tu kerja lagi dengan keadaan dia macam ni? Fajar bukan tak mampu nak sara dia kalau dia berhenti. Ibu tak sanggup nak tengok keadaan Senja macam ni." Ibu memandang aku dengan penuh rasa kasihan. Ah sudah, ibu nak aku berhenti pula.
"Perlu, ibu. Khidmatnya masih diperlukan sekurang-kurangnya untuk dia jadi jurulatih, dia mesti dapat berjalan tanpa sokongan," tegas Hawk.
"Nak jadi jurulatih apa? Senja dalam rejimen apa? Kor apa? Tak ada orang lain ke boleh jadi jurulatih?" Bertubi-tubi soalan ibu.
Hawk diam. Rahsia negara tidak boleh didedahkan hatta kepada keluarga sendiri selagi masih terikat dengan akta kerahsiaan.
"Senja, nak jadi surirumah sepenuh masa ke?" Hawk memandang aku.
"Tak nak!" Cepat sahaja aku menjawab.
"See? Ibu, Senja lebih kuat daripada yang ibu bayangkan. Ibu masuk dalam buatkan kami cucur ikan bilis dalam satu jam lagi kami masuk ya?" Hawk memusingkan badan ibu membelakangi aku.
Bagus, Hawk. Akupun serba salah juga melihat ibu yang menangis untuk aku.
"Keep going." Hawk berpaling semula. Nadanya masih keras.
Aku menapak lagi. Kali ini, langkahku lebih cermat tetapi perlahan. Sepuluh langkah akhirnya aku sampai kepada Hawk.
Tangan aku terus dipegang. Tiada ucapan tahniah atau kata pendorong semangat diberi.
"Fokus pada pegerakan kaki kanan. Build muscle memory." Hawk membantu aku bertatih. Langkahnya tidak terlalu laju tetapi tidak pula terlalu perlahan. Cukup baik untuk aku belajar menapak semula. Kaki kanan aku masih belum terbiasa dengan sambungan kaki besi ini.
YOU ARE READING
Undercover
ActionCerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner...