🍉
Bunyi deruan laut betul² menyenangkan hati dan perasaan seorang Aisya Fakhira.
Angin sepoi-sepoi menyapa diri aku.
Masuk hari ni dah dua hari aku bawa diri ke pulau Langkawi.
Dan aku juga batal kan pertunangan dengan Luqman yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini.
Lepas apa yang aku nampak dalam pejabat Luqman hari tu sudah cukup menjelaskan segalanya.
Cukup ketua ! Kami malu 😌
Mak menyoal aku mengapa mahu membatalkan pertunangan itu, sedangkan aku sekadar diam sebelum membuat keputusan untuk bercuti seorang diri disini.
Aku kabarkan pada mak bahawa aku kursus di luar negeri.
Aku pandang laut yang terbentang luas , tanpa sedar air mata aku mengalir.
Sedih? Ya .
Kecewa? Sudah tentu!
Aku juga manusia yang ada hati dan perasaan. Andai saja aku tahu perkara ini akan terjadi, akan aku elak untuk menerima risikan pakcik Khalid.
Dan aku pula begitu bodoh percaya akan kata kata Luqman.
Konon nya ikhlas terima aku seadanya tapi dia??
Dah ada kekasih mengaku sahaja lah, untuk apa memberi aku harapan ??!
Andai saja aku tidak hadir ke pejabat Luqman mesti aku masih ditipu oleh lelaki itu!
" Dasar lelaki! Mentang la kau ada rupa, harta, senang² bodoh kan aku. Yang aku pun bodoh Aisya ! Caya sangat dekat jantan tu !"
Lahhh tiberr marah diri sendiri.
" Kalau aku tahu perangai kau teruk macam tu, eeiiii memang tak la aku nak terima kau! Dasar jantan tak guna , buaya tembaga!"
Aku pijak² pasir tanda protes sambil melepaskan amarah aku.
" Oi tembam ! Cakap tu pandang kiri kanan sama. Kau ingat kau sorang je ada dekat sini?"
Tegur satu suara dari arah kiri. Aku toleh sebelum kelihatan seorang lelaki sedang elok pejam mata atas kerusi malas acah² santai.
" Dah pandang tadi tak ada orang pun. Agaknya awak ni halimunan kot?" Bidas aku geram.
Sesuka hati tembam² kan aku. Panas pula hati ni.
" Mana nak nampak , kau punya pipi tu dah besar kapal tenggelam habis pandangan kau, itu pasal TAK.NAMPAK.ORANG!"
wahh mamat ni, dia shaming pipi aku pula!
" Amboiii mulut, nak kena cili ke? Ke nak rasa penampar Siam ni?" Aku angkat tangan acah² nak tampar dia.
Mamat kerek tu celik mata dan pandang aku atas bawah. Dia ingat mata dia warna kelabu tu aku takut la?
Pigidahhhhh, ingat kau hensem? Hensem lagi Luqman aku tau !
Luqman? Arghhhhh !
Kenapa pulak nama dia yang terlintas di fikiran aku??
Pasir laut yang tak bersalah sekali lagi menjadi sasaran kaki aku.
Di injak-injak dengan rasa geram!
" Kau ni berdendam sangat dengan pasir tu dah kenapa?"
Aku jeling lelaki mulut puaka tu.
" Biarlah! Yang awak sibuk kenapa?!"
" Aku sibuk sebab kau menganggu ketenteraman awam dan menganggu rehat aku. Kau kalau rasa nak bersilat , jauh sana . Shuhhh² "
ANDA SEDANG MEMBACA
Aisya Fakhira
Nouvellesmacam mana jejaka yang boleh dikatakan SANGAT KACAK jatuh cinta dengan GADIS BERSAIZ XXXL??? gila.! rasa macam bermimpi. tapi tidak. ini realiti. siapa kata gadis XXXL tak boleh dapat jejaka KACAK? bukan dia yang merayu², sebaliknya jejaka KACAK itu...
