Bab 6

39 1 0
                                    


"KENAPA ponteng kelas tak ajak I?" soal Natasha sebaik saja mereka berada luar pusat membeli belah.

Sengaja Andi ajak Natasha keluar, bimbang jika Natasha buat drama dalam pusat membeli belah pula nanti. Buat malu aje.

"Maaf... I..."

"You beli apa ni?" Natasha dah tersenyum-senyum saat melihat jenama yang tertera di beg kertas yang dipegang oleh Andi.

"Wow, untuk I ke ni? Sebab tu you datang sini seorang diri?" Dia menjeling manja. Beg kertas itu terus dirampas.

"Erkk... no..."

"No?" Wajah yang teruja tadi terus kelam. Beg kertas sudah ada di tangannya, bersiap sedia untuk mengintai melihat isi di dalam.

"Maksud I... jangan buka sekarang, but yes... untuk you."

Wajah Natasha kembali ceria, dia cepat-cepat membuka beg kertas tersebut. Tidak menghiraukan larangan Andi tadi.

"Tunggu... tapi..." Andi cuba merampas beg kertas tersebut tetapi segera ditepis oleh Natasha.

Dengan wajah teruja Natasha keluarkan seluar yang dibeli oleh Andi. Namun, tiba-tiba wajahnya berubah keruh.

Andi kemam bibir. Bersedia untuk disembur oleh Natasha. Kepalanya sedang tercari-cari alasan apa yang ingin diberi. Takkan nak cakap beli untuk bonda? Huih, gila tu. Beli benda macam ni untuk mak sendiri.

"Ini bukan saiz I!" Wajah Natasha menyinga.

Hah? Andi telan liur. Natasha tak syak yang bukan-bukan? Andi melongo memandang Natasha.

"Maaf... I tak tahu. I cuma..." Berkali-kali dia menelan liur.

Natasha masukkan kembali seluar itu ke dalam beg kertas. Dia menjeling sebal pada Andi.

"Itulah! Lain kali kalau I ajak teman untuk pilih barang tu, teman ajelah. Kan dah salah beli saiz."

Kedua belah kening Andi terangkat. Fuh, lega!

"Salah ke?" Dia tepuk dahi. Pura-pura kesal.

Beg kertas itu ditolak kembali kepada Andi. "Nanti tukar. Dan... the colour... hish you ni. Brown and white? Itu untuk mak cik-mak cik bolehlah. I lebih suka warna merah menyala. Tak pun warna hitam. Baru seksi." Natasha berpeluk tubuh.

Dia langsung tak terfikir bahawa pakaian itu sebenarnya bukan untuk dia. Kalau saiz seluar dan baju tu lebih kecil daripada saiz dia mungkin dia akan syak yang bukan-bukan. Tapi kalau saiz itu lebih besar daripada dia, tentu Andi tersalah beli.

"Okey...okey. Nanti I beli warna lain," ujar Andi lalu terus bertanya saiz yang dipakai oleh Natasha.

Dengan wajah yang tersipu malu Natasha memberitahu saiznya. Andi pantas mengangguk.

"Jom." Natasha sauk lengan Andi.

"Pergi mana?"

"Tukarlah."

"Eh, sekejap. Bukan sekaranglah."

"Kenapa?" Natasha dah tarik muncung.

"I... kena balik sekarang. Urgent." Andi tayang muka serius.

"Apa yang urgent?"

"Emm... bibik... dia pengsan tadi. I kena bawa pergi klinik."

Wajah Natasha berkerut. Bibik lagi! "Dia tak ada suami atau anak-anak yang boleh jaga dia ke? Kenapa you pula kena bersusah payah?"

"Suami diakan baru meninggal lima bulan lepas dan dia pula mana ada anak. You ni... Kan I dah beritahu you sebelum ni?"

"Oh... maaf. I tak ingat pula." Natasha rasa bersalah.

"I pergi dulu. Nanti I tukar. Jangan risau I'll choose my favorite colour for you." Andi kenyit mata. Cuba memujuk. Kalau Natasha berkeras suruh tukar juga memang tebal kulit muka dia dengan jurujual di butik itu. Tadi bukan main lagi mengutuk perempuan kurus. Sekali... Andi menggeleng kepala.

"Your favorite colour?" Natasha dah tersenyum-senyum. "Okay, then. Pergilah." Badan Andi ditolak.

"Okey. Thanks." Andi menarik nafas lega. "Jumpa esok!" Pipi Natasha dicuit sebelum dia berlalu pergi.

Perghhh... peluh yang merecik di dahi segera disapu.


LAIKHA melopong memandang barang-barang yang dibeli oleh Andi. Satu plastik berisi semua makanan ringan, makanan segera, buah-buahan, coklat, gel mandian, syampu, berus gigi dan banyak lagi. Satu plastik berisi majalah dan buku-buku. Satu lagi... Laikha merenung lama jenama pada beg kertas itu. Dia menjeling Andi yang sedang membelek telefon. Segera beg kertas itu ditolak ke tepi, tutup dengan plastik beg yang lain.

"Ada apa-apa yang tak cukup?" Soal Andi. Matanya masih merenung skrin telefonnya.

"Terlebih cukup." Laikha garu leher dan lengan. Kedua belah pipi terasa panas. Serba salah dia dibuatnya.

Tak sangka Andi akan bawa semua barang ini kepada dia. Memang tadi pun dia berkeluh kesah dengan keadaan dirinya yang sehelai sepinggang. Dia tak kisah pun pakai baju dan seluar Andi yang besar gedabak tu. Cuma, seluar kecik dan baju kecik tu agak merimaskan kalau tak berganti. Separuh hatinya bersyukur Andi belikan dia semua tu. Tetapi, separuh lagi buatkan wajahnya kebas. Dia tak akan tanya sama sekali saiz apa yang Andi beli. Lantaklah saiz apa sekalipun, dia akan pakai aje.

"Kau bersiaplah apa yang patut. Toiletries semua aku dah beli. Yang dalam bilik air tu, semua aku punya. Risau tak sesuai dengan kulit muka atau badan kau."

"Thanks... tapi aku tak kisah pun. Aku belasah aje pakai semuanya sebelum ni." Aku bukan macam gadis lain yang jaga kulit sangat. Laikha senyum kecil. Kulit muka terasa panas. "Maaf susahkan kau."

"Tak apa. Tak susah pun."

"Bila kau beli semua ni? Kau ponteng kelas ke tadi?"

Andi senyum. "Kelas hari ni bosan sangat."

Laikha mengerling. Ada sesuatu yang dia nak tanya tapi mulut dia terasa berat untuk bersuara. Kalau tanya pun kemungkinan jawapannya akan membuatkan dia sendiri terluka. Kalau ayah sendiri tak kisah dia terbakar rentung, apatah lagi pelajar dekat kolej tu. Entah-entah dia orang tak kenal pun siapa aku.

"Aku pergi dulu. Nanti aku datang balik. Bawakan lunch untuk kau." Andi bangun daripada kerusi yang berada di meja tulisnya.

"Eh, tak apalah. Aku kenyang lagi."

"Kenyang? Dengan makan roti tu?" Andi menjeling ke arah meja lampu di sebelah katil. Tak nampak luak pun roti tu. Kalau luak sekalipun, bukannya boleh kenyang sehari suntuk.

"Siap. Nanti aku datang. Ada something aku nak beritahu kau." Andi melangkah.

"Something? Fasal apa?" Jantung Laikha berdegup laju.

"Nanti kau akan tahu." Andi mengerling kemudian terus menuruni anak tangga.

Laikha termangu sendiri. Dalam kepala mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Hatinya berlagu resah.

Novel Butterfly - By Anna LeeWhere stories live. Discover now