Bab 14

754 49 4
                                    

MALAM itu, sedang aku dan Zila khusyuk buat hal masing-masing, tiba-tiba terdengar bunyi jeritan nyaring seorang perempuan yang tidak jauh dari bilik kami berdua. Aku pandang Zila. Zila pun pandang aku. Cepat-cepat Zila bangun dari katilnya dan membuka pintu.

"Ahhhh!" Jeritan itu kedengaran lagi jelas setelah pintu dibuka.

Ini bukan jeritan biasa-biasa ini. Macam jeritan orang kena histeria. Makin lama makin ramai pula jeritan itu kedengaran. Hampir satu tingkat empat ini terkena.

Zila pantas menutup pintu. Siap kunci. Dia bersandar pada pintu.

Aku pandang dia, "Awat?"

"Aku nampak ada benda terbang. Dia pergi dari bilik ke bilik."

"Benda apa?" Perasaan ingin tahu aku lagi membuak-buak.

"Benda itu... Rambut panjang... Maya Karin berlakon itu..." Tergagap-gagap dia dibuatnya.

"Ponti..."

Tak sempat aku habiskan ayat, Zila memotong, "Jangan sebut!"

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu kedengaran. Zila pandang aku sekejap. Lalu, pantas dia menjauhi pintu sampai jatuh terjelepok ke atas lantai. Kami berdua memandang ke arah pintu yang bertutup itu. Menunggu gerangan di sebalik pintu itu memberi respons. Namun, tiada. Hanya bunyi ketukan saja yang kedengaran.

"Huuu... Ada orang tak...? Huuu..." Baru dia bersuara. Suaranya sayup-sayup dan mendayu-dayu.

Zila datang memeluk aku. Aku pulak muka dah berkerut-kerut menahan takut. Nak menangis pun ada.

Kenapa time ini jugak nak jadi benda-benda yang tak sepatutnya? Selama aku duduk sini, tak pernah lagi aku dengar benda-benda pelik dengan telinga sendiri.

Aku berbisik pada Zila dengan sedikit terketar, "Macam mana nak tau dia dah takdak?"

"Aku pun tak tahu..."

Aku ambil telefon untuk melihat sama ada berita pasal histeria dihebahkan ke ataupun tidak di dalam group Beta 5.

Sila duduk di dalam bilik masing-masing. Tutup pintu dan kunci. Jangan keluar. Jika dengar bunyi ketukan, jangan buka!

Sedang aku khusyuk membaca, tiba-tiba ada satu tangan yang sejuk menjalar ke bahu kanan aku. Aku pandang tepi.

"Sha!" Jerit Zila. Suaranya kedengaran semakin jauh. Padahal, dia duduk dekat aje di sebelah aku.

"Sha!" Dia memanggil lagi.

"Sha!" Kali ini, semuanya hilang. Apa yang aku nampak sekarang, muka Zila yang agak dekat di muka aku. Terkelip-kelip aku sekejap. Berkerut dahi aku memandang Zila. Laaaa mimpi ke? Aku ingatkan betul-betul. Kalau betul, aku tak tahulah apa nasib aku dengan Zila dalam bilik ini.

Baru aku rasa aku betul-betul tersedar daripada tidur. Tadi rasa macam mamai sikit.

Tapi, yang membuat aku kalut bila di luar tingkap sudah cerah benderang.

"Pukui berapa dah?"

"Kau nak pukul berapa?"

Aku tanya dia, dia tanya aku balik.

"Pukui 7.30?" Yang ini aje masa yang aku rasa paling selamat. Sekurang-kurangnya aku sempat jugak bersiap dalam tiga puluh minit sebelum kelas bermula.

Zila menilik jamnya, "Nope. Pukul 9.30 dah."

"9.30?!" jerit aku terkejut. Biar betul dia ini? Kalau kelas ada, kenapa dia tak pergi?

Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now