Bab 3

922 45 4
                                    

SAMPAI saja di pejabat milik Sir Ashraf, suasana sepi. Aku tak suka dengan rasa ini. Buat aku jadi tak selesa. Dahlah aku ini pun jenis tak pandai nak bersembang.

"Have a seat." pelawa dia. Briefcasenya diletakkan di atas sofa yang terletak elok di satu sudut pejabat itu.

Aku pula mengambil tempat berhadapan dengan dia. Itu saja tempat yang aku rasa sepatutnya aku duduk.

Dalam kesunyian, aku mencuri pandang dia yang sedang sibuk melihat skrin komputer.

Kacak dia hari ini. Berkemeja hitam dan berseluar slack hitam. Aku pun pakai serba-serbi hitam. Baju kurung hitam. Tudung bawal yang aku biarkan lepas ke bawah juga berwarna hitam. Rasa macam dirancang pula nak pakai baju sama warna pada hari yang sama.

"Dah puas pandang saya?" tanyanya dengan mata dilirikkan ke arah aku. Terus dia menghentikan kerjanya.

Dia bersandar dan tenung aku lama.

Aku tunduk. Tidak berani bertentang mata dengannya.

"Well, well, well... Look who's here... What a surprise? Airil's little sister."

Aku mengangkat muka. Senyuman senget diberikan kepada aku. Seram sejuk pulak aku dibuatnya.

"Airil pernah bagitahu saya yang awak belajar sini. Tapi, itulah... Tak pernah langsung kita terserempak. Padahal dalam satu kampus yang sama. Masuk sem ini, baru saya dapat jumpa dengan awak. Dan yang paling mengejutkan saya adalah saya yang mengajar kelas awak untuk subjek Forecast ini. Lepas ini, berjumpalah kita dua kali seminggu selama 14 minggu, ya?"

Eh, belum tentu! Tak kira meeting dia lagi. Dah tentu-tentu kelas terpaksa dibatalkan. Tambah tolak, entah-entah kurang daripada 14 minggu. Right now, you are so wrong, Sir Acap.

"By the way, saya nak jumpa awak ini bukan sebab saya nak cakap benda ini je."

Sticky note berwarna kuning dikoyak dan pen hitam diambil dari bekas pen. Lalu, diberikannya kepada aku.

"Write down your phone number and your email. Senang saya nak contact nanti. Apa-apa saya inform terus pada awak."

"Sir tak nak buat group kelas ke?" tanya aku sambil menulis nombor telefon dan emel.

"Tak nak. Dalam WhatsApp saya itu dah banyak sangat group. Pening saya."

"Okey..."

Setelah siap, aku pulangkan kembali sticky note dan pen kepada dia.

"Hold on. Saya nak save nombor awak kejap. Dan saya nak awak save nombor saya sekarang jugak. Saya takut kalau saya call ke, awak decline terus."

"Macam mana Sir tahu yang saya akan decline terus nombor yang saya tak kenal?"

"Airil bagitahu saya."

"Apa lagi yang abang saya bagitahu Sir ini...?" tanya aku seperti orang yang tiada semangat. Masak aku kalau semua benda dia tahu. Nanti apa yang aku buat, semua dalam pemerhatian dia.

"Almost everything." jawabnya selamba.

"Dan kenapa semua benda abang saya nak kena bagitahu Sir?"

"Sebab saya yang nak tahu."

"Haaa...?" Aku blur.

Lagu PLAY bergema. Nombor tak dikenali muncul pada skrin. Pantas saja aku menekan butang merah tanpa langsung menjawab.

"Saya tak cakap apa lagi, awak dah decline terus. That's my number. Save it!" arahnya tegas.

Lupa yang dia nak aku simpan nombor dia.

"Oh... Sorry..." Aku hanya mampu tersengih.

Dalam kepala aku sudah ligat berfikir nama apa yang sesuai untuk dia. Sir Ashraf Gila? Hmm... Macam tak patut pula.

Tapi, entahlah. Rasa sesuai pula dengan nama Sir Ashraf Gila.

Maafkan saya, Sir. Saya tahu saya kurang ajar. Saya tahu saya jahat. Bukan selalu saya nak jadi jahat.

Ucap aku di dalam hati sambil menaip 'Sir Ashraf Gila'.

"Dah save..." Lebar senyuman aku yang terpamer di bibir.

Mukanya aku pandang. Ingatkan dapatlah juga senyumannya yang manis. Tapi, sebaliknya yang berlaku. Aku dapat tenungan tajam daripadanya. Mati terus senyuman aku.

Tangannya dihulur. Kening aku terangkat.

"Bak sini phone awak."

"Buat apa?"

"Saya nak buat spotcheck."

Pulak dah? Aku dah rasa tak sedap hati.

Perlahan-lahan aku hulurkan iPhone aku kepada dia. Aku menunggu dengan setia dengan apa yang bakal dia buat.

Dia fokus mencari sesuatu di dalam iPhone itu. Entah apa yang dicarinya. Aku sendiri pun tak tahu.

Tidak sampai beberapa minit, dia menunjukkan skrin iPhone kepada aku. Mahu terbeliak biji mata aku.

"Apa benda ini? Sir Ashraf Gila?"

Peluh sudah mengalir laju menuruni dahi aku. Apa aku nak jawab ini? Nak jawab ke nak lari?

"Jawablah!" jerkahnya. Tersentak aku. Tadi baiklah sikit. Sekarang, garang macam harimau. Dah siapa suruh aku buat pasal? Tak pasal-pasal kena jerkah dengan dia.

Apalah nak jadi dengan aku ini? Dalam kelas dah buat hal. Dalam pejabat dia pun aku boleh buat hal lagi. Selepas ini, aku tak tahu aku nak buat hal apa lagi. Mesti aku akan dilabel budak perempuan paling nakal dalam kelas dia. Pelajar perempuan lain semua perangai elok-elok. Aku saja yang tak senonoh sedikit.

Kalau perangai aku ini sampai ke pengetahuan keluarga aku ini, masak aku kena bebel.

Beg sudah sedia berada di tangan. Sepasang mata ini pula sudah nampak laluan keluar yang paling pantas.

Biarlah Aisha kalau kau nak jadi nakal pun. At least, kau rare.

Dalam takut begini pun, aku masih boleh menyedapkan hati.

Aku pun apalagi...

Lantak! Aku nak lari!

Aku merampas iPhone dari tangannya dan terus berlari keluar dari pejabatnya. "Sorry, Sir!"

Pintu kecemasan ditolak aku dengan sekuat hati. Entah dari mana aku mendapat kekuatan seperti itu. Yang penting, aku sudah dapat melepaskan diri daripadanya! Bahagianya aku!

Hasta La Vista, Sir Ashraf!

Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now