BAB 21

387 22 2
                                    

Selepas sesi kenalan dengan keluarga Sir Ashraf dan keluarga Azman, aku dan Nadira mengambil tempat di salah satu bangku yang terdapat di taman bunga milik mak Sir Ashraf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas sesi kenalan dengan keluarga Sir Ashraf dan keluarga Azman, aku dan Nadira mengambil tempat di salah satu bangku yang terdapat di taman bunga milik mak Sir Ashraf. Atau nama sebenarnya, Puan Faridah.

Cantik taman bunga ini… Pandai Puan Faridah jaga. Mekar elok aje bunga-bunganya. Memang kena ada minat yang tinggi nak menanam bunga-bunga ini. Kalau tak ada minat macam aku, memang mati terus. Tak sempat pun nak hidup melihat dunia.

"Huh!" Dengus Nadira geram sambil berpeluk tubuh.

"Hang pasaipa? Macam geram sangat itu."

"Manalah tak geram? Pergi mana-mana aje, jumpa mamat itu. Aku tak faham betullah dengan hidup aku ini. Yang paling menariknya, tak pasal-pasal aku dah terjumpa dengan family dia! Dan family dia suka aku! Itu bermaksud, tak lama lagi kau akan dapat makan nasi minyak aku." Bebelnya panjang.

"Nampaknya… Nasib kita sama… Aku ingatkan mak dia tak suka aku. Sekurang-kurangnya, bolehlah jugak nak dijadikan alasan untuk tak terlibat dengan benda-benda macam ini…"

Aku mengeluh perlahan sebelum menyambung bicara. "Tapi… Nak buat macam mana. Ada lah hikmahnya…"

"Aku kadang sampai tak tahu apa hikmahnya bila aku asyik terjumpa Azman itu. Dia orang yang paling aku benci kut! Nak kahwin apatah lagi! Biar aku cerita ajelah eh kenapa aku benci dia sangat-sangat memandangkan dah lama aku rahsiakan daripada kau. Aku bukan apa. Kalau aku cerita, aku jadi sakit hati. Alang-alang sekarang pun dah sakit hati, aku cerita ajelah."

Mata aku bersinar-sinar.

Bukan hikmah untuk dia… Tapi, hikmah untuk aku.

Akhirnya! Perkara yang telah lama aku nantikan sudah pun tiba!

"Kau tahu time kita bertiga sekolah sama? Aku, kau dan Azman… Time aku tergila-gila sangat dengan si Azman itu…"

"Tahu." Aku mengangguk.

"Kau kenal dengan Ilyana? Budak gedik yang paling famous dekat sekolah kita time itu?"

"Kenai."

"Disebabkan dia jugaklah, aku benci dengan Azman itu. Selama ini, aku ingat Azman dekat-dekat dengan aku sebab memang sukakan aku. Rupanya, dia plan dengan Ilyana itu untuk kenakan aku. Dia saja nak bagi aku suka dia. Then, nanti, dia nak sakitkan hati aku dengan meninggalkan aku."

Nadira berjeda. Kemudian, menyambung, "Aku tak tahu apa motif dia. Dalam banyak-banyak perempuan dekat sekolah itu, kenapa aku yang jadi mangsa? Itu yang aku pelik. Aku tahu semua ini pun sebab aku terdengar dia bercakap dengan Ilyana itu. Silap besarlah. Aku ini bukan jenis wanita lemah. Last kali, aku yang angkat kaki dulu… Berambus dari hidup dia."

"Hang ada dak bagi reason dekat dia time hang blah itu? Ka hang teruih blah ja? Missing in action kata orang…"

"Aku blah terus. Buat apa aku nak bagi reason dekat dia? Kalau aku bagitahu dia pun, bukannya dia peduli. Lagi dia akan gelakkan aku lagi ada lah... Lantaklah. Dia buat semua itu tanpa pengetahuan aku. So, aku pun buat benda yang samalah."

Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now