BAB 20

392 27 6
                                    

Kereta yang kami naiki dihentikan di depan satu rumah agam dua tingkat. Tengok pada gayanya, bukan calang-calang orang yang duduk sini. Kerja mesti besar-besar. Rumah pulak besar macam istana! Apa ke besar sangat rumah ini?! Ramai sangat ke orang yang duduk dalam rumah ini sampai nak buat besar-besar? Haaa maroh, maroh.

"Dah sampai." ujar Sir Ashraf.

Aku pandang dia. "Jangan kata ini rumah Sir?"

Sir Ashraf senyum senget, "Kenapa? Kalau saya kata itu rumah saya, awak tak percaya?"

"Kalau boleh tak nak percaya..."

Dia gelak perlahan. Tali pinggangnya ditanggalkan. Enjin dimatikan. "Jom."

Kami bertiga pun keluar dari perut kereta.

Hati aku ini daripada tadi berdebar-debar. Tak senang duduk dibuatnya.

Kenapa aku nak kena rasa macam itu? Ini kan cuma olok-olok aje?

Entahlah. Somehow aku rasa benda ini akan jadi kenyataan satu hari nanti.

Mana nak tau kan? Kuasa Allah...

"Rugilah kalau kau tak kahwin dengan Sir Acap uii... Orang kaya ini... Duit mesti berkepuk-kepuk." Ujar Nadira dengan nada perlahan.

Aku dan Nadira mengikuti langkah Sir Ashraf daripada belakang.

"Aku lebih rela tak kahwin dari kahwin dengan orang yang duit berkepuk-kepuk."

"Kau ini rugi betullah. Peluang ada depan mata, tak nak terima."

"Hang pun apa kurangnya? Kalau hang menikah dengan Azman itu pun, untung apa? Duit dia pun berkepuk-kepuk jugak."

"Tak naklah aku."

Beria tadi kenakan aku. Bila aku kenakan dia balik, tahu tak suka.

"Peluang ada depan mata, tak nak pulak." Aku ajuk ayat dia balik.

Aku rasa Nadira ini minat aje dengan Azman. Cuma, ada satu benda pada Azman yang dia tak berapa suka agaknya… Jadi, kerana itu, aku kena cari jugak puncanya.

"Tapi, itulah... Bila cakap bab berkahwin ini kan... Salah satu benda yang paling aku takut adalah bakal mak mertua." Sambung aku.

Perbualan kami terhenti tatkala ada seorang wanita laju datang ke arah aku dan terus memeluk aku.

Hmm… Helo, polis?

"Tak bernafas Aisha itu mama…" gurau Sir Ashraf.

Mak dia?!

Pelukan dileraikan.

Aku menyalami tangan mak Sir Ashraf.

"Inilah Aisha yang Ash selalu ceritakan itu?"

Selalu cerita? Pulak...

Sir Ashraf mengurut leher belakangnya. Dia tersenyum malu. Mukanya kemerahan.

Pertama kali aku nampak dia pemalu macam itu. Nampak comel pula dia!

Tapi, kenapa dia nak kena senyum malu macam itu? Melainkan…

Entah-entah…

No!

"Ini pulak mesti Nadira… BFF Aisha… Yang Azman selalu cerita itu…" kata maknya sambil memeluk Nadira.

Berkerut dahi Nadira.

Aku pulak hairan.

Azman? Azman yang sama yang aku dan Nadira kenal ke?

Tak lama kemudian, Nadira dipeluk pula oleh seorang wanita tua yang lain.

Tak ada lah tua sangat. Nampak tua dan muda dalam masa yang sama. Kata orang, awet muda.

Wanita kedua itu membuatkan Nadira terpinga-pinga.

"Sir..." bisik aku.

Mendengar saja panggilan aku, Sir Ashraf mendekatkan wajahnya sedikit. Tapi, terjaga batasnya.

Makin dekat dirinya dengan aku, makin kuat pula bau wangiannya. Daripada dulu sampai sekarang, memang perfume ini jugak yang dia guna. Tak pernah tukar.

Lemah lutut aku macam ini... Sebab wangian inilah yang paling aku suka. Bau lembut aje untuk seorang lelaki.

"Itu siapa…" tanya aku berkenaan wanita tua itu.

"Itulah mak si Azman itu…"

"Azman yang Sir maksudkan itu, Azman yang suka dekat Nadira itu ke?"

"Yalah… Siapa lagi Azman yang awak kenal?"

"Kut tersilap orang ke…"

Jari telunjuknya diangkat minta aku tunggu sebentar.

"Mana Azman?" Tanya Sir Ashraf pada seorang lelaki yang ada di situ.

Mata lelaki itu melilau mencari kelibat Azman.

"Itu!" Tunjuknya pada satu arah.

"Azman!" Jerit Sir Ashraf.

Dengan satu panggilan, Azman yang sedang berborak berpusing ke arah kami. Nampak aje mukanya, aku dan Nadira berpandangan sesama sendiri. Terbeliak biji mata kami berdua.

"Sekarang, dah percaya yang Azman itu family saya?"

"Family Sir?! Siapa Azman dalam family Sir?!"

"Ohhh... Saya dah agak awak mesti akan tanya..." senyumnya meleret.

"Dia itu sepupu saya…" sambungnya lagi dengan nada selamba.

"Sepupu Sir?!"

"Ya..."

"Kiranya yang Sir duk marah-marah saya dekat ofis pasal si Azman ini, betul-betul marah ke sengaja nak prank saya?"

"Dua-dua kut..."

"Dua-dua kut...?" Aku menekan ayat 'kut'.

Apa maksudnya itu?

"Marah itu memang saya marah. Tak dapat dinafikan. Saya ingatkan Azman yang tulis surat itu, Azman yang saya tak kenal… Mungkin ada Azman yang lain… Tapi, bila awak cakap dia itu minat Nadira, saya rasa saya dah tahu Azman mana yang awak maksudkan… Tak lain tak bukan, mesti cousin saya sendiri."

"Oh? Selama ini, Sir dah tahulah Azman suka pada Nadira?"

"Tahulah jugak…"

"Dan Sir pun dah tahulah Azman yang tulis surat dan Azman yang saya kenal itu adalah Azman yang sama?"

Dia mencebik.

"Dah tahu… Tapi, tak bagitahu saya!"

"Buat apa nak bagitahu awak? Tak ada function…"

Tak ada function dia kata? Eyyy! Geram aje aku dengan dia ini…

"Hari ini, terbukti yang awak dah terkena. Lain kali, bohong saya lagi yang Azman itu tulis surat untuk awak sampai membangkitkan kemarahan saya... Kalau nak sangat surat cinta, saya boleh tuliskan..." Nadanya kedengaran seakan geram dengan aku.

Dia ini memang nak cari pasal dengan aku ke apa sekarang ini? Tak sesuai betullah waktu dia nak gaduh ini...

"Sir ingat lawak ke...? Tak lawak langsung okey...?"

Geram aje aku… Kecik besar kecik besar aje aku tengok dia ini.

Akhirnya, aku mendiamkan diri. Malas nak layan dia. Terus tak ada mood!

Sir Acap, I love you!Where stories live. Discover now