BAB 7

388 35 0
                                        


Sudah dua jam kaki ini tidak berhenti bergerak. Di malam hari yang disimbahi cahaya bangunan dari bangunan pencakar langit di bandar raya Johor Bahru, bayu malam berpuput membuatkan kesejukannya terasa ke tulang hitam.

Di sisi kiriku, kereta sejak tadi tidak putus-putus membanjiri kawasan lebuh raya. Trafik sesak menghala ke arah selatan Johor Bahru menuju ke sempadan Singapura.

Berjalan seorang diri di pinggir jalan di tengah kota metropolitan ini, banyak manusia yang aku temui sepanjang perjalanan ini.

Ada yang berjoging di malam hari. Ada gelandangan yang duduk di bawah jambatan. Ada juga golongan yang menjadi kutu rayau yang melepak di pondok perhentian bas.

Aku tahu keadaan ini tidak selamat bagi seorang gadis sepertiku berjalan seorang diri pada waktu sebegini. Tetapi, aku tidak mempunyai pilihan lagi untuk mendapatkan bantuan. Mahu menelefon Lina, telefonku sudah pun dibaling oleh lelaki mata hijau tak guna itu.

"Hei, cik adik si mata biru. Biru tu pakai contact lense ke? Dah malam-malam pun nak melawa?"

Langkah kaki ini diteruskan meskipun soalan yang berbaur usikan itu terpacul dari salah seorang geng kutu rayau yang melepak di pondok menunggu bas yang aku lalui tadi. Pelbagai sumpah seranah sudah selamat aku hamburkan di dalam hati.

"Eh, janganlah sombong sangat. Nak kena jual ke?"

Pergerakanku terhenti mendadak apabila beg sandangku sudah pun ditarik dari arah belakang.

"Eh bodoh, kau nak apa hah dari aku?" jerkahku lantang. Merentap beg itu dari tangan kotornya, aku sudah pun berdiri menghadapnya sambil merenung tajam.

"Eh garangnya dia! Janganlah garang sangat cik adik mata biru. Semakin awak garang..." Lelaki kutu rayau itu sudah pun menyerigai sehingga menampakkan giginya yang tersembul seperti gigi arnab itu. Kini, pandangannya sudah pun dikalihkan kepada rakan-rakannya yang duduk melangut di pondok.

"Semakin nampak seksi dan menyelerakan."

Automatik kata-katanya disambut oleh hilai tawa yang lain. Bodoh!

"Kalau nak pikat aku, lain kali cermin sikit diri tu dulu. Muka pecah rumah macam kau, layak ke nak dapatkan aku, huh?" cabarku dengan alis yang terjongket tinggi.

Kata-kataku itu sudah pun disambut oleh siulan nakal mereka. Kini, mereka sudah pun mengorak langkah mendekati aku. Ketinggian mereka tak adalah tinggi mana daripada aku.

Dasar tak sedar diri! Muka tak kacak, pendek pula tu. Ada hati nakkan aku, cemuhku dalam diam.

"Kami ni cik adik, walaupun tak handsome tapi kami ni betul-betul jantan. Nak kami buktikan ke?" soal salah seorang dari kumpulan kutu rayau itu. Kini, tangannya sudah pun beralih pada zip seluarnya. Sepasang matanya mula memandang diriku dari bawah sehingga ke atas.

"Kau nak aku panggil polis ke, hah?" soalku dengan nada yang sudah ternaik tinggi. Dalam masa yang sama, langkah kaki dibuka untuk melarikan diri dari situ.

"Nak lari ke mana, hurm... Cepat Dani angkat dia bawa ke semak sana."

Kakiku sudah tidak lagi menjejak tanah. Tubuhku sudah pun disauk oleh satu tangan kasar dari arah belakang. Mulutku sudah pun ditekup rapat sehingga tidak mampu untuk menjerit meminta tolong lagi.

Buk!

Tubuhku sudah pun dihumban ke dalam semak. Tanpa sempat aku bangkit, salah seorang dari mereka sudah pun menindih tubuhku. Mulutku sudah pun diikat dengan sehelai kain.

"Tadi berlagak sangat. Ni senyap dah ke?" soal mereka dengan tawa yang meledak kuat.

Tanganku sudah pun menggagau batu di celahan semak. Tidak menunggu lama, batu tersebut dicapai lalu dihentakkan tepat-tepat pada kepalanya.

Imperfect Moment (TERBIT)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang