Hmm, rajinnya aku buat teaser ni. Bila ade idea dalam kepala terus je buat. Nanti kalau dah blank & mood merudum tentu satu ape pun tak jadi.. hee.
Layan je teaser pertama 'JMJ' yang agak kacau-bilau dengan bahasa vulgar & cabul. Semuanya untuk disesuaikan ngan jalan citer ni. Sorry kepada reader yang suci jiwa & murni mindanya. Semua citer aku tak sesuai buat korang.
Lagu 'Luka' kat atas tu mengisahkan sorang budak lelaki yang menjadi mangsa dera. Sesuai sangat ngan tema 'JMJ' ni, tentang penderaan & seksaan terhadap insan yang lemah & fragile.
•••♦◄♥►♦•••
CHENG NAGA & SALIM CENGE
"Jangan la. Tolong la, jangan bikin kacau sini. Itu gua punya laki bikin problem, apa pasal gua yang lu orang ganggu? Dasar cinabeng."
Ju Wei terjaga tatkala terdengar bunyi riuh-rendah di luar. Dia kenal sangat akan suara emaknya itu. Matanya masih mengantuk kerana malam tadi dia tidur lewat, meronda dengan Airil ke segenap lorong di bandar, berpelesiran.
Dia jeling jam di dinding. Dah pukul sembilan dua belas pagi. Cahaya mentari sedikit mencuri masuk melalui celahan langsir lusuh di biliknya itu.
Dia bingkas bangun, menyarungkan seluar pendeknya serta t-shirt lalu melangkah keluar dari bilik.
Di ruang tamu, matanya tertancap pada dua lelaki yang amat dia kenal. Dua lelaki durjana yang kerjanya cuma menggeledah, mencurah cat merah serta merosakkan rumah orang yang disasarkan.
Cheng Naga dan Salim Cenge. Ya, dua pemuda orang suruhan ketua geng yang menguasai satu pertiga dari kawasan strategik di bandar ini. Geng Lipan Hitam. Satu nama yang bikin gementar buat para mangsanya.
Ju Wei berdiri di ambang pintu bilik. Dia lihat rumahnya berselerakan. Kerusi meja, tikar getah, pasu bunga hiasan serta gambar di dinding semuanya bersepah, tunggang-langgang, terselak dan tak terurus.
Kedua lelaki bangsat itu menjeling tajam ke arahnya.
"Puan Seng, arr. Itu lu punya anak jantan apa bikin? Hari-hari makan tidur saja. Kasi dia kerja sama kami la. Untung-untung, lu boleh dapat empat lima ratus satu minggu. Itu duit boleh bayar hutang kita maa," ujar Cheng Naga dengan wajah penuh sinister.
"Babi, lu jangan kacau sama dia. Jangan ganggu dia. Dia budak lagi. Itu dia punya bapa bikin taik, lu jangan libatkan dia. Gua boleh cari duit bayar laki gua punya hutang. Tapi kasi sikit masa la," balas Puan Seng.
Dia mula menangis sambil memeluk anak bongsunya, Jin Huat yang sedang dalam ketakutan.
"Pompuan puki, berapa lama lagi lu mau cari duit? Sampai sekarang pun masih tak boleh bayar. Kami punya bos banyak marah, tau? Kalau ikut hati, bos mau jual lu punya anak sama itu sindiket beli organ di Siam sana. Lu pulak, boleh jual puki sama pelanggan kami," sampuk Salim Cenge.
"Haiya, jangan cakap itu macam la, Salim. Anak-anak gua dengar tentu dia orang takut. Lu memang babi hitam tak ada hati perut, cinabeng," marah Puan Seng dengan suara bergetar, menahan rasa.
Ha ha ha.
Hi hi hi.
Ki ki ki.
Lo lo lo.
YOU ARE READING
• jangan 𝓂enangis, joni • {jmj}
Teen FictionSebuah cerpen yang panjang (cerpan) mengisahkan persahabatan dua budak lelaki yang berlainan bangsa & agama. Kalau yang berfikiran rasis tu diminta jangan layan citer ni. Seperti karya-karya aku sebelum ini, citer 'JMJ' jugak dikisar & dibumbui deng...