7

153 11 10
                                    






Aku hanya diam melihat buku menu. Sekarang aku dan luqman berada dalam cafe berdekatan pejabat dia.

Lepas dia call tadi kunun nya nak jumpa aku tu, haa sinilah duduk sekarang.

Buat² mengadap menu padahal perut aku dah kenyang makan makanan aku masak tadi.

Order air jelah kot.

Pelayan datang untuk ambik order bila luqman panggil.

" Aisya nak makan apa?" Soal luqman sambil memandang aku dengan tatapan yang aku rasa mampu mencairkan lemak² aku.

" Bagi fresh oren satu. " Jawab aku sambil tersenyum pada pelayan itu.

" Dua fresh oren dan set talam C ni satu ya. "

Usai order makanan dan pelayan itu pun hilang dari pandangan mata kami, luqman memulakan bicara.

" Aisya sihat ? "

Aku hanya mengangguk perlahan.

Sihat lah yang duduk depan kau Luqman oiii.

" Aisya marah luqman?"

Aku hembus nafas perlahan, cuba untuk menyusun ayat agar hati dia tidak terluka dengan kata² yang bakal keluar nanti.

" Macam ni lah luqman, apa niat awak sebenarnya? Awak dah ada kekasih kan? Kenapa nak kahwin dengan saya pulak? "

Dia pandang aku tenang. Aku pulak yang macam orang salah.

" Tengok diri awak dan saya. Awak tu ada rupa, kerja pun bagus, sedangkan saya ni? Tengok diri saya ni. Gemuk macam ni, bergaya pun tak pandai, tapi rupa tu ada lah sikit. Comel, saya tak menafikan yang tu, saya tahu saya comel. "

Sempat aku selitkan pepatah 'masuk bakul angkat sendiri '

Luqman tersenyum mendengar kata² aku sebelum ketawa kecil.

Kelakar ke Man?? Baran pulak aku.

" Saya tahu bakal isteri saya ni orangnya comel dan kelakar. "

Ehh dia ni. Sekali aku debik memang hilang kelakar tu.

" Tapi aisya dah salah faham ni. Bagi luqman terangkan ya, aisya pasang telinga tau. Takmau menjawab okey ?" Lembut bahasa dari luqman.

Alahaiii lemah ah gini.

" Yang jawab call aisya tadi tu Aleeya, anak paksu Majid. Adik kepada mama, Kebetulan dia datang pejabat jumpa luqman tadi. Dan masa tu luqman ke tandas sekejap. Faham setakat ni?"

Dan ajaibnya aku mengangguk faham. Wehh aku betul² takleh go dengan bahasa luqman. Lembut dan sopan betul bahasa dia.

Terasa macam kena jampi pula.

" Lepas tu luqman masuk pejabat dan dia baru letak call dari aisya. Itu terus luqman call aisya minta jumpa, dan sekarang kita dekat sini. "

Aku hanya diam. Dah salah faham pulak dah.

" Luqman tak nak hubungan kita ada salah faham macam ni, ada masalah kita jangan lari. Sama² hadap okey?"

Kebetulan order kami sampai, luqman masih memandang aku yang sibuk nak sedut air oren tu. Dahaga pulak rasa, campur malu.

Luqman nampak matang gila dari aku. Sedangkan umur kami beza dua tahun ja.

" Untuk pertanyaan aisya tadi, apa niat Luqman sebenarnya? Luqman nak jadikan aisya isteri luqman dan luqman tak pandang fizikal aisya macam mana, luqman ikhlas terima aisya."

Aku pandang dia sebelum melihat mata nya yang sangat² maksudkan dengan apa dia cakap tadi.

Betul ke ? Tapi kenapa aku rasa macam susah nak terima lelaki macam luqman ni?

Baik sangat do !

" Cari la orang lain " bisik aku dalam hati.

Ermmmm

.

.

Sudahnya luqman tak masuk kerja lepas lunch tadi. Terus ikut aku balik rumah walaupun aku dah banyak kali ulang yang aku boleh balik sendiri.

Degil bethol, anak sapa nih???

Sampai rumah mak lah orang paling bahagia di dunia bila aku masuk bersama luqman.

" Eh luqman pun ada sekali? Masuk² "

Aku terus meluru masuk bilik. Nak mandi² nak rehat.

Sungguh aku rasa letih hari ni. Pandai² lah mak layan luqman tu.

Aku capai tuala dan terus masuk bilik air. Bersiram lah kitewww !

Usai mandi bersiap semua aku dah bersiap sedia nak baring atas katil empuk aku ni sebelum pintu bilik aku diketuk kuat.

Ya Allah. Dugaan apa lagi ni?

" Akak, mak suruh turun sekarang jugak!" Suara azam !

Aku dengan malas nya dan terpaksa turun ke bawah mengadap mak.

Apa lagi la yang tak kena dengan puan Raihana tu.

Sampai ruang tamu aku lihat luqman baru nak keluar dari pintu rumah dan masa tulah jugak mak nampak aku dan suruh aku hantar luqman sampai masuk kereta dia.

Amboihhh mak, bersungguh eh.

" Minggu depan aisya mintak cuti okey ? " Ujar luqman yang sudah berdiri di kereta Bezza biru dia.

Cantik juga eh Bezza ni, berapa ratus eh bayar bulan² ?

Mata aku sibuk dok usha kereta dia. Lawa betul dia tacap² kereta bezza ni. Nampak maskulin gitew.

Hikhikhik

" Aisya ?" Panggilan luqman menyedarkan aku ke alam nyata.

" Ha ? Kenapa ? "

Macam biasa lah Luqman ketawa dengan reaksi aku.

" Saya cakap minggu depan kena bersedia dah tau."

" Bersedia apa pulak ?" Aku kerut dahi seribu.

" Bersedia untuk jadi tunang Adam Luqman "

Dan terus luqman masuk ke kereta meninggalkan aku yang masih termangu sendiri depan pagar rumah.

" Jadi tunang adam luqman? Minggu depan ? EHHH SERIUS LAHHH ??? MAKKKKKK !!"

Laju aku berlari masuk ke dalam.

Mana mak ???



















📌 Walaupun banyak merapu, terima kasih sudi baca 😆🤣

Adam Luqman

Adam Luqman

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aisya Fakhira Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang