Hmm, ceqita baqu lagi ka? Awat la dok kalut sangat buat ceqita la ni? Mengkala hang ada masa? Mungkin itu yang sesetengah dari korang dok tertanya-tanya, kan?
Sebenarnya, aku dah lama nak buat citer ni, tapi sebagai cerpen je kat 'Tadpole' tu. Tup tup, bila asyik mengarang 'Kikilala' tu, aku teringat kat sorang kawan Cina aku time sekolah asrama dulu. Kat dalam 'Kikilala' pun aku akan citerkan gak pasal dia. Tapi itu lambat lagi & hanya secara ringkas je pun. So, aku ambik keputusan nak buat satu cerpan (cerpen yang panjang) untuk story kan kisah yang diinspirasikan dari kawan aku tu. Nama dia dalam 'Kikilala' Ian Davis tapi dalam 'JMJ' ni aku tukarkan lagi guna nama lain plak sebab aku tak nak sesiapa kenal dia.. hee. FYI, dua-dua nama tu bukan nama sebenar dia. Jalan citer ni tak le berdasarkan kisah hidup dia yang sebenar. Aku ubah & jadikan lebih dramatik & mungkin agak meruntun jiwa bagi yang lemah semangat. Jangan nangis bila bace nanti, ekk?
Kisah 'JMJ' ini berkisar tentang persahabatan dua budak lelaki berlainan bangsa & agama yang berakhir ngan tragedi berdarah lagi menyayat hati 😭 Sekali lagi aku ketengahkan citer berunsur period drama iaitu latar masa bukan zaman sekarang tapi masa lampau.
Hmm, adakah penamat citer ni akan happy ending? Ataupun sad ending? Untuk mengetahuinya, korang kena le bace hingga tamat.. hee 🤗
Cerpan ini sedikit sebanyak diinspirasikan dari lagu country klasik dendangan Conway Twitty & anaknya, Joni Lee, 'Don't Cry Joni' yang popular & hit sejak tahun 1975 hingga kini. Jugak, lagu nyanyian superstar Hong Kong, Alan Tam 'Pang Yau' yang hit sejak 1985. Kat atas tu lagu 'Don't Cry Joni' & kat bawah plak 'Pang Yau'. Kalau nak dengar, dengar arr, tak nak pun tak ape.. hee.
Memandangkan ini hanya sebuah cerpan, so tak ade le panjang berjela. Aku hanya akan update bila ade masa & bila mood mengizinkan je. Lagipun, pada masa yang sama, aku kena gak update 'Imanul', 'Budaknap' & 'Kikilala'. Harap korang faham.
FYI, aku tak akan umumkan/maklumkan/hebahkan/notify para follower aku yang berjumlah seribu lebih tu bila aku publish setiap chapter citer ni. Sebab, aku dok perati la ni, bukan semua follower aku bace karya aku. Cuma beberapa orang je yang dok ternanti-nanti bila setiap kali ade update terkini. So, citer 'JMJ' hanya akan dibace oleh follower setia je, yang selalu singgah di akaun Ehsanqeri ni. Maka, rajin-rajin le korang jenguk kat sini, ekk?
• PERINGATAN •
Hmm, jangan diambil serius akan kandungan citer ni. Tapi kalau ade sekelumit pengajaran & panduan, harap korang terima seadanya, kay? Kalau ade keburukan dalam kisah ni, harap korang jadikan sempadan yang bertembok, ekk? Mungkin gak para reader akan rasa terhibur time bace nanti. Namun, ianya terpulang kepada pemahaman masing-masing.
Foto-foto yang ditempelkan juga tiada kena-mengena ngan watak-watak atau lokasi citer ni, semuanya sekadar hiasan je. So, jangan terpedaya & mudah percaya, kay?
YOU ARE READING
• jangan 𝓂enangis, joni • {jmj}
Teen FictionSebuah cerpen yang panjang (cerpan) mengisahkan persahabatan dua budak lelaki yang berlainan bangsa & agama. Kalau yang berfikiran rasis tu diminta jangan layan citer ni. Seperti karya-karya aku sebelum ini, citer 'JMJ' jugak dikisar & dibumbui deng...