13-Pilihan

23 5 0
                                    

Sekali lagi lelaki tua yang berpakaian lusuh itu datang menghampiri Sooyoung.Tetapi kali ini bukan di bilik tetapi di taman belakang rumah agam.

"Adakah dia datang untuk memberi amaran kepadaku kembali seperti hari sebelumnya?"gelisah Sooyoung dalam hatinya.

"Tetapi kenapa keadaan ini terasa seperti nyata dan bukan mimpi?"

Sooyoung menampar pipinya untuk mengesahkan perkara yang terjadi sekarang adalah nyata atau mimpi.

"PPAAKK"

"Aduh sakit."

Pipi Sooyoung yang cerah itu berubah menjadi merah padam akibat tamparannya sendiri.

"Ini nyata."Lelaki tua itu bersuara agar Sooyoung sedar bahawa lelaki itu memang berada di hadapannya sekarang.

Sooyoung memberanikan dirinya untuk menatap mata lelaki tua itu.

"Kamu datang di sini untuk memberi pesanan kepadaku lagi?"soal Sooyoung.

"Tidak."

"Saya datang untuk memberi kamu pilihan memandangkan kamu hanya bersikap acuh tak acuh dengan amaran saya."Lelaki tua itu nampaknya tidak berlembut dengan Sooyoung.

"Apa pilihannya?"soal Sooyoung ingin tahu.

"Ada dua."

"Satu,kamu perlu melepaskan Hyunjin kembali ke tempatnya."

"Atau dua,kamu tidak melepaskannya dan biarkan dia lenyap dari dunia ini."jelas lelaki yang terlihat seperti separuh abad itu.

"Ini bukan pilihan,ini arahan supaya saya lepaskan Hyunjin"darah Sooyoung mula menggelegak.

"Kamu pun tahu kamu memang tiada pilihan lain."

"Kedua-dua pilihan itu membuatkan saya kehilangan Hyunjin tetapi pilihan kedua itu parah kerana Hyunjin akan lenyap."

Puas dia memikir akhirnya dia memberikan jawapan kepada lelaki itu.

"Saya lepaskan dia kembali ke alamnya."

Sooyoung berat hati untuk membuat keputusan,tetapi dia juga perlu memikirkan keadaan Hyunjin dan bukan dirinya sahaja.Jadi dia memilih untuk berpisah dengan Hyunjin.

Tiba-tiba sahaja seperti mata gadis itu diterangi cahaya yang terang.Dia cuba membuka mata dan melihat tetapi dia hanya nampak cahaya matahari yang menembusi langsir dari luar tingkap biliknya.Tubuh kecil gadis itu juga tidak lagi di taman tetapi di atas katil dan ditutupi selimut.

"Aku mimpi?"

Bukan Manusia{Not a Human}-Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now