11-Pesanan

23 6 0
                                    

Terlihat seperti seseorang sedang berdiri di hadapan pintu Sooyoung yang terbuka.Figura itu terlihat seperti lelaki tua yang berumur separuh abad.Dia juga memakai pakaian yang serba lusuh dan menggunakan tongkat sebagai kaki ketiganya.

Dia seolah-olah mengetahui tujuannya di situ.Sooyoung dengan ketakutannya memberanikan diri untuk bertanya kewujudan lelaki tua itu di hadapan biliknya.

"Kamu siapa?"

Belum sahaja dia menjawab pertanyaan Sooyoung dia terus berjalan ke arah gadis itu.Lalu dia berhenti tepat di hadapan Sooyoung.

"Dengar anak muda."

"Kamu perlu melepaskan dia."

"Manusia tidak bolah bersama makhluk seperti kami."

"Jika kamu degil hal buruk bakal berlaku."

"Dan dia akan lenyap tidak lama lagi kerana umurnya sudah hampir kepada umur penamat bagi makhluk."

"Aaaaaahhhhhhh"Sooyoung menjerit.

Rupa-rupanya itu hanyalah mimpi semata-mata.

Sooyoung terjaga dari tidurnya dengan posisi duduk lalu melihat jam yang digantung pada dinding di hadapannya yang menunjukkan masa sudah pun menjelang tengah malam.

Akibat Sooyoung masih terkejut dengan mimpi itu,dia keluar dari biliknya untuk tidak berada sendirian.

"Knok knok"
pintu bilik Hyunjin diketuk.

"Boleh saya masuk?"soal Sooyoung.

"Masuklah."

Sebaik sahaja Sooyoung mendapat ajakan Hyunjin,dia terus menerjah masuk lalu memasukkan dirinya di dalam selimut milik Hyunjin.

"Apa yang kamu sedang lakukan Sooyoung?"soal Hyunjin menggelabah melihat kelakuan Sooyoung.

"Saya akan tidur di sini malam ini."Sooyoung memberi jawapan muktamat.

Sudah 20 mimit berlalu tetapi kedua-dua mereka masih tidak dapat memejamkan mata.Lebih hairan lagi,mata Hyunjin asyik melirik ke arah Sooyoung yang termenung sahaja dari tadi.

"Sooyoung."

Sooyoung pun terjaga dari lamunannya dan mengiringkan badannya ke arah Hyunjin.Jarak antara mereka hanya sepanjang sejengkal.

"Apa yang kamu fikirkan dari tadi?"

"Sebenarnya sebentar tadi saya dapat mimpi yang aneh dan jarang dialami."

"Hantu~"Hyunjin menyampuk.Sempat lagi lelaki itu melawak,agaknya dia terlupa yang dirinya juga bukan manusia.

"Ehh,bukan.Saya nampak lelaki tua dengan tongkat datang kepada saya memberi amaran supaya lepaskan kamu kembali ke alam kamu."

"Lelaki itu berpakaian lusuh?"soal Hyunjin.

"Ya."

"Nampaknya itu bukan hanya sekadar mainan mimpi tetapi sebuah pesanan."

"Dia pernah beritahu saya tentang itu tetapi saya enggan kerana saya tidak mahu berpisah dengan kamu Sooyoung."

"Jadi apa yang kita perlu lakukan sekarang?"soal Sooyoung.

Tiba-tiba tubuh Hyunjin dipeluk gadis itu.

"Jangan tinggalkan saya."Sooyoung merayu sehingga meninggalkan kesan air matanya pada baju Hyunjin.

Hyunjin memeluk tubuh kecil gadis itu sebagai jawapan darinya.

Bukan Manusia{Not a Human}-Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now