Bab 6

879 50 0
                                    

SEDANG aku khusyuk membuat latihan, tiba-tiba datang satu perasaan di mana aku terasa diperhatikan. Mata aku alihkan daripada buku. Segenap kelas aku perhatikan. Tepat saja mata aku memandang ke arah Sir Ashraf, perbuatan aku terhenti di situ. Dia yang sedang duduk di atas meja sambil menyilangkan tangan, melemparkan senyuman misteri kepada aku. Seram sejuk aku dibuatnya. Dah kenapa?

Lama dia pandang aku. Senyumannya makin meleret. Aku jadi tak selesa. Aku kembali menatap buku.

"Saya ada benda nak cerita ini."

Aku tak angkat muka.

"Awak semua tahu tak ada satu student saya ini..."

Sepertinya aku dapat bau ada sesuatu yang tidak kena bakal terjadi.

"Dia save nombor saya dengan nama Sir Ashraf Gila... Ada ke patut?" perli dia.

Pantas saja semua memandang ke arah aku.

Aku menahan ketawa. Sebab aku tahu semua sudah sedia maklum.

Sir Ashraf pula terpinga-pinga. Dia seorang saja yang belum tahu akan hal ini. Tak payah cerita pun tak apa, Sir.

"Ohhh? Awak semua dah tahu?" tanyanya apabila sudah dapat mengagak apa yang sedang berlaku.

Ada yang tersengih bagaikan kerang busuk. Ada yang cuak. Macam-macam. Semua jenis ekspresi muka terpapar di muka masing-masing.

"Kalau semua dah tahu, senanglah saya nak cakap..." Dia bangun dari meja dan mula berjalan perlahan-lahan ke belakang.

"Habih hang weh..." bisik Nadira di sebelah dengan loghat utara secara tiba-tiba.

Nadira ini buatkan aku jadi takut pula.

"Saya ingat baru nak denda dia hari ini sebab save nama saya macam itu..." ujarnya sesampai saja dia di meja aku.

Hanya beberapa mata saja yang menoleh ke belakang memandang aku kembali. Paling laju, Hamdan lah. Dialah yang paling galak menyakat kawan-kawan sekelasnya dalam banyak-banyak kawan lelaki. Boleh pulak dia gelak mengejek senyap-senyap. Tak padan dengan jawatan class rep.

Yang lain ada yang menahan gelak, ada yang tumpang simpati dan ada juga yang buat selamba. Aku syak yang buat selamba ini tak ada perasaan.

Dia menyambung kembali langkahnya, "Tapi, sebab dia menjalankan tugas dia dengan baik sebagai class rep hari ini..."

Sekejap berhenti, sekejap sambung. Cakap sajalah terus.

"Jadi... Saya maafkan dia."

Semua bertepuk tangan. Bergema satu kelas.

Lega aku dibuatnya.

"Hari ini aje awak terlepas. Sekali lagi awak buat perangai macam kelas sebelum ini, memang kenalah dengan saya. Tiada maaf bagimu."

Aku telan liur.

"Faham?"

"Faham, Sir." Takut-takut aku menjawab.

"Bukan Aisha sorang aje. Awak semua kalau buat perangai, siap!"

Kali ini, semua pakat telan liur.

"Dah! Sambung buat kerja."

Sir Ashraf melabuhkan duduk di kerusinya.

Aku pun menyambung buat latihan yang terbengkalai tadi. Baru saja nak mula, satu mesej masuk. Nama penghantar aku lihat di skrin. Sir Ashraf?

Sir Ashraf aku pandang. Dia membalas pandangan aku di sebalik iPhonenya yang diangkat tinggi.

Aku membaca isinya.

Sir Ashraf Gila
Kalau tak nak kena denda betul-betul, baik awak tukar nama saya itu.

Huish. Dia main ugut aku.

Laju saja tangan aku membalas.

Aisha
Tak nak.

Sir Ashraf Gila
Yang degil sangat ini kenapa?

Aisha
Saya malaslah.

Sir Ashraf Gila
Tak kira. Nanti saya bagitahu satu kelas karang!

Aisha
Main ugut-ugut pulak Sir ini. Tak aciklah!

Sir Ashraf Gila
Acik tak acik! Tukar sekarang!

Berat keluhan aku.

Malas nak gaduh, aku tukar juga namanya kepada 'Sir Ashraf' sahaja. Tiada lagi 'Gila' di belakang.

Sir Ashraf berdehem, "Aisha... Awak buat apa itu? Main phone? Dah siap ke belum kerja itu?"

Kepala aku geleng perlahan. Pandai dia ini nak cari pasal dengan aku. Lepas itu, berlakon macam tak ada apa-apa yang jadi. Siap dia aku kerjakan. Aku buat kerja smooth punya...

"Belum lagi... Ada orang gila kacau saya."

Nampak terkedu dia. Haaa padanlah muka.

"Kisah apa saya ada orang gila ke apa yang kacau awak. Saya rampas phone itu nanti."

"Okey, Sir. Saya tutup..." Aku buat-buat akur. Padahal, dalam hati nak gelak terguling dah.

iPhone aku letak di tepi.

Boleh gila aku belajar dengan dia ini. Tapi, kadang macam seronok jugak. Macam-macam benda jadi. Nasiblah aku dapat kawan abang sendiri sebagai pensyarah sendiri. Macam yang dia sendiri cakap,

"Either you like it or not, you'll be facing me the whole semester."

Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now