10

173 9 6
                                        


🍉

Mesej dari azam aku pandang sepi. Tak ada tanda-tanda nak membalas. Aku dah malas nak serabut kan otak aku dengan masalah tu.

Aku datang sini nak tenangkan diri aku, nak lupakan masalah

" Bam ! Kau tenung telefon tu macam nak telan dah kenapa ?"

Aku panggung kepala, mamat mata kelabu ni lagi.

Aku pelik benau dengan diri sendiri. Sejak dua menjak ni ramai pula aku jumpa mamat² hensem . Sebelum ni jangan katakan jumpa, lalu depan aku pun belum tentu ada.

Haishh.

Aku sekadar menjeling. Malas nak bertikam mulut hari ni .

" Dah takde suara ke bam? " Dia jenguk muka aku yang kembali menunduk .

Aku la mamat ni, penampar kang!

" Oiii bam , cakap la. Ke kau nak aku buat bahasa isyarat?"

Jari dia lalu lalang depan muka aku bermakna dia sedang buat bahasa isyarat untuk bercakap dengan aku.

Aku juling menyampah.

" Apa bam² ? Tepi lah tangan sotong kau tu. " Aku tepis² jari mamat tu agar menjauh dari wajah comel aku.

" tangan sotong yang kau cakap ni bayar zakat tau "

" Kisah pula aku " bidas aku geram.

Mamat tu duduk disebelah aku. Aku toleh sebelum kembali merenung laut yang indah. Tanpa sedar aku mengeluh .

" Bam kau ada masalah ke ? Tiga hari dah aku tengok kau termenung macam ni. " Soal mamat mata kelabu tu .

" Sejak bila kita rapat ni ? Kenapa sibuk nak tahu hal aku ? Tak semua benda kita perlu share dengan orang. Nak² lagi macam kau ni !"


Mamat mata kelabu tu diam, tapi mata dia asyik dok pandang aku. Ada la tu nak mencari apa pulak nak bahan aku.

" Bam, kadang-kadang dalam hidup ni kita lebih selesa meluah dekat stranger berbanding orang terdekat . Kau tahu kenapa ?"

Aku tak menjawab , cukup sekadar diam mendengar.

" Sebab benda tu tak semua orang selesa bila kita meluah . Tapi tak bermakna kau boleh pendam semua sendiri."

" Cari la seseorang untuk kau meluah , aku bukan apa tau. Risau tengok kau termenung lepas tu senyum tiba². Macam tak sihat pun ada, bersyukur la dapat lelaki macam aku yang ambik kisah pasal kau walaupun kita bukan siapa-siapa."

Aku mengangguk mengiakan kata-kata mamat ni. Sebelum ni pun ada apa-apa masalah aku sekadar pendam sahaja.

Memang ada Allah untuk kita meluah tapi kau faham tak perasan yang nak meluah dekat manusia walaupun itu adalah orang terdekat ?

Tak kisah lah siapa pun, janji orang tu boleh dengar luahan kau .

Macam tu juga dengan aku. Teringin nak meluah tapi aku tak tahu dekat siapa. Pernah nak meluah dekat kembar tu tapi terbantut bila diorang ketawa kan aku .

" Kak kau bukan girlfriend kitaorang untuk dengar segala masalah kau kak HAHAHA"

Sakit hati bila ingat balik. Dasar adik pungut, lebih pentingkan girlfriend dari kakak sendiri.

Aisya Fakhira Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang