Rumah agam milik Encik Kim kini bertambah ceria dengan adanya ahli baharu.Jam menunjukkan tepat pukul 8:00 pagi menandakan sarapan sudah pun siap terhidang di atas meja makan.Hal ini menjadi kebiasaan kerana Encik Kim sensitif tentang masa kerana masa yang digunakan sebaiknya itulah yang telah mengubah hidup mereka daripada
miskin sehingga dapat memiliki apa sahaja yang diinginkan."Pak Lee tolong panggilkan Sooyoung dan tetamu itu untuk turun sarapan"arahnya kepada pembantu rumah.
Pak Lee mengangguk tanda menerima arahan majikannya dan terus menaiki anak tangga untuk memanggil dua orang muda itu.
Sooyoung dengan rambut yg diikat dengan gaya meesy bun itu menarik kerusinya lalu duduk dan terus meragut sudu dihadapannya tanda sedia untuk menjamah sarapan yang sudah di depan mata.Manakala Hyunjin masih berdiri di belakang kerusi.Mungkin di merasa agak tidak nyaman dengan suasana baharu.
"Duduklah"kata-kata itu keluar daripada mulut Encik Kim dituju kepada Hyunjin yang masih membeku.
Lalu diduduknya di kerusi hadapannya.
"Nah makanlah Hyunjin" pelawa Puan Mel ibu kepada Sooyoung.
Sepanjang menjamu selera,Hyunjin memandang-mandang Sooyoung yang berada di kerusi hadapannya kerana masih tidak percaya bahawa Sooyoung dapat melihatnya.
Sooyoung perasan akan Hyunjin yang asyik memandangnya dari tadi tetapi dia hanya membalas dengan jelingan maut.
***
"Hyunjin boleh tak kamu tolong Puan Mel untuk kemaskan bilik stor?"
"Boleh"jawab Hyunjin sepatah.
"Maaflah susahkan kamu kerana Encik Kim ada meeting hari ini"jelasnya kepada anak muda itu.
"Tak apa,saya hanya mahu membalas jasa Encik Kim dan Puan kerana benarkan saya tinggal disini untuk sementara waktu."
Senyum kedua pasangan rumah agam kepada anak muda itu.
YOU ARE READING
Bukan Manusia{Not a Human}-Hwang Hyunjin
Fanfic•~×°Short Story°×~• Kim Sooyoung seorang gadis yang kembali ke kampung halamannya selepas tamat belajar di Australia selama 10 tahun. Hwang Hyunjin seperti seorang penjaga kepada Sooyoung dan selalu berada di sisi Sooyoung.Mungkin ini disebabkan ole...