BAB 23

481 16 5
                                    

Malam itu, aku bersiap ala kadar aje. Tak nak melebih-lebih. Segan. Nak melebih-lebih pun, macam tak patut pulak. Aktiviti itu buat dekat rumah ini aje... Lainlah kalau buat dekat hotel... Bolehlah nak over kejap.

Aku menilik diri sendiri di cermin. Melihat pada dress yang dibeli Sir Ashraf ini, buat aku kagum dengan dia. Pandai dia pilih. Muat pulak itu dengan aku. Tak ketat sangat. Longgar. Just the way I like.

Sedang aku berlakon di depan cermin, tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Kalut-kalut aku pandang ke arah pintu.

Nadira rupanya...

Dia masuk ke dalam bilik dalam keadaan tergesa-gesa. Di tangannya penuh dengan beg shopping. Lalu, dihempasnya ke atas katil.

"Hang pi mana tadi?"

"Keluar dengan Azman. Cari baju."

Aik? Dah berbaik ke dengan Azman? Tadi bukan main berdrama... Sekelip mata aje, dah berubah? Aku tidur tak sampai satu hari pun, macam-macam benda dah jadi...

Aku tak boleh biarkan Nadira tahu yang aku curi-curi dengar pergaduhan dia dengan Azman. Nanti bukan dengan Azman aje dia gaduh. Dengan aku-aku sekali dia gaduh pulak. Baik aku senyap.

Aku mendekati katil. Isi di dalam setiap beg, aku belek. Kebanyakannya baju aje...

"Apa banyak sangat hampa duk borong ini?"

"Kau pun apa kurangnya..." ujar Nadira dengan mulutnya memuncung ke arah almari yang terbukak.

Aku malu sendiri. "Ohh yang itu... Entah Sir itu... Beli banyak-banyak buat apa taktau... Heran aku..."

"Samalah dengan si Azman ini... Peninglah aku dengan dia ini. Semua baju ini dia yang pilih. Bukan aku. Aku goyang kaki aje..."

"Laaa ini sapa yang pompuan taktau... Macam depa pulak yang pompuan... Shopping kemain... Kita yang pompuan ini pun tak macam ini."

"Sebab kita tak ada duit. Hahaha!"

"Sedih mat..." Keluh aku sambil mencekak pinggang memandang ke arah beg yang berterabur di atas katil.

Nadira pandang baju aku lama sebelum bertanya, "Malam ini, kau pakai dress itulah?"

"Haah... Sir yang beli dress ini. Dia yang suruh pakai. So, aku kenalah pakai... Hang pun tau kan aku ini jenih tak suka sangat baju flowy-flowy macam ini... Rimaih. Ikutkan aku, nak ja aku pakai t-shirt dengan seluaq tracksuit ja."

"Kau pun... Itu teruk sangat! Memang dah sah-sahlah baju t-shirt dengan tracksuit tu tak kena dengan tema malam ini..."

"Tema apa malam ini?"

"Tema cinta."

Cinta?! Kalau Sir Ashraf nyanyikan lagu untuk aku nanti, maknanya dia nyanyi untuk 'cinta hati' dia iaitu aku?! Haaa sudah...

"Aduh... Perlu ka buat tema itu? Patutlah Sir kata ada nyanyi-nyanyi sikitlah... Nyanyi lagu cinta buat yang tersayanglah... Rupanya sebab tema cinta itu...? Aku ingatkan event santai macam itu..."

"Alah, kita redah aje... Bukan lama pun. Sekejap aje. Esok kita nak blah dah... Aku dah tak sabar nak tunggu esok. Aku rindu katil aku!"

"Sama! Sampai sana nanti, memang aku nak tutup phone aku dan tidoq ja nanti. Jangan ada sapa-sapa kacau! Termasuk hang!"

"Amboi..."

Aku tayang sengih. "Gurau ja..."

******

******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now