ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Pergh.. laju & pantas sungguh aku mengupdate 'JMJ' ni, ekk? Baru je semalam aku publish chapter pertama, sekarang dah muncul chapter 2 plak. Tahniah aku ucapkan kat diri aku. Hmm, bila mood sedang okey, maka dapat le korang layan citer aku dengan kerap. Bila merudum nanti, lambat lagi arr akan ade update. Ape pun, layan je sementara ade.
•••♦◄♥►♦•••
Pada masa yang sama.
Nun, di tingkat sebelas sebuah flat dua bilik yang murah dan tak terurus penyelenggarannya. Terletak di pinggir bandar, kira-kira empat kilometer dari taman tempat Airil menumpang di rumah maksunya.
Satu keluarga Cina, seorang emak serta dua anak lelakinya sedang berkonversasi* dengan santai sebelum masuk tidur. Mereka baru saja menikmati makan malam serba sederhana. Nasi putih, sup sayur sawi serta ikan gelama masin.
"Ju Wei, lu sudah siap semua barang ka untuk mula sekolah tingkatan satu Isnin nanti?" tanya Puan Seng, si emak sambil melipat pakaian di ruang tamu yang sempit dan suram.
Sebuah televisyen hitam putih empat belas inci sedang menayangkan siri 'Knight Rider' yang menjadi kegemaran dua anak lelakinya.
"Sudah la, ma. Ma jangan risau la, semuanya Joni dah kasi settle. Lagipun, banyak barang tu dari Darjah Enam punya. Mana yang masih boleh guna, Joni akan guna," jawab si anak yang bakal memasuki sekolah menengah.
"Aiya, sudah berapa kali mau cakap? Jangan guna nama Joni tu, ma tak suka. Itu nama macam olang putih saja. Tak sedap dan talak sesuai. Kita olang Cina. Kena ada jati diri yang baik."
"Ala, ma. Itu cuma nama je la. Joni tetap Cina selama-lamanya. Sekarang ni banyak orang Cina yang suka guna nama orang putih. Contohnya arr, Jackie Chan, Leslie Cheung, Anita Mui, Andy Lau, David Arumugam, Michael Ang dan banyak lagi pelakon Hong Kong sana," balas Ju Wei.
"Lu jangan nak ikut sama dia olang. Itu semua film star dan semua nama tu untuk cari makan saja. Lu budak sekolah lagi. Kena la guna nama yang baik-baik."
Ju Wei tersengih seraya memandang adiknya, Jin Huat yang sedang asyik melayan program di peti televisyen mereka.
"Ma, nanti lepas cuti penggal satu belikan gua baju sekolah baru, ya? Tak mau la pakai baju abang lagi, dah nampak buruk dan lusuh," rengek si adik yang bakal memasuki Darjah Lima Isnin nanti di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina berhampiran taman perumahan mereka.
"Lu pun satu. Mana ma mau korek duit? Pakai dulu la baju abang lu sampai koyak. Bila ma ada duit, kita pergi supermarket GAMA beli baju seragam baru."
YOU ARE READING
• jangan 𝓂enangis, joni • {jmj}
Teen FictionSebuah cerpen yang panjang (cerpan) mengisahkan persahabatan dua budak lelaki yang berlainan bangsa & agama. Kalau yang berfikiran rasis tu diminta jangan layan citer ni. Seperti karya-karya aku sebelum ini, citer 'JMJ' jugak dikisar & dibumbui deng...