ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Hmm, tajuknya amat memusykilkan buat para reader yang bukan orang utara. Tapi tak ape, kat glosari ade aku bagitau makna perkataan 'dogiang' tu. Sorry sebab lambat sikit update. Tapi kalau ramai yang suka & bagi vote/like, aku akan kayuh laju je.. hee 🙃
•••♦◄♥►♦•••
Nun, di sebuah kelab malam bernama 'Shake n Dance' di tengah bandar. Walaupun jam sudah hampir satu suku pagi, namun masih ada ramai pengunjung dengan pelbagai ragam perangai.
Dengan berlatarkan lagu rancak 'Sexy Music' yang dimainkan oleh deejay berbangsa India bermisai lebat, para pengunjung menari terkinja-kinja tak kira jantan betina.
Asap rokok memenuhi ruang, membuatkan orang yang berpenyakit lelah akan sesak nafasnya.
Seng Guan Thong melangkah masuk sambil melihat ke sana sini mencari seseorang. Pakaiannya tampak tak kemas dengan rambut kusut-masai. Matanya pantas terarah pada satu susuk tegap dengan lengan berotot serta bertatu.
"Cheng. Hoi, Cheng. Gua mau cakap sama lu," laungnya tanpa menghiraukan manusia-manusia sekeliling yang sedang khayal lupa dunia.
"Haiya, Thong. Lu apa pasai datang sini? Mau hutang lagi ka?" soal lelaki yang bengis rupanya dikenali sebagai Cheng Naga. Dia duduk di bar sambil meneguk air kekuningan yang berbuih. Di sebelahnya, penuh setia duduk seorang lelaki berkulit agak gelap, juga menghadap gelas besar air tersebut.
"Bukan mau hutang la. Gua nak mintak lu bagi masa sikit untuk langsai bayar semua hutang gua sama lu," balas Guan Thong. Dia lalu duduk di sebelah kedua lelaki tersebut.
"Mana boleh macam tu? Sudah lama lu punya hutang tak kasi bayar. Mama Mia sudah naik angin lu tau? Hari-hari dia suruh gua mintak sama lu. Tapi, gua banyak kesian, tak sampai hati mau mintak cara ganas. Kita kawan sudah lama."
"Ya la, kita kawan lama. Itu sebab la gua mau mintak kasi sikit masa. Nanti gua cari itu duit, lu jangan risau la."
"Mana lu mau cari duit, Thong?" tanya lelaki berkulit gelap. Misainya hitam melintang, Salim Cenge namanya. Orang kanan Cheng Naga. Ke sana ke mari mengampu lelaki bertatu tersebut.
"Salim, lu pun sudah lama kenal gua, kan? Mana-mana tempat pun gua boleh cari kerja. Cuma kasi masa saja la," jawab Guan Thong. "Eh, apa kata gua kerja sama lu dua orang? Tentu ade kerja yang gua boleh buat."
"Kerja apa lu boleh buat? Asyik minum dan main judi saja. Sudah berapa lama lu tak balik rumah jumpak anak bini?" tanya Cheng Naga dengan nada menyindir. Tubuhnya bergoyang mengikut irama lagu rancak yang sedang dimainkan saat itu. "Woi, diam-diam. Gua mau dengar ini lagu, 'Puki Naik', manyak syok oo."
YOU ARE READING
• jangan 𝓂enangis, joni • {jmj}
Roman pour AdolescentsSebuah cerpen yang panjang (cerpan) mengisahkan persahabatan dua budak lelaki yang berlainan bangsa & agama. Kalau yang berfikiran rasis tu diminta jangan layan citer ni. Seperti karya-karya aku sebelum ini, citer 'JMJ' jugak dikisar & dibumbui deng...