Bab 4

890 48 0
                                    

SAMPAI saja di tingkat paling atas Kolej Beta, aku mengambil nafas sedalam-dalamnya. Ya Allah... Hari pertama ke kelas pun sudah penat yang tak terbendung. Inikan pulak hari-hari yang akan mendatang. Aku tak dapat bayang.

Ini semua sebab naik tangga semata-mata. Kalau duduk bawah, taklah rasa penat sangat. Dah dua kali aku kena duduk tingkat paling atas. Berturut-turut. Memang aku ini kena berpenat lelah agaknya bila belajar sini. Selama ini hidup dah terlalu senang sangat. Sekarang, rasakan penatnya belajar. Naik turun pergi kelas.

Bila semuanya dah tenang sedikit, aku terus mengorak langkah ke bilik. Kunci di dalam beg, aku ambil dan mula memasukkan kunci ke dalam tombol pintu. Aku pulas dan akhirnya tersergam indah katil di depan mata aku.

Apa yang aku fikir cuma nak baring atas katil saja. Alangkah nikmatnya. Kelas pun semua dah habis untuk hari ini. Lagilah nikmat. Boleh aku tidur lama sikit.

Makanan yang aku bungkus, aku letak di atas meja belajar. Tak rasa nak makan pulak. Tadi bukan main lapar.

Tudung aku sidai di kepala kerusi dan beg galas pun aku letak di atas kerusi.

Kemudian, katil pula menjadi sasaran aku.

Fuh!

Terasa lega tak terkata.

Phone aku ambil dan mula melayan Instagram.

Sedang aku khusyuk melayan Instagram, tiba-tiba ada satu mesej dari WhatsApp masuk. Aku melihat nama penghantar itu. Sir Ashraf Gila.

Hari pertama jadi class rep, aku sudah diberi kerja oleh dia. Tak apa! Aku akan jadi class rep yang terbaik pernah dia jumpa walaupun aku ini perempuan yang paling nakal dia pernah kenal.

Sir Ashraf Gila
Assalamualaikum, Aisha.

Aisha
Waalaikummussalam.

Sir Ashraf Gila
Kelas esok saya terpaksa tunda. Saya ada meeting. So, saya rasa tak sempat nak buat kelas esok.

Sebaik saja mesej itu dibaca, terus melompat gembira aku. Sudahlah kelas dia saja yang ada esok.

Kan dah kata. You are so wrong, Sir Acap! Kita takkan berjumpa dua kali seminggu. Yahoo!

Ting!

Satu mesej dari Sir Ashraf masuk lagi.

Sir Ashraf Gila
Jangan nak happy sangat. Nanti saya inform balik bila nak kena buat kelas ganti.

Aku tepuk dahi. Kali ini, I am so wrong.

"Eeee menyampahnya aku!" Aku ketuk skrin phone dengan kuku berkali-kali. "Tau-tau ja aku tengah happy!" bebel aku sendiri.

Entah macam mana, aku tertekan dan terhantar emoji bentuk hati berwarna merah. Terbeliak biji mata aku.

Ya Allah! Apa yang dah aku buat?! Sudahlah bentuk hati itu sebesar-besar alam! Apa yang dah kau buat, Aisha! Delete, delete, delete!

Aisha
This message was deleted

Tak lama kemudian, Sir Ashraf membalas.

Sir Ashraf Gila
Saya nampak apa yang awak hantar tadi. Tapi, tak apa. Saya anggap awak tertekan aje.

Di hujung ayat, dia letak emoji senyum sinis.

Aisha
Sorry, Sir...

Tak senang duduk aku. Sekejap pusing ke kiri, sekejap pusing ke kanan. Satu badan dah berpeluh. Hati pulak dah berdebar-debar. Hilang terus rasa mengantuk yang menjengah tadi. Rasa panas pulak tiba-tiba.

Lama jugak aku tunggu. Dia tak balas-balas. Bluetick aje.

Anggap ajelah dia tak tahu nak balas apa.

Aku screenshot perbualan aku dan Sir Ashraf dan terus hantar ke dalam group kelas. Perbualan selepas insiden tersalah hantar tadi, aku crop.

Jay
Alaaaa

Andika
Baru je nak happy...

Hakimi
Itulah pasal...

Hamdan
Bagus ah class rep baru kita ini. Hantar screenshot terus. Kalau aku, forward je mesej dia itu.

Aisha
Contohilah aku.

Hamdan menghantar emoji jeling. Aku gelak. Padan muka dia.

Mila
Kau save nama Sir, Sir Ashraf Gila?

Andika
Hahaha! Aku baru perasan!

Raihan
Cari naya kau ini!

Hamdan
Aku tunggu jugak orang cakap. Tak ada siapa-siapa ke yang perasan? Hahahaha!

Raihan
Habis kau kalau dia dapat tahu.

Aku menghantar emoji jelir lidah.

Tak payah ada perkataan 'kalau'. Memang dia dah tahu. Aku berniatlah juga nak tukar namanya kepada nama yang lebih elok dan sopan sikit. Tapi, bila teringat balik kejadian tadi, terus tak jadi. Lantaklah. Sesuai sangat nama itu dengan dia.

Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now