Chapter 3 - Dua Budak Cina Bergotong-Royong Membersihkan Diri Dalam Bilik Mandi

434 16 24
                                    


ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••

Wah, semakin mengganas aku di 'JMJ' ni, ekk? Tak bagi peluang untuk korang berehat menarik nafas, terus je aku update chapter  terbaru dalam masa 3 hari je. Maaf, andai kekerapan aku update  buat anda huru-hara & tak sempat buat kerja lain.. hee.. Ape pun, layan je sementara mood  aku okey & dalam semangat yang tinggi sekarang ni. Kalau mood  malas muncul, mau berbulan baru ade update.

Hmm, belum masanya lagi untuk Swooshh muncul. Jangan kecewa, ekk? Layan je ape yang ade. Beserderhanalah dalam hidup.. hee.

•••♦◄♥►♦•••

"Fuh, terrer gak kau main bola, ekk? Kalau cam ni team  kita boleh le celen geng Taman Brilliant nanti. Ngan syarat, kau kena main. Cam mana? Nak tak?" tanya Badrul.

Dia dan Airil sedang duduk di tepi padang di taman perumahan mereka. Bebudak lain masih lagi aktif bermain sejak jam lima setengah tadi. Cuma mereka berdua yang berehat sebentar untuk meneguk air dan melepaskan lelah.


Tadi, Badrul memperkenalkan Airil kepada kekawan team  bolanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tadi, Badrul memperkenalkan Airil kepada kekawan team  bolanya. Sambutan terhadap budak baru itu amat memberangsangkan. Apatah lagi tatkala mereka melihat kecekapan serta kehandalan Airil bermain bola. 

"Boleh je, tapi aku tak jamin arr korang akan menang nanti. Team  kita kena le main dengan sepakat dan kerjasama. Kena ade sorang yang boleh bagi tunjuk ajar dan terapkan taktik main yang teratur. Dalam erti kata lain, kena lantik sorang jurulatih."

"Fuh, hebat dan bernas komen kau ni, cam pengulas sukan TV la.. he he."

"Tak ade arr hebat sangat, biasa-biasa je. Selalu dok layan bola Piala Malaysia, ade arr sikit idea."

•• • • • • • ••

"Bang, jauhnya kita berjalan hari ni. Aku rasa, kita tak pernah pun datang ke taman ni," rengek Jin Huat dek letih kaki menapak dari rumah flat mereka ke taman permainan yang terletak kira-kira tiga kilometer jauhnya.

Mereka datang dengan membawa guni buat mengutip botol, tin atau apa-apa sahaja barang lusuh yang boleh dijual.

"Ala, kat sini tak ade lagi orang lain datang cari botol. Tentu ade banyak, terutama kat padang mainan ni. Ramai budak-budak buang botol atau tin minuman kat sini," balas Ju Wei.

• jangan  𝓂enangis, joni • {jmj}Where stories live. Discover now