Bab 5

971 51 0
                                    

PAGI ini, aku cuba untuk jadi produktif dengan mengajak Nadira jalan-jalan satu kampus memandangkan hari ini tiada kelas langsung. Jalan-jalan saja. Bukannya berlari macam tempoh hari. Habis sengal-sengal badan aku.

"Kau dah buang tebiat ke?" tanya Nadira saat dia sampai ke tempat aku duduk.

"Hang sepatutnya support aku. Aku tengah bersemangat ini. Apa punya kawanlah..."

"Yalah... Aku support kau... Tapi, jangan hangat-hangat taik ayam pulak. Mula-mula semangatlah. Lepas itu, senyap macam itu aje."

"Eh, memang aku hangat-hangat taik ayam pun. Hang expect aku akan buat sampai bila-bila ka? Hahaha! No."

"Ceh... Kiranya ikut kau punya mood rajin ajelah ini?"

"Yes. Pandai pun."

Kami mula berjalan dari Kolej Beta sampai ke Kompleks Pentadbiran. Namun, langkah kami terhenti tatkala mata ini ternampak akan kelibat seseorang yang amat kami kenali dari jauh.

"Kau nampak tak apa yang aku nampak? Aku tak salah tengok, kan?" tanya Nadira.

"Aku nampak..."

Kelibat itu bernama Azman. Dialah lelaki yang terkejar-kejarkan Nadira. Tapi, Nadira tak pernah nak terima. Asyik ditolak saja. Aku sendiri pun tak tahu kenapa susah betul dia mahu terima jejaka kacak itu. Padahal cukup pakej. Tinggi, kacak, kaya.

Lagi pula, dalam Nadira asyik menolak cinta dia, tak pernah pula aku melihat atau mendengar yang dia sudah berpunya. Aku yakin yang Azman ini seorang yang setia.

Payah sangat, bagi aku sajalah. Hahaha!

"Dia buat apa dekat sini?"

Soalan loyar buruk. Tak payah aku jawab pun tak apa.

"Dia mai belajaqlah. Hang pun... Takkan dia mai sini nak berjimba kot?"

Nadira menayang muka sakit hati, "Kau ini. Tak pernah bagi jawapan yang menyedapkan hati aku."

"Haaa laaa. Tanya soalan tak logik. Memang kenalah dengan aku."

Betul apa aku cakap?

"Kenapalah dia dapat sini? Aduh. Tak ada tempat lain ke dia nak pergi? Dekat Tapah jugak dia nak datang."

"Jodoh hanglah itu kot..." Seronok pula aku nak kacau Nadira ini.

"Tak naklah aku!"

"Takmau, takmau... Nanti mau jugak kot..."

Selalu orang yang cakap tak nak ini yang akan dapat.

"Dahlah, jom. Kalau dia nampak, tak ke naya aku? Dia itu boleh tahan gila."

"Dia bukan sembarangan gila. Dia gila cinta ja."

"Dah. Kau jangan nak merepek. Kang aku kenenkan kau dengan Sir Ashraf kot."

"Pasaipa dengan Sir pulak tetiba?"

"Kau tak cerita apa-apa pun kan lepas kau jumpa dia? Sampai hati."

Oh... Pasal hal ini ke tiba-tiba dia nak bangkitkan hal aku dengan Sir Ashraf? Ingatkan apalah tadi.

Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now