Aku duduk disebelah katil wad abi. Sekarang tepat pukul 4:00 pagi , kok seng dan ainin pulang selepas keputusan abi keluar.
Kar wei katanya mahu mencari sedikit makanan.
Aku mula rasa penat dan perlahan lahan aku menutup mataku dan kepala diletakkan beralaskan tanganku.
Setelah beberapa belas minit , aku berasa tubuh badanku digoyangkan. Aku membuka mataku.
"intan" panggil kar wei. Aku menoleh ke arahnya.
"ni makanlah you belum makan lagi kan" kata kar wei menghulurkan roti.
"tak nak" jawabku ringkas. Kar wei mendekatiku dan duduk di sebelahku.
"makanlah sikit nanti saya risau meh" kata kar wei cuba memujukku.
"you makan saya makan" kataku.
Kar wei mengangguk. Aku mengambil roti itu dan aku membahagikannya menjadi dua bahagian , separuh untuk aku dan separuh lagi untuk kar wei.
Kar wei mengambil separuh dari roti tersebut namun dia hanya memerhati aku makan tetapi dia tak makan rotinya.
"kenapa you tak makan?" tanyaku. "tengok ini jari saya luka" kata kar wei menunjuk jarinya yanh berbalut dengan plaster.
"jadi?" tanyaku. Kar wei mencebik dan mukanya kelihatan monyok.
Aku tertawa melihat gelagat dia lalu aku mengambil roti di tangannya.
"dah buka mulut cepat" kataku menghulur cebisan roti kedalam mulut kar wei. Akhirnya habis juga roti yang dimakan.
Jarinya hanya satu sahaja yang luka tetapi sibuk juga mahu disuap.
"saya mahu tidur sekejap" kataku meletakkan kepala diatas tanganku.
"tak boleh tidur sini haih mari sini" kata kar wei menarikku dan membawaku ke sofa yang telah disediakan.
"sini baru selesa leh" kata kar wei dengan slang cinanya. Aku duduk dan meyandarkkan kepalaku beralaskan jaket kar wei.
"you tak mahu tidur sekejap ke?" tanyaku. Kar wei menggeleng lalu berkata "tak saya tak mahu sebab saya mahu tengok abi sebentar".
Ya memang aku bersyukur aku ditakdirkan dengan kar wei dia bukan hanya setakat memikul tanggungjawabnya sebagai seorang tunang tetapi dia juga setia menjaga keluargaku.
Aku hanya mengangguk dan kembali melelapkan mata.
Aku tersedar dari tidur kerana dikejutkan oleh doktor yang hendak memeriksa keadaan abi.
"abi okay je kan?" tanyaku. "ye tapi kita tak pasti keadaan dia pada masa yang akan datang" jawab doktor.
Aku mengangguk. Doktor serta jururawat keluar beredar dari wad.
Aku melihat jam di telefon bimbitku sudah tepat pukul 6 pagi. Aku mencari cari kar wei rupanya dia tertidur di sofa juga , tentu dia sejuk.
Rupanya semalam dia lah yang menyelimutkan aku sewaktu aku sedang tidur di atas sofa.
Aku berjalan ke arahnya. "kiwi bangunlah nanti nak pergi universiti" kataku.
Kar wei segera bangun matanya digosok lalu dia mengambil cermin matanya dan memakainya.
"jom" ajak kar wei. "em pergi mana?" tanyaku. "solat berjemaah lah" jawab kar wei. Aku terkejut.
"you dah boleh jadi imam" kataku sedikit terkejut kerana cepatnya dia belajar tentang islam.
Aku ingatkan dia hanya pandai niat solat berseorangan sahaja.
"iye jadi imam you pun boleh juga" kata kar wei. Aku hanya tergelak.
Aku dan kar wei segera solat subuh berjemaah di surau hospital.
"you pergi universiti tak?" tanya kar wei. "mestilah pergi sebab pelajaran tak boleh diskip lah" kataku. Kar wei tersenyum.
"dah semalam ainin ada bawa baju extra you lepastu dia bagi saya jadi you bersiaplah dulu nanti saya datang sini ambil you sebab saya mahu pulang ke rumah dan bersiap" kata kar wei panjang lebar.
Aku hanya menggayakan tanganku berbentuk okay.
YOU ARE READING
wo ai ni 2 - 我爱你²
RomanceSenior yang ditunggu - tunggunya akhirnya gadis itu dapat juga. Setelah beberapa tahun , mereka mengikat pertalian pertunangan namun adakah mereka akan tamatkan pertunangan mereka dengan perkahwinan atau perpisahan ? Kehidupan bahagia semestinya mem...