SUASANA kolej pada hari ini agak suram. Ruang kaki lima tempat menyimpan barang di lokar sunyi sepi setelah mendengar pengetua kolej membuat pengumuman melalui radio kolej mengenai khabar buruk yang melibatkan Laikha dan keluarganya. Tetapi yang membuatkan hati Andi sayu apabila melihat rata-rata pelajar lain terpinga-pinga saat nama Laikha disebut sebagai mangsa korban. Pada ketika itu barulah masing-masing sibuk ingin tahu apa laman sosial milik Laikha. Bagi yang kerap membuli Laikha pula kelihatan resah. Dah rasa bersalahlah tu! Huh! Andi menutup pintu lokar setelah menyimpan baju latihannya.
"Andi, I'm sorry." Tiba-tiba rakan lokar sebelah menepuk-nepuk bahunya.
"Sorry bro." Seorang lagi rakan sekelasnya memandang simpati.
Tidak lama kemudian kesemua pelajar yang berada di lorong lokar tersebut menoleh ke arahnya. Memandang dengan wajah simpati. Andi pula kelihatan terpinga-pinga. Namun apabila salah seorang daripada mereka menayangkan skrin telefon kepada Andi, tertera nama akaun Instagram yang sangat dia kenali. Terlihat akaun Instagramnya berada di antara 10 orang pengikut Instagram tersebut. Hanya dia seorang saja pelajar kolej itu, yang lain semuanya nama pelik-pelik.
"Mana kau tahu ini Instagram dia?" soal Andi terpinga. Dia tahu Instagram itu tapi dia tak pernah nampak pun wajah pemiliknya.
"Ada budak beritahu." Pelajar itu menyimpan telefonnya ke dalam lokar.
"Macam mana dia tahu?"
Pelajar itu mengerling pada Andi dengan wajah berkerut. Dia mendengus nafas kasar, membuka kembali pintu lokarnya lalu mengambil telefonnya. "Tu, kan muka dia." Telefon diserahkan kepada Andi.
Andi melihat gambar yang ditunjukkan. Terpapar gambar sebuah buku lukisan. Pada mulanya dia tak nampak apa yang dimaksudkan pelajar itu. Tetapi semakin dia tenung lama-lama, baru dia perasan. Terdapat biasan wajah pada kaca meja tersebut. Walaupun gambarnya tidak berapa jelas tetapi dia tahu itu adalah Laikha.
Akhirnya Andi hanya tersenyum kecil, mengangguk lalu menyerah kembali telefon itu kepada pelajar tersebut. Kenapa dia tak perasan pun selama ni?
KETIKA kaki melangkah masuk ke kafe tiba-tiba suasana menjadi senyap sunyi. Kesemua pelajar yang berada di dalam kafe menoleh ke arahnya. Terdapat sekumpulan pelajar berbisik-bisik sambil memandang ke arahnya. Hanya kerana menjadi pengikut Instagram pelajar bukan popular, dia mula menjadi perhatian. Andi tersenyum sinis. Dunia oh dunia! Dia terus melangkah ke arah kaunter makanan. Pesanan dibuat.
"Bro!" Panggil seorang rakan Andi supaya duduk di meja yang dihuninya bersama beberapa orang rakan yang lain.
Dia mengangguk lalu terus melangkah ke arah mereka. Sebaik saja dia labuhkan punggung dia terus diserang dengan soalan yang sudah dijangka.
"Seriously bro? Kau follow IG dia?" soal Hakim, teman rapat yang bukannya teman baik Andi. Mereka rapat hanya kerana mereka sama-sama dalam pasukan ragbi dan orang tua mereka pula berkawan baik.
"Kau orang berdua ada something ke?" Soal rakan yang lain pula.
Andi buat tak endah. Sandwic dimasukkan ke dalam mulut. Straw dicucuk pada air kotak.
"There's must be something going on." Rakan yang lain pula tersengih-sengih.
"Kau orang tahu tak kau orang cakap tentang siapa sekarang ni?" Akhirnya Andi bersuara perlahan tetapi mulut terus mengunyah. Tak ada rasa simpati langsung! Dalam keadaan sekarang pun mereka tetap hendak menumpukan perhatian kepada perkara yang kecil daripada menghormati 'Laikha' yang sudah meninggal.
YOU ARE READING
Novel Butterfly - By Anna Lee
Mystery / ThrillerMengapa sebuah rahsia itu disembunyikan, adakah kerana kebenarannya menakutkan? Hidup Laikha sangat bahagia. Punya ibu bapa yang sangat penyayang membuatkan dia tak pernah kurang kasih sayang. Namun semua itu hilang sekelip mata hanya kerana sebuah...