12- layang-layang

23 6 0
                                    

Meja dapur bersepah dan berdebu akibat tepung yang bertaburan.Nampaknya kedua-dua remaja itu bersama-sama di dapur membuat pai beri biru.

"Hyunjin sejak bila kamu mula mengenali saya dan suka kepada saya?"

Hyunjin terpaku dengan soalan Sooyoung yang tiba-tiba itu.

"Semasa kamu lima tahun layang-layang kamu pernah tersangkut pada dahan lalu saya menolong kamu mengambilnya,setelah mendapatkannya kamu berterima kasih kepada saya lalu mengucup pipi kanan saya."

"Kamu juga memanggil saya Pak Cik."

"Sejak itu saya mula ambil tahu tentang kamu Sooyoung,tak sangka budak kecil itu sangat ceria orangnya."

"Mana ada,saya tak cium pun."Sooyoung cuba menafikannya akibat malu dengan jawapan yang dia soalkan kepada Hyunjin.

"Jadi kamu memang sudah lama mengenali saya?"soal Sooyoung lagi.

"Ya, dan pada pengetahuan kamu,keluarga kamu adalah yang ketiga menginap di sini setelah kewujudan saya."

"Tetapi kenapa waktu itu saya dapat melihat kamu Hyunjin?"

"Saya pun tidak pasti tentang itu."
"Sebelum kehadiran saya,ada apa-apa perkara pelikkah yang berlaku Sooyoung?"

"Rasanya tiada kerana saya baru sahaja tiba di sini pada waktu itu."

"Cuba kamu ingat kembali,mungkin ada perkara penting?"Hyunjin menunggu sahaja jawapan Sooyoung.

"Tiada perkara penting.Saya hanya menyusun bunga ros merah dan saya menyoal tentang siapa yang menanam bunga ros merah itu."

"Kemudian saya terlihat kamu Hyunjin."

"Jadi bunga ros merah itulah yang membuatkan saya di situ."Hyunjin bersuara.

"Mana mungkin bunga ros merah itu boleh membuatkan saya dapat melihat kamu."Sooyoung seperti membantah kenyataan Hyunjin.

"Hal ini tak mustahil Sooyoung kerana pemberi bunga ros merah itu pernah memberitahu saya bahawa bunga itu mempunyai kuasanya sendiri."Hyunjin cuba meyakinkan Sooyoung.


Bukan Manusia{Not a Human}-Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now