🍉
Pagi sabtu yang indah hari ni aku bawak mak ke pasar pagi.
Dari minggu lepas dia pesan pada aku nak ke pasar pagi untuk tambah koleksi pokok bunga dia.Minat betul eh mak² kalau bab pokok bunga ni.
" Aisya, mak ingat nak cari pokok keladi la. "
" Pokok keladi buat apa ? Dalam hutan tepi jalan tadi bukan main meriah keladi nya. "
Aku bebel sambil mata meliar cari tempat untuk parking kereta.
Salah satu sebab aku malas nak datang pasar pagi ni, haaa sebab ni lah.
Parking susah dapat, lepas tu tapak pasar tak luas, dengan orang ramai. Kawasan yang sangat aku tak suka.
Ramai² ni buat kenduri ke? Adeh !
" Kan sekarang viral pokok keladi tu. Yang tepi jalan tu nak buat apa, no class orang putih kata "
Wah no class ye mak.
Kemain dia eh !
"Mak ni tahu eh bab² viral ya? Mesti pengaruh facebook kan? Kena bagitau abah suruh sembunyi kan handphone mak, makin teruk ni takde obat dah "
" Amboiii kamu, apa salahnya mak nak ikut benda viral² tu. Bukan jadi satu kesalahan pun. Kamu ni kolot lah kakak "
" Entah akak ni. Biar lah mak nak habiskan duit dia, bukan nya selalu. Duit dia kan ?"
Sampuk si azam. Sibuk nak mengekor orang perempuan pergi pasar. Mentang² hari ni cuti, habis plan aku nak berjimba dengan mak.
" Ha yelah², beli la mak. Apa yang mak nak, borong semua !"
Aku mengalah. Usai parking kereta, aku berjalan ke arah gerai² yang mula kelihatan.
Hari sabtu ramai betul manusia ya?
Mak dengan azam dah hilang, turun saja kereta Dorang pun lesap. Tinggal aku sorang² jalan takda tujuan.
Dalam 10 minit aku berjalan, aku cuba call azam.
" Harap maaf nombor yang anda dail sekarang tengah sibuk pilih pokok keladi dengan puan raihana, jika ada pesanan sila whatsapp ya, jangan malu jangan segan !"
Pap, terus panggilan ditamatkan oleh si anak pungut, azam ! Senafas dia cakap weh , geram pulak aku.
" Ehh budak ni. Kau ingat kakak kau ni apa ??" Aku membebel sambil mencari gerai yang menjual pokok keladi.
Sampai sana memang aku keladikan budak azam tu.
" Aisya !" Panggil satu suara disaat aku sibuk mencari gerai yang menjual pokok² bunga.
Aku toleh dengan geram. Waktu sibuk² ni lah kau nak tegur aku.
Seorang jejaka agak kacak menghampiri aku. Dipandang aku bersama senyuman. Ni sorang lagi, asyik senyum².
Kenal pun tidak !
Tapi manis benor senyuman, Anak siapa ni??

ANDA SEDANG MEMBACA
Aisya Fakhira
Kurzgeschichtenmacam mana jejaka yang boleh dikatakan SANGAT KACAK jatuh cinta dengan GADIS BERSAIZ XXXL??? gila.! rasa macam bermimpi. tapi tidak. ini realiti. siapa kata gadis XXXL tak boleh dapat jejaka KACAK? bukan dia yang merayu², sebaliknya jejaka KACAK itu...