Terlihat dua orang remaja sedang menjamah makanan di meja makan pada pagi yang sunyi tanpa pasangan rumah agam.Ibu bapa Sooyoung seperti biasa sibuk dengan hal pekerjaan mereka dan terpaksa keluar awal pagi ini tanpa sempat mengisi perut.
Semasa dua remaja sedang makan di meja makan,Puan Choi pembantu rumah mengambil ruang untuk mempelawa Sooyoung.
"Cik Sooyoung nak ikut saya ke pasar tak untuk membeli barang-barang membuat pai beri biru?"
"Ohh mestilah nak"jawab Sooyoung.
"Tapi boleh tak kita bawa Hyunjin sekali?"tanya Sooyoung kepada Puan Choi.
"Boleh"jawab Puan Choi dan disambungkan dengan senyuman.
***
Semasa sibuk mencari barang di pasar,Sooyoung merasa dahaga dan menanyakan Puan Choi.
Kemudian mereka pun singgah di satu kafe berhampiran dengan pasar.
Sampai sahaja di kaunter Sooyoung terus meminta pesanannya.
"Satu Americano."
"Hyunjin,awak nak ape?"tanya Sooyoung.
"Air putih."
"air mineral?"tanya Sooyoung kerana hairan Hyunjin yang sebaya dengan dia itu seperti tidak tahu apa-apa tentang dunia luar.
"Haah ye"jawab Hyunjin bingung.
"Cik ambilkan chocolate latte satu"
Semasa berlajan ke arah kereta untuk pulang,mereka bertiga lalu di hadapan kedai yang terdapat dinding cermin dan Sooyoung perasan pantulan Hyunjin pada cermin itu tidak wujud tetapi hanya imej Sooyoung dan Puan Choi sahaja yang ada.
Sooyoung hairan tentang kejadian tersebut kerana itu mustahil untuk berlaku.Oleh itu,Sooyoung hanya biarkan sahaja hal berikut dan cuba beranggapan bahawa itu hanya imaginasi Sooyoung sahaja.
***
"Nah rasalah"Sooyoung memegang sudu yang berisi pai beri biru seperti ingin menyuap Hyunjin.
Hyunjin terkejut dan hanya memerhati Sooyoung yang berada di hadapannya.
"Nah cepatlah tangan saya dah lenguh." lalu Hyunjin pun membuka mulut dan mebiarkan pai beri biru itu masuk ke mulutnya.
Oleh sebab Hyunjin merasa malu lalu muka dan telinganya terus memerah.
Belum sempat dia menelan pai itu tiba-tiba tardapat sepasang tangan yang menekup telinganya itu.
"Puan Choi telinga Hyunjin merah dia sakit ke?"
Tangan yang menekup telinga Hyunjin itu adalah milik Sooyoung.Tingkah laku Sooyoung itu membuatkan jantung Hyunjin berdegup bagai mahu pecah dan kemerahan di bahagian mukanya sudah pun merebak ke satu badan.
YOU ARE READING
Bukan Manusia{Not a Human}-Hwang Hyunjin
Fiksi Penggemar•~×°Short Story°×~• Kim Sooyoung seorang gadis yang kembali ke kampung halamannya selepas tamat belajar di Australia selama 10 tahun. Hwang Hyunjin seperti seorang penjaga kepada Sooyoung dan selalu berada di sisi Sooyoung.Mungkin ini disebabkan ole...