Bab 9

14 0 0
                                    


KERETA diberhentikan tidak jauh dari sebuah kilang lama. Pada amatan Hud, kilang itu tidak lagi beroperasi kerana nampak terbiar. Lalu, pandangannya beralih kepada Zaki yang duduk di sebelahnya. Zaki sekadar mengangkat kedua-dua belah tangannya yang masih terikat.

"Jangan harap!" balas Hud, mengerti apa yang diinginkan oleh lelaki itu.

"Saja aku bawak kau ke sini." Suara itu membalas, diikuti tawa mengejek.

Berdesing telinganya mendengar ejekan itu. Tangannya pantas merenggut kolar baju itu dengan sekuat hati.

"Jangan kau berani mainkan aku."

"Ha... ha... ha... Takkan aku nak mainkan kau. Pistol aku ada pada kau," balas Zaki masih menyeringai.

'Ada yang tak kena!' Hud mengingatkan dirinya sendiri. 'Hendak berpatah balik? Tak mungkin. Jalan yang jauh telah ditempuhi. Takkan hanya kerana rasa tidak sedap hati, dia hendak berpatah balik?'

"Kau tunggu apa lagi? Keluarlah!"

"Kau tahu kenapa aku bawak kau ke sini?"

"Kenapa? Kau nak bunuh aku kat sini?" tebak Hud, tenang.

Lelaki bernama Zaki membongkokkan badannya, dekat dengan muka Hud. Sedikitpun dia tidak mengerdipkan mata, apatah lagi mengalih wajahnya.

"Kau percaya kawan baik kau, Zain?"

"None of your business!" luah Hud, keras.

Panas pula hati apabila nama sahabatnya dikaitkan sebagai mastermind di sebalik permainan ini. Tetapi entah kenapa wajah Zain melintas di fikiran. Senyumannya, fikirannya menyembunyikan sesuatukah?

"Kau tahu siapa Zain?"

"Zain yang upah aku untuk bunuh kau malam tadi. Sekarang aku nak duit aku, 100 ribu USD seperti yang kita dah deal tadi."

"Tak semudah itu aku percaya kata-kata kau, apa lagi nak tabur duit pada kau. Jangan harap!" balas Hud, tersungging senyuman sinis di bibirnya.

Wajah Zaki bertukar kemerahan. Bengang! Marah! Dia meronta-ronta mahu melepaskan penumbuk pada wajah yang masih tersenyum mengejek itu. Pantang baginya manusia mungkir janji!

"Kalau betul Zain yang upah kau, dah lama kau beritahu aku. Takkan kau bawak aku sejauh ni untuk beritahu nama Zain sebagai pengancam aku. Tak bijak, bro!" Hud menarik kolar baju Zaki dengan kasar sebelum menolak lelaki itu keluar dari kereta.

Dia sendiri keluar selepas itu, memaksa Zaki berjalan ke arah kilang lama itu. Sunyi. Tiada langsung tanda yang kilang itu masih menjalankan operasi atau ia cuma wayang semata-mata.

"Kau nak duit aku?" tanya Hud, bagai diberi ilham.

Zaki tidak menjawab. Hatinya masih berbara panas.

"Kau percaya sangat pada Zain, kan?"

"Baik aku percaya dia daripada percayakan kau," sahut Hud, yakin. Dia terus menolak Zaki agar melangkah lebih laju, namun Zaki mengeraskan tubuhnya.

"Kau memang bodoh!" ejek Zaki.

Hud bengang. Dia mengepal buku lima, geram hendak bubuh sebijik di muka Zaki, namun bunyi derap kaki orang mengalih tumpuannya. Muncul tiga orang lelaki membawa kayu panjang entah dari mana.

Hud berundur setapak ke belakang.

Empat lawan satu.

"Ha... ha.... ha... Takkan goyang bro?"

Unforgettable LoveWhere stories live. Discover now