02-Angin nyaman si dia

29 8 3
                                    

Hampir setiap hari Sooyoung meluangkan masanya di taman a.k.a hutan itu.Kadangnya dia membaca buku novel atau pun hanya baring di atas rumput empuk itu dan menghirup udara segar.

Selepas Sooyoung menyelak halaman buku novelnya yang hampir mencecah muka surat 200 itu,lalu dia bercadang untuk berhenti sekejap sambil rehatkan matanya yang telah menghadap pada tulisan buku hampir satu jam itu.

Tiba-tiba angin memintas di celahan rambut Sooyoung yang halus.Sooyoung sedar,angin yang meniup dia sebentar tadi tidak seperti hari biasa,terasa lain bukan pelik tetapi terasa seperti ada kehadiran seseorang walaupun tidak sampai 3 saat.

Sooyoung bangun dari baringnya yang nyaman di atas rumput empuk itu,lalu berjalan-jalan di kawasan taman itu.

Tidak sampai 5 minit dia meninjau sekeliling ,tiba-tiba ad sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Bunga mawar merah?Bagaimana, aku boleh tidak perasan sebelum ini bahawa tertanam di sini?"soal Sooyoung pada dirinya hairan.

"Wanginya,cantik.Siapa yang menanamnya?Papa?Tapi kenapa jumlahnya tidak banyak?"kepalanya hanya penuh dengan pertanyaan meskipun dia menyukainya.


***


Hyunjin tersenyum melihat Sooyoung,pasti dia rindukan Sooyoung kerana hampir 10 tahun tidak berjumpa kembali.Meskipun Sooyoung tidak boleh melihat Hyunjin dan merasa kehadiranya,Hyunjin sangat mengenali hati budi gadis itu.

Hyunjin mengambil langkah berani untuk berada dekat dengan Sooyoung.Hyunjin selalunya berada dalam jarak 3 meter dan lebih daripada itu apabila bersama Sooyoung.

Dia bergerak selangkah demi selangkah ke arah Sooyoung.Tinggal 3 langkah sahaja lagi dia akan bertembung gadis itu.Disebabkan terlalu gementar dia nyaris terjatuh di atas Sooyoung.

Oleh sebab itulah Sooyoung dapat merasa sesuatu,

Angin,

Kehadiran Hyunjin,



"kalau aku jatuh atas dia tadi macam mana?,kantoi lah nanti"bisik Hyunjin dalam hati.

Bukan Manusia{Not a Human}-Hwang HyunjinWhere stories live. Discover now