"hye dik awal bangun harini" tegur nazmi. Aku tergelak dan menyediakan sandwich diatas meja.
"aku nak siasat kes mummy , kau nak ikut tak ?" tanya nazmi. "tu kan kerja polis" kataku.
"ye tapi aku nak kebenaran depan aku" kata nazmi."aku bukan tak nak siasat tapi aku sibuk kan" kataku senyum. Nazmi mengangguk.
"ni kar wei makan lah sandwich ni dulu" pelawa hani. "you pergilah dulu saya nak pergi hospital lepastu baru pergi universiti" kataku.
"takpe lah saya teman you saja" kata kar wei. Aku memandang nazmi dan mengangkat kening. "aku cuti harini" kata nazmi.
skip
HOSPITAL
"boleh saya bantu cik ?" tanya pegawai perkhidmatan di kaunter. "semalam ada mayat yang baru dihantar ke sini kan ?" tanyaku.
"ye ada beberapa mayat yang dipindahkan disini semalam" jawab pekerja tersebut. "ha saya nak tengok mayat yang jadi kes polis semalam" pintaku.
"ada dua arwah yang jadi kes polis semalam cik" kata pekerja itu. "ha nama dia alisya syazinna" kataku.
"okay , em apa hubungan cik dengan mayat ?" tanya pekerja itu. "saya anak tiri dia" kataku.
"ouh , tunggu kejap ye cik" kata pekerja tersebut.
selepas beberapa minit
"cik silakan masuk" panggil seorang pakar forensik.
Aku berlari ke arah mummy . Entah kenapa bila aku berlari ke arah mummy mata aku melihat tubuh mummy sedang baring diatas pengusung mayat tetapi hati aku nampak yang mummy sedang menunggu pelukanku.
Aku melihat wajah mummy yang kebiru biruan. Bibir yang sebelumnya ini merah kini penuh bekas luka.
Leher mempunyai kesan dicekik , tangan dan kaki ditoreh sedikit dan kesan ii lebam.
"mummy adik minta maaf" kataku menangis teresak esak.
"mummy adik akan balas dendam suatu hari nanti , mummy jangan risau eh adik dah maafkan mummy terima kasih jaga kami sepanjang mummy hidup" kataku lagi.
"terima kasih , tolong saya siasat kes ini dengan secepat yang mungkin ye" kataku mengelap air mata sambil menunduk ke arah ahli forensik itu.
Aku beredar keluar dari bilik mayat tersebut. "kiwi jom" ajakku. "aik sekejapnya" kata kar wei.
"saya tak sanggup tengok mummy macam tu" kataku mengelap air mata. Kar wei cuma terdiam dan hanya mengangguk.
Pintu kereta dibuka untuk aku. Aku masuk ke dalam kereta dengan hati yang berat.
"you" panggil kar wei. Aku hanya mendiamkan diri.
"you nak ikut saya tak?" tanya kar wei. "pergi mana?" tanyaku.
"pergi ambik sepupu saya dekat airport , nama dia ophel" jawab kar wei. "bila?" tanyaku.
"petang ni" jawab kar wei. Aku mengangguk. "err dia perempuan tau" kata kar wei.
"takpelah you pergi je ambik dia , saya tak mahu ikut , dada saya sakit lah" kataku.
"you tak cemburu?" tanya kar wei. "hahah tak lah kar wei saya percaya you kan" kataku. Kar wei tersenyum.
"you nak pergi klinik tak? sakit dada kan , bahaya ni" tanya kar wei. "tak nak , saya dah biasa dah sakit dada nanti lama ii hilang lah tu ada je ni ha ubat" kataku.
Kar wei mengangguk.
Tidak lama kemudian , kereta diparking di bahagian tempat letak kereta di depan universiti.
"saya masuk kelas dulu ye nanti jumpa dekat kafe tau" kataku lemah.
"you boleh jalan ke?" tanya kar wei. "ye saya boleh sahaja , kan saya kata saya dah terbiasa" jawabku.
Kar wei tersenyum dan melambaikan tangannya sebelum berjalan menuju ke kelasnya.
Aku mula menapak menuju ke arah kelasku berada. Pintu kelas dibuka.
"maaf lambat prof" kataku menunduk. "ye ye tidak mengapa cepat pergi duduk" kata prof yang sedang khusyuk mengajar subjek bahasa inggeris itu.
Aku menuju ke tempat dudukku iaitu disebelah kok seng , semasa aku berjalan semua mata pelajar tertumpu ke arahku.
Aku duduk dan mengeluarkan buku nota. Pen dipusingkan dan aku hanya termenung.
"intan , you okay ke?" tanya kok seng. Aku mengangguk.
"selalunya kelas bahasa inggeris you excited sekarang ni satu habuk pun you tak tulis" kata kok seng ketawa kecil.
"sakit dada" jawabku ringkas. "you masih tak makan ubat lagi ke" kata kok seng mengeluh.
Aku mengangguk. "nanti saya bagitahu kar wei" ugut kok seng.
"em ala kok seng janganlah bagitahu siapa ii tentang hepatitis yang saya tengah hadap ni" kataku merayu.
"okay baiklah ni rahsia antara kita berdua je tapi you kena makan ubat , you tahukan kalau sakit dada ni ketara sangat dia boleh membawa maut banyak kali dah doktor cakap you nyaris maut tau tak , nasib haritu saya sempat jumpa you dekat kelas ni sorang ii saya kejut you ingatkan you tidur rupanya pengsan bawa pergi klinik tahu ii you ada penyakit hati yang hampir rosak" kata kok seng panjang lebar.
"hahah tahu you ni banyak bebel leh" kataku. "aww saya rindu sama bahasa melayu slang cina you itu" kata kok seng.
"hahah you rindu ainin je kan" kataku mengusik. Automatik badan dan wajah kok seng mula menghadap ke hadapan.
"ha tahu pun senyap" monolog hatiku.
"eh petang ni you ada kelas tak?" tanyaku. "takde , kenapa?" tanya kok seng.
"tumpang hantar saya balik rumah boleh" kataku membuat mimik muka.
"ingat comel lah tu , ainin lagi comel lah" kata kok seng. Aku menjelingnya.
"kar wei mana?" tanya kok seng. "habis kelas petang nanti dia terus pergi airport ambik ophel sepupu dia" jawabku.
"ophel?" tanya kok seng. Aku mengangguk.
"ophel tu rapat tau dengan keluarga kar wei" kata kok seng. Aku mengangguk lagi.
"kar wei dengan ophel tu membesar sama ii dari kecil lagi" terang kok seng lagi. Aku mengangkat kening.
"you tak cemburu ke? Ophel tu suka kar wei tau" kata kok seng. Aku menggeleng.
"macam mana kalau dia datang nak hancurkan hubungan you dengan kar wei ha dia tak tahu tau yang you tunang kar wei" kata kok seng lagi.
"ouh okay" itu saja balasanku. Kok seng menjelingku dan mulutnya terkumat kamit.
"tengah santau saya ke?" tanyaku. "diamlah" kata kok seng.
Aku ketawa.
YOU ARE READING
wo ai ni 2 - 我爱你²
RomanceSenior yang ditunggu - tunggunya akhirnya gadis itu dapat juga. Setelah beberapa tahun , mereka mengikat pertalian pertunangan namun adakah mereka akan tamatkan pertunangan mereka dengan perkahwinan atau perpisahan ? Kehidupan bahagia semestinya mem...