04-"siapa itu?"

22 8 3
                                    

"Dadadadadammm"
"Mmmmmmmmmm"

Bunyi nyanyian dan gumaman itu datang dari bilik mandi yang berada di dalam kamar Sooyoung.

Apabila gadis itu selesai membersihkan diri,dia pun keluar dari bilik mandi.

Semasa dia menyikat rambutnya yang lurus dan halus itu,matanya hanya tertumpu pada bunga ros yang dipetiknya tadi.

Terlihatnya masih di dalam bakul rotan,setelah selesai mempersiapkan diri Sooyoung pun turun ke tingkat bawah untuk mencari pasu yang sesuai untuk diletakkan bunga ros merah itu.

Setelah mendapatkannya dia pun kembali ke biliknya lalu dia pun memasukkan bunga ros merah itu ke dalam pasu kaca itu.

Dia memandang pada bunga ros merah itu hampir 10 minit kerana masih hairan dan tertanya-tanya siapa yang telah menanamnya.

Lalu dikemasnya kelopak bunga itu supaya terlihat elok dan diucapnya

"aku harap dapat berjumpa dengan orang yang telah menanam bunga ros merah ini"

Kemudiannya,Sooyoung perasan cahaya bulan dari jendelanya tiba-tiba sahaja terhalang,lalu dilihatnya seperti seorang lelaki berada di depan jendelanya itu,tidak dampak jelas kerana dihalangi jendela putih di kamar Sooyoung.

Sooyoung berasa takut,dengan sepantas kilat dia menyambar kayu besbol di sebelah katilnya.Lalu dia pun berjalan ke arah jendela tanpa membuat sebarang bunyi.

Sooyoung membuka jendela dengan pantas dan terus memindahkan kayu besbol itu ke bahagian kepala lelaki itu.

"pppaaakk"

Lalu terbaringlah remaja lelaki itu di lantai akibat tidak sedarkan diri.

Sooyoung,merasa cemas lalu memanggil bapanya untuk mengendalikan remaja lelaki itu.

"Apa yang kamu telah lakukan Sooyoung?"ditanya Sooyoung oleh bapanya dengan cuak.

"Pak Lee tolong alihkan remaja ini ke ruang rehat"arah bapa Sooyoung kepada seorang pembantu.




"Dia tak cedera parah kan?"

ayat itu bermain-main di kepala Sooyoung.

Bukan Manusia{Not a Human}-Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now