8

64 4 4
                                    



" Kakak cuba jangan malas, hari sabtu ni dah nak jadi tunang si luqman tu. Tolong² laa mak apa yang patut."

Suara mak membebel buat aku rasa macam menyesal balik rumah awal.

Sepatutnya aku balik malam je, takda la mak nak bebel² aku pasal pertunangan ni.

Yang si luqman pulak terus diam lepas jumpa aku minggu lepas.

Aku ni tak nak laa mesej dia atau call kang cakap aku pulak yang lelebih !

Aisya Fakhira memang kena jaga maruah, dan harga diri. Aku ni susah nak cari orang melainkan ada hal² penting.

Nampak macam ego kan aku? Tapi ni lah diri aku sendiri.

Aku pandang mak yang sedang mengubah hantaran yang bakal bertukar dengan pihak lelaki nanti.

Boleh tahan hebat mak bab² mengubah ni ya?

" Bila mak cakap kau termenung, fikir apa ? Luqman?"

Lahhhh aku termenung ke?

" Mana ada la mak. Kakak tengah fikir mana mak dapat idea gubah² macam ni? Mak tiru kat pesbuk la tewwww "

Mak jeling aku.

" Baik sikit bercakap ya? Ini puan raihana tau, segala hal mak tahu buat, bukan macam kakak. Tahu kritik je, cari salah orang."

Dah aku pulak kena.

" Alahhh gurau sikit pun tak boleh !"

Aku ambil bunga² kecil yang sedang dihias oleh mak, aku tilik² bunga tu macam aku ni kenal sangat apa nama bunga ni.

Cantik, comel² je bunga nya.

" Tu baby breath , tapi yang palsu la. Cucuk² je buat hiasan. Cantik kan?"

Sekelip mata siap satu gubahan hantaran. Lawa weh!

Kalau aku yang buat mahu makan masa. Bab² ni semua aku tolak bagi mak.

Aisya Fakhira tak minat benda² macam ni!

" Ada yang hidup ke mak bunga ni? Cantik!"

" Ada je, kamu tu ha yang tak tahu apa² . Yang tahu merungut itu ini !"

Ehh mak ni. Ke situ pulak dia.

" Mana ada ! Mak, kembar tu pergi mana? Tak nampak batang hidung pun hari ni "

Dari pagi sampai dah petang tak nampak pulak kelibat Azim dengan Azam.

Nak kata ke sekolah hari ni hari Ahad.

" Adik kembar tu keluar dengan abah ke pekan. Entah apa dicari nya , eh Aisya. Esok pagi boleh hantar tak hantaran ni ke rumah pakcik Lid?"

Aku pandang mak hairan. Apa pasal pulak nak hantar ke pihak sana?

" Untuk apa mak? Dorang pun akan bawa hantaran juga kan?"

" Ini makcik Eiza kamu suruh gubah, esok dia letak barang je atas ni. Eh kamu ni banyak bunyi pula. Hantar je esok, titik !"

Arahan puan Raihana mana boleh elak. Aku juling mata ke atas !

Yelah mak, saya yang menurut perintah.

.

.

.

Seawal sepuluh pagi aku sudah tercegat depan rumah banglo mewah pakcik Khalid.

Untuk pengetahuan, pakcik Khalid merangkap bakal bapak mentua aku ni orang yang kaya! Macam² bisnes diorang buat sampai ada nama dalam Malaysia ni. Hebat ooo!

Aisya Fakhira Where stories live. Discover now