Untitled Part 18

21 0 0
                                    


NAJWA terkejut. Sebaik cermin kereta diturunkan, wajah pesakitnya yang kelihatan. Engku Hud.

"Encik Hud? Kenapa ni?"

"Ei, budok ni! Dok soh tanye banyoklah. Yer tengoh sakik tu. Gi bawok yer gi klinik dulu," marah Aki Sening.

Najwa menoleh ke arah Aki Sening, kemudian menjatuhkan pandangan ke arah pakaian yang sedang dipakainya.

Kaing batik ganu hok baru beli maring. Basuh pun dok agi. Aduh Aki Sening ni pung!' Geleng Najwa.

"Sabik tu duk dumoh pung kene jangok sokmo."

"Tak ada maknenya, Aki!" Ayat orang muda zaman sekarang ditutur Najwa. Harap Aki dapat memahaminya.

"Doh tu nok bowok lagu mane ni?"

"Mung bawoklah kete tu, cucu wei!" Aki Sening memberi cadangan. Melihat orang lain menanggung sakit tak ubah seperti melihat anak-anaknya sakit. Tak keruan dibuatnya.

"Encik Hud boleh beralih ke sebelah tak? Saya drive."

Hud tidak menjawab. Hanya kakinya yang dialih dengan susah payah. Bila tangan yang melecur itu bergeser dengan kerusi di sebelah, Hud mengerang kuat.

"Bakpe tu?"

"Tangan yer bergeser dengang kusi," jelas Najwa mula mengambil tempat pemandu.

"Aki? Dok ikuk sekali ke?"

"Aku nak ikut guane? Tak dok kusi belakang. Kusi dua butir dekpong," komen Aki.

Najwa berasa gusar.

"Aki kene gi jugok. Nanti guane kiter nok balik ghumoh?"

"Pulok... hoh, dakpe. Aki ikuk belakang. Kohor-kohorlah bawok keto tu," pesan Aki Sening.

Najwa mengangguk sebelum menekan pedal minyal. Dia memandu kereta sambil mata tidak lekang daripada memandang cermin pandang belakang. Tentunya keselamatan Aki menjadi tanggungjawabnya.

"Encik Hud masih boleh bertahan tak?"

Hud menggeleng.

"Sekejap lagi kita sampai klinik."

"Emm." Hanya itu yang mampu disahut.

Selebihnya, dia berasa sakit yang tak tertanggung. Kulitnya pedih seperti disiat-siat. Udara sejuk dari penyaman udara pun tak mampu mengurangkan rasa sakit yang sedang ditanggung ketika ini.

Najwa memendam pelbagai persoalan yang bermain di mindanya sejak dikejutkan dengan pertemuan itu sehingga mereka tiba di klinik dan selesai mendapat rawatan. Suasana di klinik yang tenang bertukar kecoh apabila dia terlupa membawa beg duit sehingga tersangkut di kaunter farmasi.

Mujur Hud masih sedar ketika itu. Tidak mahu menyusahkan Doktor Najwa dan datuknya, dia menyelesaikan bayaran itu dan meminta izin untuk pulang.

"Encik Hud nak balik ke mana? KL?" soal Najwa setelah keluar dari klinik.

Hud nampak masih cergas biarpun dua jam yang lalu dia kelihatan sangat menderita. Namun, sedikit sebanyak ada rasa curiga akan kemampuannya memandu jauh.

"Ye!"

"Boleh ke nak drive dalam keadaan macam tu?"

"Boleh!"

"Dok soh kelik lagilah. Rehat dulu sining. Siar nati baru kelik." Aki Sening menyampuk.

"Haah. Kebetulan saya nak balik KL hari Isnin ni, bolehlah balik sekali. Saya tolong drive dan hantar Encik Hud sampai rumah."

"Tak apa, saya balik. Hari ni saya dah banyak menyusahkan Doktor Najwa dan atuk. Terima kasih. Saya mintak diri dulu," balas Hud lantas masuk ke dalam perut kereta.

Najwa tidak memaksa. Begitu juga dengan Aki Sening yang lega kerana orang yang dibantunya tadi nampak semakin sihat dan boleh meneruskan perjalanannya.

Enjin terus dihidupkan, namun dia keluar semula dari perut kereta apabila terpandangkan Doktor Najwa bersusah payah membonceng  datuknya di belakang. Terasa kejam pula dirinya tidak membalas budi orang yang bersusah payah membantunya tadi.

"Doktor Najwa, biar saya hantar atuk balik."

"Boleh juga," sahut Nurul Najwa lantas menepuk paha Aki Sening, sebagai isyarat agar Aki Sening mengikut Hud pulang.

"Mari atuk, saya hantar balik."

"Dakpe... Aki kelik dengang Najwa. Doh gorek dekpong, bahaye anok dare bawok muto sorang diri," tolak Aki Sening.

"Bukang jauh pung."

"Jauhhh!" balas Aki Sening pula.

"Sungguh ke ning? Aki tak mboh naik kete?" Najwa ingin kepastian.

"Bakpe dok sungguh puloknye?"

Najwa mengangguk. Dia faham kerisauan Aki Sening pada dirinya. Anak dara menunggang motor seorang diri pada waktu maghrib tentulah merisaukan aki.

Sorotan mataya beralih ke arah Hud. Pesakit yang telah tujuh bulan tidak datang menemuinya. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada awal Januari lalu. Hud, si pesakit Dysthymia, dan dia pula si psikiatris yang merawatnya.

"Kami balik dulu, Encik Hud. Hati-hati bawak kereta tu. Kalau tak mampu nak jalan jauh, berhenti aje rehat di mana-mana. Jangan berlasak sangat dengan tangan tu. Takut sakitnya terasa semula bila bius dah habis." Najwa mengingatkan.

"Nanti jangan lupa datang semula ke hospital, ya? Temu janji bulan lepas, Encik Hud tak datang, kan?" Sempat Najwa meninggalkan pesan terakhir sebelum menunggang motor tua datuknya.

Suara itu masih terngiang-ngiang di telinganya sekalipun tuan punya badan sudah menghilang di sebalik kegelapan malam. Kemudian, dia masuk semula ke dalam kereta untuk meneruskan perjalanan. Pulang ke Kuala Lumpurkah? Ya! Terlalu banyak perkara yang menyerabutkan kepalanya.

Kereta dipandu laju meninggalkan Lebuhraya Pantai Timur ketika denyutan sakit di bahagian tangan mulai terasa. Semakin tangannya terasa perit dan pedih, semakin kuat Hud menekan pedal minyak memecut kereta selaju yang boleh kerana ingin tiba di rumahnya dengan segera.

Unforgettable LoveWhere stories live. Discover now