6

129 13 1
                                    

🍉

Dua hari mak bebel kan aku.

Kes nya bermula bila azam bawak mulut cakap aku dok mengatal dengan farhan masa luqman sampai.

Aku dah cuba menafikan, tapi siapalah aku ini. Hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

*Lap airmata*

Lagi² si azim pulak menyokong kata² kembar dia , mengiakan bahawa aku mengatal dengan farhan siap bergelak tawa.

Lagi bertambah tambah lah mak bebel aku. Itu yang jadi dua hari.

Masuk hari ni dah hari ketiga.

Luqman pulak terus balik tanpa kata lepas aku pandang dia je.

Rasa bersalah la jugak tapi bukan nya salah aku pun.

Kan?

" Kamu ni kakak, kesian dekat luqman. Mak tak suka la menantu mak terasa hati macam tu."

Laaaaa tak habis lagi ayat ni. Semalam kan dah sebut, cukuplah tu.

" Mak, bukan salah aisya lah. Mak jugak suruh aisya hantar si paan tu kat depan , dah orang hantar mak bising² pulak."

" Mana tak bising, kamu bersembang dengan farhan tu depan luqman. Siapa je tak salah faham "

" Alaaa sembang sebab lama tak jumpa mak, bukan nya aisya menggatal macam azam cakap tu. Budak ni menambah je lebih². Aku debik kang !"

Aku angkat tangan macam nak buat² pukul azam sebelum mak angkat senduk dia depan batang hidung aku.

Celah mana pulak mak capai senduk legend dia ni.

Letih laa gini hari².

" Jangan nak debik² adik kau eh, mak nak kamu masak makanan kegemaran menantu mak tu. Lepas tu pi hantar kat dia."

Aku buat muka menyampah!

" Menantu apa mak? Cincin belum ada kat jari orang tahu tak. Mak dah siap cop buat menantu. Luqman tu belum tentu lagi nak kat aisya ni mak je yang lebih²"

Bebel aku sambil mula membasuh beras, tanak nasi. Kang kebuluran pulak manusia dalam rumah ni.

Hari ni aku cuti sebab mak suruh aku pujuk menantu kesayangan dia tu.

Azam pun ponteng jugak sekolah hari ni, cuma kembar sorang lagi tu yang ke sekolah.

" Bercakap tak tengok kiri kanan kan kamu ni? Dengar dek luqman nanti macam mana?"

" Dengar apa pulak, bukan dia ada kat sini pun. Lagipun betul kan akak cakap? Kami bukan bertunang lagi pun. Merisik je mak, belum tentu lagi jadi ke tak !"

Dah berlawan mulut aku dengan mak kat dapur tu.

Mak macam biasalah, tetap pertahankan luqman, sedangkan aku membantah setiap perkataan yang keluar dari mulut mak.

Lawan tetap lawan!

.

.

Sudahnya aku berada ditempat kerja luqman. Alamat yang mak bagi aku tilik sekali lagi.

Serius lah pejabat luqman berdekatan dengan pejabat aku? Patut hari tu cakap satu jalan pergi kerja.

Entah lah, malas nak fikir sebab aku ni hidup bukan untuk fikir kehidupan orang lain.

Huhuhu ~~

Aku dail number luqman, tiga kali bunyi terus bersambung panggilan.

" Hello " suara perempuan.

Aku cek nombor semula, betul lah nombor luqman.

" Err ni nombor adam luqman kan?"

" Yes , kenapa ye cari dia? Dia ke toilet sekejap. Kalau ada apa² pesanan tinggalkan je, nanti saya bagitahu dia"

Aku kematian kata sebelum aku tamatkan panggilan.

Serius lah luqman? Kau dah ada girlfriend kot.

Bekal di tangan aku lihat sebelum aku beri pada pakcik guard yang kebetulan lalu depan aku.

Tak tunggu lama aku melangkah pergi. Ini kalau mak tahu, memang habis title MENANTU kesayangan dia tu.

Menantu konon 🙄


.

.

" Penat ja cuti hari ni, last² kena scamm dengan luqman. Taguna punya jantan!"

Bebel aku dalam kereta. Panas je hati aku, niat nak nangis tadi aku batalkan.

Buat apa menangis untuk orang yang belum tentu jadi milik kita ??

Air mata aku mahal weh. Limited edition gitu. Kesudahannya tak menangis aku.

Telefon aku berbunyi, aku capai dan terus jawab tanpa melihat siapa.

Mesti puan Raihana.

" Mak, tak payah tanya pasal bekal tu. Akak dah bagi kat guard depan pejabat tu. Mak tahu tak menantu mak cakap tu tengah sibuk bersuka ria dengan perempuan lain ?? Kalau akak tahu nak jadi macam ni baik akak masuk kerja. Rugi dah gaji sehari akak, mak ganti duit gaji akak !"

Terus aku serbu, aku tahu ni panggilan dari mak. Masa nak sampai pejabat luqman tadi mak dah call aku empat kali.

EMPAT KALI gais!

Ghisauu sungguh gamak nye kat menantu dia.

" Aisya " aku termangu seketika.

Bukan suara mak ni, suara lelaki !

Aku lihat panggilan yang masuk tadi, NAHHHHH !!

LUQMAN.

" Aisya Fakhira, hello?"

Ehem². Aku betulkan tudung walaupun luqman tak ada depan aku.

Biasalah perempuan.

" Yes ? Kenapa call ?"

Aku acah² garang. Padahal nak tutup malu aku tadi. Serbu tak pakai helmet.

Haaa gini lah, tanggung sendiri.

" Awak dekat mana? Kita jumpa."

" Nak jumpa buat apa ? Saya rasa kita dah tak ada apa² kaitan kan?"

" Ada sayang, awak tu bakal tunang saya. Kita jumpa sekejap. Awak dekat mana ?" Lembut sahaja nada bicara luqman kepada aku.

Aku kemam bibir.
















Aisya Fakhira Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang