Sambutan Hari Kebangsaan.
Perarakan berlangsung dengan gilang gemilang. Pada hari ini jugalah terpamernya aset-aset pertahanan negara. Bukan semua tetapi sekadar cukup untuk mempamerkan kuasa pertahanan yang ada.
Aku, Hawk dan ramai lagi anggota elit pertahanan ada bersama kalian menyambut hari kebangsaan cuma bukan dalam baris. Ada yang berpakaian biasa terselit dicelah ramainya manusia. Ada yang sedia menunggu arahan komander. Ada juga seperti aku dan Hawk yang memerhati dari skop. Sedia untuk menembak mati sasaran andai keadaan mendesak.
"Raven to base. Target is within sniping range." Aku merenung seorang lelaki di bumbung bangunan yang berjarak 700 meter daripada bangunan tempat aku berada sekarang yang sedang menyediakan senjatanya.
"The target is yours, Raven." Base memberi kebenaran untuk aku melepaskan tembakan.
Berpandukan skop, aku menyasarkan sasaran aku. Seorang pembunuh upahan yang menggunakan nama samaran Vodka. Bekas tentera negara luar yang sekarang menyara hidup dengan mengambil upah mencabut nyawa. Hasil risikan yang dilakukan membawa aku ke sini. Tugas aku hanya memberi satu pengakhiran untuknya sebelum dia melakukan pembunuhan lagi.
Tembakan aku lepaskan tepat mengenai sisi kepalanya.
"Clear. Boleh kutip dia sekarang." Aku menghantar laporan ringkas kemudian terus berkemas untuk meninggalkan lokasi aku.
Sambutan Hari Kebangsaan terus berjalan dengan lancar seperti tiada apa yang berlaku. Ia sepatutnya begitu dan terus kekal begitu. Tiada siapa yang perlu tahu tentang operasi yang sedang berlaku. Biarlah mereka seronok melihat pertunjukan dan demonstrasi yang sudah diatur untuk tontonan pengunjung.
Hawk sudah menanti di tingkat bawah bangunan dengan motosikal berkuasa tinggi. Kami akan mengikuti konvoi escort Yang Dipertuan Agong selepas acara ini tamat lebih kurang dua jam lagi.
"Arghhh! Tolong peragut!" Terdengar suara jeritan berhampiran kami.
Dari arah hadapan kelihatan seorang lelaki berpisau sedang berlari dengan beg tangan berjenama.
"Tepi! Ke tepi kalau tak aku bunuh kau." Jerit peragut itu sambil mengacukan pisaunya ke arah Hawk yang menghalang jalannya.
"Kau pernah bunuh orang?" Suara Hawk tajam setajam renungan matanya yang mati.
"Ke tepi!" Peragut itu terus meluru ke arah Hawk.
Tangan yang menghunus pisau itu ditangkap kemas oleh Hawk lalu badan peragut itu
itu dibanting ke jalan tar."Gari!" Hawk menghulur tangan.
"Mana ada gari! Kita bukan polis." Aduhai Hawk, baca lagi novel polis sampai kerjayapun bertukar. Hawk terus mengunci tangan lelaki itu dan duduk di atas badannya. Nasib kaulah jadi manusia penyek hari ini.
Pisau yang terlepas dari tangan lelaki itu aku ambil lalu aku bersila di hadapannya.
"Kalau tak pernah bunuh orang, jangan pernah cuba-cuba nak mengacah." Aku larikan bilah tajam pisau itu ke pipinya tanpa tekanan. Pisau itu tidak cukup tajam untuk melukakan dia.
Hish, hancing! Boleh pula dia terkencing. Nasib lah polis mana yang nak kena tahan dia ni.
Tidak lama kemudian, polis datang membantu kami. Hawk siap minta izin mahu garikan tangan peragut itu lagi. Perangai jenis apapun aku tak tahu.
Beg tangan yang diragut itu aku ambil. Tatkala aku berpusing untuk mengembalikan beg tangan itu kepada pemiliknya aku terpaku.
Mama.
"Sen... Senja?" Mama teragak-agak hendak menyebut nama aku. Mungkin dia bimbang tersilap orang atau mungkin dia tidak tidak terbayang akan bertemu dengan aku. Tapi dahsyat juga mama boleh mengecam aku dalam keadaan aku bertudung.
YOU ARE READING
Undercover
ActionCerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner...