SEJAK tadi, anak mata aku melilau memerhatikan deretan baju kemeja dan aksesori lelaki yang tersusun cantik sebalik ruangan kaca itu. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja fikiran aku teringat kepada Isa.
Kerjayanya sebagai seorang pensyarah, menuntut dirinya sentiasa berpakaian kemas dan formal. Dari hari pertama dia masuk ke dalam dewan kuliah, aku tahu semua pakaian yang dia pakai agak berjenama juga. Itu belum termasuk kasut kulit yang dia pakai tu.
Rasa macam tak percaya perempuan jahat macam aku akhirnya dapat juga memiliki lelaki sempurna seperti Isa. Ialah, kalau hendak ikut logik akal, mana ada lelaki baik sudi memperisterikan wanita jahat seperti aku.
Ops, lupa. Sebelum ni ada seorang ustaz yang mahu menjadi suami aku. Malangnya, aku larikan diri sewaktu majlis akad nikah kami.
Tapi kali ini, kejadian seperti itu tidak akan berulang kembali. Memang aku yang mahukan perkahwinan ini. Bukan terpaksa dan dipaksa.
"Yes miss, what can I help you?"
Sapaan daripada salah seorang pekerja di butik ini membuatkan monologku mati. Angkat pandangan, senyum manis wanita itu kini menjadi penghidang bingkai pandangan.
"It's okay. Actually I nak tengok-tengok dulu. Apa-apa nanti, I panggil you, ya?"
"Alright, miss."
Aku mampu tarik nafas lega apabila pekerja di kedai itu sudah bergerak jauh daripada aku. Bukan apa, aku sebenarnya rimas diekori sebegitu. Macam pencuri pun ada.
Langkah disusun lagi. Anak mata masih setia melirik setiap rekaan baju dan aksesori mewah di situ. Dalam fikiran, aku sudah berkira-kira mahu membelikan hadiah buat lelaki itu sempena hari perkahwinan kami. Mujurlah aku sudah siasat apa saiz baju, seluar dan kasut Isa. Terima kasih kepada Abang Nuh kerana telah memudahkan urusan aku hari ini.
Aku pun tak pasti kenapa aku jadi baik pula hari ni. Mungkin selama ini aku selalu berangan mahu lihat suami aku pakai baju yang aku belikan untuk dia. Tapi itulah, aku tak pasti jika lelaki si mata jade itu sudi menerima pemberian aku. Memikirkan itu, aku jadi lelah sendiri.
"I nak long sleeve putih ni, seluar slack hitam tu, and this tie. Belt ni pun I nak and that shoes sekali ya." Akhirnya setelah hampir satu jam aku tawaf dalam butik ni, berjaya juga aku pilihkan hadiah untuk lelaki tu.
"Alright, miss."
Setelah semua item yang aku pesan sudah dibungkus cantik, aku terus membuat pembayaran di kaunter. Semua hadiah ni, aku beli guna duit simpanan sendiri. Duit hasil aku bekerja dalam talian selama ini.
Jinjit plastik berisi hadiah Isa, tanpa sedar seulas senyuman terukir di bibir saat ini. Entah mengapa, aku bahagia melakukan perkara ini. Ialah, selama ni aku banyak habiskan duit untuk diri sendiri. Kali ni, aku habiskan duit untuk seseorang yang bakal jadi pasangan hidup aku.
"Dah ada jantan baru ke kau pasang sekarang?"
Kakiku terpasung erat tatkala suara garau seseorang menampan pendengaran. Automatik tubuhku meligih tanpa dipinta. Genggaman pada plastik di tangan, semakin dikejapkan. Mahu meminjam sedikit kekuatan yang tersisa.
"Ke... dia jadi pak sanggup untuk tutup perbuatan sumbang kita tu?"
Pang!
Sedar-sedar sahaja, telapak tanganku sudah ternaik melekap pada wajah Darius. Dada turun naik menahan emosi membedil dada. Anak mata bergetar hebat. Emosi marah dan kecewa kini bertubi-tubi menghentam diri.
"Kau tak perlu campur urusan hidup aku lagi! Antara kita, dah tak ada apa-apa!" Suaraku sudah melengking kuat. Sudah tidak kisah di mana aku berada pada ketika ini.
YOU ARE READING
Imperfect Moment (TERBIT)
RomanceISA KHAN | SAFEERA NASREEN Terbitan : Fajar Pakeer "When I'm good,I'm good, but when I'm bad,I'm better." - MAE WEST Dia wanita yang sungguh berani. Sanggup melarikan diri daripada majlis pernikahannya sekaligus mencontengkan arang ke wajah orang tu...