Kami beramai ramai duduk mengelilingi unggun api. Kar wei mengeluarkan gitar kepunyaannya.
"awak tahu petik gitar ?" tanya encik saleh. Kar wei mengangguk laju. "cuba awak mainkan sebuah lagu" arah encik saleh.
"saya perlukan penyanyi juga" kar wei menoleh kearahku. Aku cepat ii mengalihkan pandangan dari melihat dia.
"ha gadis melayu yang duduk di sebelah tu , boleh kamu nyanyikan sebuah lagu untuk kami ?" tanya encik saleh. Aku melihat ainin dah mula ketawakan diriku.
Aku memandang kar wei lalu aku hanya mengangguk secara teragak agak. "lagu apa ?" tanya kar wei.
Aku hanya mengangkat bahu. "old love lagu kegemaran kar wei dan kau kan nyanyilah" cadang ainin mengangkat tangannya.
Aku mengusap manik manik peluh di dahiku. "nyanyilah kan saya ada dekat sini" bisik kar wei. "nak mula dari mana ?" tanyaku.
"when iam with you tu" kata ainin. Aku mengangguk. Kar wei mula memetik gitar dan aku mula bernyanyi.
when iam with you , feel like dejavu
i realize that dreams really come true
we keep on talking for the moment we live in
let's keep drinking till the moon disappear
you are the one the one that i want
the one that will stay by my side till iam gone
love of my life i'll sacrifice
just for the moment we last long forever .Semua menepuk tangan sesudah sahaja aku selesai bernyanyi.
"you tak bagi tahu pun yang you boleh nyanyi" kata kar wei mencebik. "dah you yang tak tanya" jawabku.
"baguslah , apa nama awak berdua ?" tanya encik saleh. "saya kar wei dan dia intan" kar wei memperkenalkan. Encik saleh mengangguk faham.
Aktiviti diteruskan lagi sehingga tibanya jam 11 malam. Seperti yang diberitahu aktiviti pada jam 11 malam hingga 1 pagi ialah aktiviti find the treasure you will survive .
Kami berkumpul beramai ramai. Penganjur dan pembantu program mula membahagikan kami kepada pasukan demi pasukan.
Aku , kar wei dan dua orang lagi pelajar dijadikan satu pasukan. Kami memperkenalkan diri masing ii.
"peraturan dia ialah masa kamu semua masuk ke dalam hutan ni mula ii kamu akan nampak beberapa ribbon yang diikat pada pokok dan ada papan tanda anak panah ikut je kalau tak nak sesat ada petunjuk dimana harta karun tu berada dan kamu ikut petunjuk untuk keluar dari hutan kalau dah jumpa harta karun tu" kata encik saleh.
"kalau kamu dengar bunyi wisel ditiup kamu semua mengalah je la dan ikut petunjuk arah untuk keluar dari hutan ni sebab kalau wisel ditiup maksudnya dah ada pasukan yang temukan harta karun tu , jangan risau ada 3 orang penolong penganjur program yang akan berada dalam hutan tu juga" sambung encik saleh.
Kami semua mengangguk faham. Pasukan demi pasukan mula masuk kedalam hutan yang gelap gelita dan penuh dengan bunyi cengkerik itu.
Pasukan kami melantik kar wei sebagai ketua pasukan kerana dia ialah ahli yang tertua. Kami mula meneliti setiap petunjuk.
Tiba ii kami terdengar bunyi tapak kaki mengikut jejak langkah kami. Aku menyuluh lampu kearah belakang namun tiada apa ii.
Aku meneguk air liur , hoodie yang sedang dipakai oleh kar wei aku genggam kuat.
"you okay ?" tanya kar wei. Aku mengangguk ketakutan. "kamu semua okay ?" tanya kar wei. Dua pelajar itu menggeleng.
Bunyi kilat mula menghentam bumi. Dua pelajar tadi mula lari meninggalkan aku dan kar wei bersendirian.
YOU ARE READING
wo ai ni 2 - 我爱你²
RomanceSenior yang ditunggu - tunggunya akhirnya gadis itu dapat juga. Setelah beberapa tahun , mereka mengikat pertalian pertunangan namun adakah mereka akan tamatkan pertunangan mereka dengan perkahwinan atau perpisahan ? Kehidupan bahagia semestinya mem...