9:00 AM
Aku dengar pintu aku diketuk. "huh huh kiwi mana kiwi mana ?" tanyaku dalam keadaan mamai.
"eh dik ni aku la" kata nazmi mengoncang badanku. "aku nak teman hani pergi hospital jap kau okay kan" kata nazmi.
Aku mengangguk. Nazmi mula berjalan keluar dari bilikku.
Aku masih menunggu kar wei menghantar pesanan kepadaku tetapi tiada.
Aku berjalan ke bilik air dan bersiap untuk meneman ainin.
°°°
BUTIK PENGANTIN
"ha intan mana cantik yang ni ke yang ni ?" tanya ainin memegang dua helai baju gaun berwarna putih.
Aku cuma termenung. Ainin menolak bahu ku. "eh ha apadia ainin ?" tanyaku. Ainin mengeluh dan duduk disebelahku.
"kau okay tak ?" tanya ainin. Aku mengangguk. "ha tu kok seng dengan kar wei" kata ainin menunjuk.
"kau ajak diorang ke ?" tanyaku. "haah haiqal suruh sebab dia nak suruh kok seng pilih baju untuk dia em tu kar wei ha korang boleh la pilih baju juga untuk akan datang" kata ainin.
Aku hanya mendiamkan diri , ainin dan haiqal berjalan ke arah kok seng.
Aku perasan yang kar wei duduk di sebelahku. Aku hanya mendiamkan diri begitu juga dengan kar wei.
Aku melihat muka kar wei tersenyum dan tergelak melihat telefon bimbitnya.
Ainin keluar dari bilik persalinan. "wah cantiknya" kataku. Sedikit pun kar wei tidak menoleh ke arahku.
"jom" ajak kok seng menarik tanganku keluar dari butik. Aku hanya mengikut kok seng dan kar wei hanya memerhatikan kami.
"apa kar wei buat dekat you ?" tanya kok seng. Aku terdiam tetapi aku dapat rasakan ada cecair panas yang mula turun dipipiku.
"you okay ke ?" tanya kok seng. Aku mengangguk. "kenapa haiqal suruh you yang pilih ?" tanyaku.
Kok seng mengangkat bahu. Aku nampak ada sosok wanita yang sedang berjalan masuk ke dalam butik.
Aku dan kok seng masuk semula ke dalam butik. Kami melihat kar wei dan wanita itu sedang bergelak tawa.
"mehreen ?" panggilku. Wanita itu menoleh. "kau pun ada dekat sini ?" tanya mehreen membuat muka.
"you tu buat apa dekat sini !" tengking kok seng. Ainin melihat kok seng.
"eh kok seng kau jangan ingat aku tak tahu yang kau masih cintakan ainin eh" kata mehreen.
Kok seng dan ainin terdiam. "kalau dia masih cintakan ainin pun apa masalah dengan kau at least dia simpan perasaan bukan jadi perampas macam kau" marahku.
"siapa kata aku perampas ?" tanya mehreen. "aku yang kata , kenapa ?" tanyaku. "tak apasal kau datang sini juga tak silap aku , aku tak ajak pun kau" kata ainin.
"bruh kau ingat aku nak datang ke kalau kau ajak pun , ni ha kar wei cinta hati aku ni yang ajak" kata mehreen.
"cinta hati ?" tanyaku. Kar wei diam. "kau lah tak pandai jaga dia , baik putus je tunang tu" kata mehreen.
"bila masa aku cinta hati kau ! aku panggil kau pun sebab aku nak cemburukan dia je takde pula sampai putus tunang !" tengking kar wei.
"you gunakan i ?" tanya mehreen. "eee jijik kau tau tak guna panggilan i you dengan kau" marah kar wei lagi.
Mehreen mengelap air matanya dan lari keluar dari butik.
Semua masih terdiam . Kok seng dan haiqal mula bergerak memilih baju suit untuk haiqal dan aku mula berjalan ke arah ainin.
"ha ainin baju ni cantik" kataku menunjuk ke arah gaun berwarna putih bercorak bunga di bahagian bawah berwarna merah jambu.
"okay lah aku ambik gaun yang ini" kata ainin. Ainin berjalan ke bilik persalinan. "you" panggil kar wei.
Aku menoleh ke arahnya. Kar wei duduk di sebelahku. "saya minta maaf" kata kar wei memandangku. Aku masih lagi terdiam.
"kenapa you tak percaya saya ?" tanyaku. "saya percaya you tapi izzrul kan ex you jadi mungkin you masih cintakan dia yelah sebab dia dengan you macam rapat" kata kar wei.
Aku mengeluh. "haih saya anggap izz tu sebagai jiran dan kawan lama saya sahaja saya tak pernah anggap dia ex saya sebab hati saya hanya sayang pada you sahaja" kataku.
Air mata kar wei mula menitik. "saya buat kesalahan besar kan ?" tanya kar wei.
"tak , you buat apa ?" tanyaku. "saya lukakan hati you" kata kar wei.
"hahaha em takpelah kar wei saya tahu yang you friendly" kataku.
"saya janji saya akan buang sifat friendly saya" kata kar wei mengangkat tangannya.
"hahaha kar wei dengar sini tengok saya , saya langsung tak kisah yang you friendly sebab saya nak you bebas saya tak nak you tak selesa dengan saya sebab halang you berkawan" kataku.
"tapi ianya akan lukakan hati you" kata kar wei.
"aww kiwi haha listen here it's okay cause i trust you and its hurt at the first but i believe you so its not hurt anymore" kataku.
"are you sure about that ?" tanya kar wei. Aku mengangguk.
"i trust you too" kata kar wei. Aku dan kar wei tergelak.
"intan tengok ni" kata ainin keluar dari bilik persalinan. Aku terkedu melihat ainin begitu cantik.
"apa kata you cuba gaun juga" kata kar wei. "untuk apa ?" tanyaku. "untuk majlis kita nanti lah" kata kar wei.
Aku ketawa.
YOU ARE READING
wo ai ni 2 - 我爱你²
RomanceSenior yang ditunggu - tunggunya akhirnya gadis itu dapat juga. Setelah beberapa tahun , mereka mengikat pertalian pertunangan namun adakah mereka akan tamatkan pertunangan mereka dengan perkahwinan atau perpisahan ? Kehidupan bahagia semestinya mem...